Minggu lepas, R datang membawa kad jemputan kahwin anak lelaki sulungnya yang akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Dia menceritakan anaknya telah menguruskan segala-galanya ,spt katerer, kemah, baju pengantin dan pelamin. Anak lelakinya tak mau menyusahkannya, yang penat bekerja siang hari sebagai tukang rumah.
Ini telah menimbulkan kemarahan dari keluarga isterinya. Mereka kata, mengapa panggil katerer, sepatutnya masak sendiri, sudah menjadi tradisi keluarga dan kampung , masak beramai-ramai, bergotong royong.
R seterusnya mencurahkan perasaanya yang terpendam selama ini........ dia orang tu asyik nak kira dengan adat. Biar mati anak jangan mati adat, gila apa, nak biarkan anak mati sebab nak jaga adat. Dia bagi contoh masa dia kecil pernah mencuri basikal, orang kampung datang berjumpa bapa saudaranya ( ketua adat ) untuk membuat perhitungan. Lalu dia di suruh masuk dalam bilik, bapa saudaranya pun menumbuk dan menendang dinding berdentum dentam, hingga orang di bawah riuh rendah --- sudahlah tu, sudahlah, jangan di bunuh anak itu.
Jadi dia pun mengajukan soalan pada kami, tengoklah anak buah sendiri tak sanggup nak diambil tindakan. Sampai sekarang dia tak percaya dengan orang yg begitu mempertahankan adat. Sebenarnya ia boleh diubah. Walau pun orang lain begitu menyanjung pakciknya, bagi dia pakciknya hanya orang biasa sahaja. Jadi dia tak takut melanggar adat, takdenya terkena sumpah......by the ancestors for seven generations!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Melanggar adat akan kena sumpah 7 keturunan? Syirik tu. Takkan orang yang mempertahankan adat tak tahu kot.
Ada,ramai yang tahu, tapi ramai juga yang buat syirik. Samada secara sedar atau pun tidak.
Wallahu a'lam
Post a Comment