Thursday, August 9, 2012
Sujud Tilawah Atau Sujud Sajdah
Selepas 15 Ramadhan masa berjalan begitu pantas , macam turun bukit. Ada yang risau baca Al Quran belun katam lagi, ada yang dah masuk gear 6 dah round yang ke 2 . Masing-masing berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini .
Malam ini Imam Muda di tempat kami seperti biasa menyampaikan tazkirah pendek ( 5 minit ) dan menghuraikan intisari surah yang akan dibaca dalan solat Tarawih pada malam itu, iaitu Surah Yasin, Surah AsSoffat dan Surah Sad.
Dalam Surah Sad terdapat ayat sajdah, tetapi tidak ada Sujud Tilawah pada ayat itu sebab ianya ayat sujud syukur ( sujud syukur dilakukan di luar solat ). Dalam AlQuran ada 15 tempat ayat sajdah tapi hanya 14 dilakukan Sujud Tilawah dalam solat ( tidak hanya dalam Surah Sajdah sahaja )
Ayat yang satu lagi ialah dalam Surah Sad ( ayat 24 ) - tiada Sujud Tilawah dalam solat.
Seterusnya beliau menerangkan bahawa sajdah itu bermakna sujud , jadi kalau kita kata Sujud Sajdah ia bermaksud sujud - sujud. Istilah yang betul ialah Sujud Tilawah. Bila Imam habis baca ayat sajdah, imam dan makmum disunatkan Sujud Tilawah.
WaLlahu A'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment