Tuesday, April 23, 2013

Bior Bebenor!




J memberitahu saya jirannyaya pandai mengurut. I tanya  di mana  dia belajar mengurut , sebab saya pernah dengar ada kursus mengurut yang dianjurkan bagi orang-orang yang berminat nak jadi tukang urut.

J kata jiran dia tu tak ambik kursus mana-mana pun tapi tiba-tiba dia jadi tukang urut . Konon kata masa dia tengah mengaji Al Quran tiba-tiba datang cahaya dari Al Quran dan selepas itu dia pandai mengurut. Tak tau setakat mana benarnya , tapi sekarang ni ramai orang datang ke rumahnya untuk berurut.

Salah seorang orang yang kami kenal sejak kecik lagi , tiba-tiba kini dah jadi tok bomoh. Ramai pulak orang datang dari jauh berbomoh dengannya. Ada jugak ahli keluarga yang tua-tua tu tergelak , bila pulak si M menuntut ilmu perbomohan? konon katanya dia dapat ilmu perbomohan tu melalui mimpi, berjumpa dengan orang tua berjubah putih dan di tangannya ada tasbih yang mengajarnya ilmu perubatan secara jampi serapah.

Kerap berlaku orang yang datang dari jauh nak pergi jumpa bomoh di kampung saya - macam-macam bomoh ada, bomoh patah, bomoh mengubat orang yang kena sihir, bomoh mengubat segala macam penyakit yang ada atas dunia ni pun ada. Kerap berlaku orang kampung sendiri tak tahu mereka tu pakar perubatan alternatif, sedangkan nama mereka lebih terkenal di negeri-negeri lain.

Mungkin dengan orang tempatan ilmu kurang jadi sebab ramai yang kenal mereka secara dekat , ilmu jadi tawar dan kurang berkesan! Mungkin bila orang yang kita kenal kurang yakin pulak dengan kebolehan mereka!


No comments: