Wednesday, December 31, 2014

Selepas Banjir, Bagaimana?






Ya Allah.. berilah keringanan dan ketabahan kepada mangsa-mangsa banjir...

Bayangkan setelah banjir surut masing-masing balik ke rumah......

Tiba di rumah ...rumah  kosong, barang-barang dalam rumah hilang dibawa arus -  yang tinggal hanyalah lumpur yang liat dan tebal bersama sampah sarap. Susah jugak nak dibersihkan dan akan memakan masa yang lama. Anak-anak keletihan dan kelaparan - sedangkan dapur dan perkakasnya dah tiada, kalau ada pun sudah rosak teruk. Nak kena beli alat-alat keperluan - dapur , periuk, belanga, cerek, kendi ,gelas, cawan  pinggan mangkuk , penyapu, pakaian, tilam bantal dan pelbagai macam keperluan lagi. Semuanya memerlukan belanja yang banyak . Bagi orang yang bekerja sendiri, yang bergaji kecil tambahan pula orang-orang yang tiada punca pendapatan yang tetap sudah tentu akan menghadapi kesukaran yang amat sangat.

 Bagaimana nak mulakan kehidupan selepas kemusnahan? Bagaimana dengan makanan asas - gula,beras, minyak tepung, garam , susu anak dan lain-lain keperluan yang semuanya perlu dibeli? Bagaimana pula ubat-ubatan bagi yang sakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua.

Paling sedih apabila keluar dari pusat pemindahan, balik ke rumah -  rumah dah hanyut sedangkan mereka itu tinggal sehelai sepinggang...Bagaimana nak membina semula rumah , sementara itu di mana mereka nak menumpang??

Inilah masanya rakyat sangat-sangat memerlukan bantuan kerajaan , memerlukan bantuan dari badan- badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat besar, sederhana dan kecil , orang-orang perseorangan serta ahli keluarga serta sahabat handai yang lain , hatta dari seluruh rakyat Malaysia.

 Sama-sama kita berdoa dan menolong  membina hidup baru bagi mangsa-mangsa banjir dengan apa jua cara yang sesuai dengan kemampuan kita..





No comments: