Thursday, October 8, 2009

Sebelum ajal berpantang maut

Pada petang 6hb Okt, saya sedang berada di tepi pagar menyiram pokok, tiba-tiba.....kak..o..kak.. terpacul di depan pagar,

War, bila sampai? Terkejut bercampur gembira melihat War.

Semalam kak ( 5 Okt )

Alhamdulillah, kita kat sini semua risau fasal War. Macam mana keluarga, orang kampung semua, selamat?

Selamat kak, alhamdulillah, tapi rumah War rosak sikit di bahagian dapur dan bahagian anjung

Kuat ke gempa kampung War?

Kuat juga, tapi tak de rumah yang ranap.

War menceritakan kisah yang berlaku pada 30 September, pukul 5 petang, bunyi menderum kuat disertai dengan gegaran, tanah beralun. Semua orang lari keluar rumah, terhoyong hayang, berpegang pada apa yang patut, pokok kayu yang mana berdekatan. Katanya tiada yang menjerit, malah mereka begitu pasrah pada qada' Allah, masing-masing berzikir Allahu akbar, Allahu akbar! laa ilaha illallah, laa ilaha illalah! dengan penuh takut. Anak-anak kecil tak menangis, semuanya diam ketakutan. Selepas habis gempa, barulah kanak-kanak menangis, masing-masing tersendu, berkumpul beramai-ramai tak berani masuk rumah. Anak-anak muda pula terus bermotorsikal pergi memantau kawasan-kawasan sekitar kampung. Mobile phone sahut menyahut, sanak saudara sekitar daerah Padang , menanya kabar dan menceritakan keadaan yang telah menimpa di tempat masing-masing.

Macam mana War boleh lepas balik ke sini, jalan tak rosak ke?

War menceritakan, mereka anak beranak ambil tambang murah Kl- Padang tiket pergi balik. Sebab itu mereka balik juga ke Malaysia pada 5hb, kalau tidak mereka tunggu lagi. Sebelum subuh 5hb itu, mereka bertolak dari kampung Pesisir iaitu Provinsi Padang, Kabupaten Painan, Kacamatan Batang Kapas, menuju ke airport di padang Pariaman. Masa itu jalan sudah agak terputus-putus, tapi masih boleh dilalui lagi oleh kenderaan ringan, tapi kenderaan berat spt bas sudah tersangkut. Katanya, selepas mereka sampai ke lapangan terbang, dengar kabar perhubungan dari kampungnya telah terputus.

Mengikut War kampung-kampung yang tertimbus semuanya di sebabkan runtuhan tanah tinggi. Kebanyakan kampung di daerah Padang berada di kawasan lurah yang di kelilingi bukit-bukau. Mereka di kampung sedang takut kerana ada berita-berita yang mengatakan gegaran akan berulang lagi, kali ini akan lebih kuat. I cuba mententeramkan War , kalau ada berita rasmi dari jabatan meteoroloji baru boleh percaya, kalau tak mungkin itu kabar angin. War terkenangkan nasib anak- anaknya yang seorang di sekolah menengah, yang bongsu berumur berumur 5 tahun ,dan seorang cucunya yang kesemuanya berada di bawah jagaan suaminya yang pada masa yang sama mengerjakan tanah sawah mereka.

Bagi kita yang sihat walafiat,segar megar, senang lenang, MAKA YANG MANA SATU ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN ( WAHAI UMAT MANUSIA DAN JIN )

Ar-Rahman : Ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77.

Al-Mulk : Ayat 16 dan 17

2 comments:

whm6840 said...

air mata saya bergenang baca entry ini dan juga yang lebih awal... tiada khabar dari Padang. Macam manalah agaknya anak2 di sana.

tengok rakaman amatur semasa gempa, tiada lain didengar kecuali ngauman kuat dan laugan Allahuakbar. Macam manalah hari kiamat kelak?

Kerabu Jantung said...

Baca surah al Zalzalah dan al Hajj ada gambaran huru hara hari kiamat

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...