Masa kecil dulu suka sangat bersumpah, sikit-sikit ---' sumpah, lillah !' tak caya tanya mak aku! Tak cukup sumpah suruh mak konfirm kebenaran seseorang. Tapi tak sorang pun pergi tanya mak sapa-sapa tentang kebenaran sesuatu. Cukup dengan nama mak saja semua orang percaya.
Duduk di kampung ramai kawan, banyak aktiviti lasak,seperti main hujan, main anak patung dan bila besar sikit main anak-anakan yang dibuat dari kain dan di beri pakai baju dan main masak-masak,besar sikit lagi main konda-kondi, tali skipping yang dibuat dari getah ( rubber band ) yang disambung-sambung. Besar sikit lagi main panjat pokok petai belalang yang rendang dan senang budak-budak perempuan nak panjat sebab tak tinggi sangat. Bila masuk darjah lima main melukis dan mewarna di atas kertas lukisan beli dengan cikgu 5 sen sehelai.Bila masuk tingkatan satu mula main di padang sekolah, main netball,pingpong dan pergi perpustakaan baca buku dan pinjam buku.
Dalam ramai-ramai kawan ada yang tak berapa sesuai,tapi berkawan juga. Selalu bergaduh dan tak tegur menegur. Kamu jahat tak nak tegur! tarik muka 14 dan jeling mata macam nak juling. Petang esok pergi rumah dia ,sambung main batu selemban dan share makan kacang goreng.
Inilah kawan-kawan yang kita ingat sampai bila walaupun dah berpuluh tahun tak bersua muka. Anehnya,kawan yang kita selalu bermasam muka,bila bertemu setelah dewasa menjadi begitu mesra dan ketawa bila teringat zaman kanak-kanak dulu.
No comments:
Post a Comment