Wednesday, June 30, 2010

A rolling stone gathers no moss

When my 3 guests left my house at 12, I waited for M who was supposed to arrived at 12.15. When she came I excused myself ( nak terkencing sangat-sangat ). When I came back she told me buat apa tunggu dia, Wa kan ada boleh bukak gate.

I told her about Habibti, selama berkawan hampir 30 tahun, never once she didn't sambut me in front of her door when I go to her house. Unless she was elsewhere when I wanted to drop in , she will say Yah will wait for you, I'll be a bit late. And of course Yah would get ready with one cup of nescafe ( 1 table spoonful ) without sugar for me while waiting. As a friend Habibti will always greet me like a special guest, even though I see her almost everyday ( way back in KB ).

As sahabah we should treat each other well. Close friends and neighbours are like relatives, at least we have shoulder to cry on. We can't just chuck our friends like baju dalam tertanggal hook atau kain batik basahan yang koyak. And we can't go from friends to friends, it is like rolling stones that gather no moss.

Sunday, June 27, 2010

Gigi Meninggal Dunia

Seminggu dua ni, sakit gigi tidak terkira, terutamanya pada waktu malam dan selepas makan. Boleh sabar pulak tunggu sampai dua minggu baru pegi jumpa dentist. Pada mulanya nak biarkan baik sendiri tapi tak jugak baik-baik.

Bila jumpa dentist dan setelah di x-ray, comfirmlah gigi saya dah hampir nak mati dan kena buat root canal . Gerun benar bila nak kena buat root canal sebab ada pengalaman pahit di Kuching 10 tahun yang lepas. Temujanji pertama, masa nak matikan urat gigi punyalah sakit, pangkal gigi ( gusi ) digerudi . Masa temujanji kedua stress bukan main, terlambat dan menggelabah takut nak menghadapi dentist. Reverse kereta terhentam tiang porch, senget kereta sebelah tepi. Rupa-rupanya part gerudi urat gigi dah selesai masa temujanji pertama dulu, kali ke2 ni hanya menampal saja! berbelanja besar pulak kena repair kereta.

Habibti Dr Fatma el Zahra was an excellent dentist. Tangan dia cekap mengendalikan gigi yang bermasalah. 25 tahun dulu I had the same tooth ache. After checking she announced that my gigi dah meninggal dunia and need to do root canal treatment. She even showed me urat gigi yang dikeluarkan dari dalam gusi.

Habibti mempunyai pengalaman yang luas sebagai dentist, pernah berkhidmat di kelinik pergigian kerajaan di Kota Baru, di Saudi Arabia dan di London. Akhirnya buka klinik sendiri di KB, sambil mengajar tafsir Quran secara sambilan sejak tahun 80an dan kemudian berhijrah ke KL menjadi pendakwah sepenuh masa hingga kini.

Her comment was, orang Kelantan paling kuat gigi, bila nak cabut payah sebab makan budu, ( which is rich in calsium! ). Budu anyone?

Friday, June 25, 2010

Home Alone

Ram memelihara ibunya yang tua dan uzur dan mata pun dah tak nampak. Bila bertanya kabar dia beritau maknya dah meninggal beberapa bulan dulu. Susah juga pelihara orang tua di bandar ni sebab suami isteri serta anak-anak bekerja. Nasib baik anak dia ramai , 10 orang semuanya boleh pakat-pakat bergilir tengok nenek yang uzur.

Seorang jirannya yang tinggal di tingkat atas mati bersendirian di rumah, sebab waktu siang anak cucu tiada ,mak bapak keluar bekerja dan anak-anak pula bersekolah petang baru balik. Bila balik tengok-tengok ibunya dah .. inna lillahi wainna ilaihi rojiuun..

Sekarang katanya anak-anak takut nak tinggalkan ibu atau bapa yang tua bersendirian di kampung. Anak-anak tak dapat menjenguk selalu. Ram kata salah seorang jiran bawa ibunya yang sangat tua dari kampung konon bertandang ke rumahnya di KL. Sampai masa ibu nak balik dia bohong pada ibunya kata rumah dah roboh kena puting beliung. Si ibu percaya bulat-bulat cakap anaknya langsung dok di KL bersama anaknya.

Menakutkan aje cerita macam ni, tapi ia sungguh berlaku di abad ke 21 ni!

Wednesday, June 23, 2010

Berhenti Dengan Cara Terhormat

Ada orang bila sampai penghujung karier ie bila beberapa tahun lagi nak pencen dah mula lemah semangat, buat kerja sambil lewa. Alasannya? ahh.. dah nak pencen buat apa kerja teruk-teruk.

Bos dia pulak menjeruk hati, nak tegur salah, tak tegur lagi salah, sebab kerja yang dia tak buat orang lain kena tanggung. Nak tunggu setahun dua bukannya sekejap masa.

Kalau ye pun nak pencen ke atau opt ke atau nak pindah kerja atau lain-lain biarlah keluar secara terhormat. Kalau kita berhenti dengan cara bergaduh besar dengan organisasi tempat kita kerja dengan turun naik mahkamah dan di akhirnya kita kalah, sudah tentu kita akan bungkam sendiri.

Atau pun bila seseorang pegang jawatan yang tak berpencen, janganlah tunggu sampai orang tolak kita dari kerusi baru nak melepaskan jawatan. Tak ruggedlah macam tu!

Tidak pula dinafikan ada yang teraniaya hingga dibuang kerja atau dipsycho sampai berhenti kerja, itu tak berperikemaknusiaan namanya. Boleh saman tu!

Sunday, June 20, 2010

Dapat anak dari hospital

Pada akhir tahun 70an saya berjiran dengan sebuah keluarga yang agak berumur. Makcik seorang suri rumah sepenuh masa sedangkan suaminya sudah pun pencen. Makcik sibuk dengan kerja rumah, masak memasak untuk anak cucu yang kerap datang bertandang ke rumahnya.

Saya ternampak banyak kain lampin di pagar rumahnya. Saya tak heran, sebab cucu dia ramai, mungkin baru dapat cucu baru. Pada suatu hari saya bertemu dengan makcik,saya pun bertanya :

Dapat cucu baru, makcik?

Cucu apa, anak baru!

( Dengan bengapnya ), bila makcik bersalin?

Ah, pakcik engko tu, tiba-tiba aje bawak balik anak, katanya orang hospital bagi

Eh, rezekilah tu

Rezeki ke hape? entah-entah anak dia, orang sepital mana nak bagi anak kat dia?

Masa tu saya masih kurang pengalaman hidup, saya sangka mak cik tu bergurau besar, takkanlah pakcik yang dah pencen tu ada anak kecik pulak.

La nilah baru faham kata-kata makcik tuh! nak dapat anak kecik tak kira tua muda!

Wednesday, June 16, 2010

Parlimen Baru Malaysia!

Menarik nafas lega bila baca suratkabo hari ni, kabinet menolak cadangan membina parlimen baru berharga RM800 juta. Sebaliknya dicadangkan Putera Jaya Convention Centre sebagai Parlimen Malaysia yang baru. Nazri said PICC was chosen because it is under utilised--- to quote the NST June 17, 2010.

Satu cadangan yang bijak dan dapat menyelamatkan banyak duit dan mungkin menyelamatkan kerajaan dari ditumbangkan pada Pru akan datang. Pemilihan PICC memang tepat sebab kalau ia tidak digunakan lama-lama ada makhluk lain yang akan menghuninya. Mungkin jadi tempat jin bertendang. Yang mendapat manfaat darinya ialah kontrktor dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan bangunan itu sedangkan faedah pada negara dan rakyat, nil!

Diharapkan kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah bijak supaya kekayaan negara dapat dirasai oleh semua penduduk Malaysia, terutamanya mereka dari golongan pendapatan rendah. Bila depa dengar ratus juta sana , ratus juta sini, putih mata depa.

Entah kenapa bila balik kampung perasaan menjadi lebih sensitif bila melihat ramai sedara mara berhempas pulas to make ends meet. Tok-Tok wakil yang ada , jenguk-jenguklah selalu anak buah mereka. Buat macam Tok Jib, pergi walkabout dengan oghe-oghe kapong! You need them during voting time, right?

Err...... DS Nazri, bagus jugak tak ada permanent seat macam Westminster tu, biar depa tahu tempat duduk yang empuk dan sedap tu bukan untuk tempat mengeram.....

Tuesday, June 15, 2010

Jenerasi muda takluk alam siber

Sepanjang balik makan kenduri, anak-anak menakan dok mai habaq depa baca blog Kerabu Jantung. Rajin Mak Teh menulis blog, depa kata. Tak rajin macam mana, dah pencen, pada dok melahu baiklah menulis-nulis cerita merapu untuk menghibur hati, sambil mencatat pengalaman lama dan baru sebagai ingatan.

Orang satu dunia sebok dengan facebook, Mak Teh sorang yang ketinggalan zaman, facebook takdak handphone pun tarak. Cucu-cucu menakan yang sekolah rendah pun sebok berfacebook.Pendek kata kecik besar tua muda begitu aktif di laman siber. Bila mak-mak depa buka blog Tok Teh, depa hairan, eh... Tok Teh pun pandai tulis blog?....eh, apa tak bolehnya, Tok Teh pun boleh menulis.

Depa heran orang tua boleh bersiber, sebab depa rasa komputer, internet tu more for them young generation. Believe me si kenit-kenit tu can handle the internet better than me, many times over. But I'm not going to mengalah, I'm seriously learning how to cut and paste, insert photos in my blog and so on and so on! and I know mak-mak depa baca blog sambil-sambil buat keje rumah.

Not like Tok Teh Mi depa tu, bukak blog sendiri , No 122 Jalan Delima dah banyak tahun dah, kalau tanam deriyan dah boleh makan hasil. Blog kosong takde penghuni, sebab tuan dia fussy sangat nak tulis dengan prim and proper, akhirnya......blog dia bersawang dan.........berhantu...!

Monday, June 14, 2010

Katering atau masak sendiri

Musim kenduri di kampung memang meriah, apa taknya habis tumbang lembu kambing, masak gulai berkawah-kawah, habis sekampung mai makan kenduri. Makan gulai kawah memang sedap, tambahan makanan masih panas lagi. Masak pukul 8 pagi, pukul 11.30 kenduri dah mula dan habis lewat petang, sampai ke malam masih ada tetamu datang.

My brother in law reserve sekor lembu yang gemuk untuk kenduri kahwin anak sulungnya. Tetapi sebulan dua sebelum kenduri, lembunya bunting , jadi last minute dia tempah makanan dengan katerer. Walaupun begitu, makanan yang yang ditempah sedap lebih kurang sama macam masak sendiri sebab keterer tu banyak pengalaman mengendalikan jamuan majlis kahwin. Lagi pulak dia seorang yang jujur, nasi dan lauk sedang elok cukup untuk semua tetamu. Taklah dalca tinggal kuah aje atau rendang tinggal serdak... ( kerap berlaku )

Zaman sekarang, ramai yang suka order makanan dengan katerer, sebab tak cukup kaki tangan nak mengendalikan kenduri kahwin. Kalau ramai adik beradik pun tak dapat menyelesaikan masalah sebab sedara mara yang tua, dah expired, buat kerja berat dah tak berapa larat. Yang masih beranak pinak sibuk dengan anak kecik, yang sedang-sedang muda, bekerja atau belajar jauh di bandar tak boleh senang-senang nak cuti lama-lama.

Bagi yang ada kemudahan, misalnya selain ahli keluarga, jiran tetangga juga datang menolong dari a sampai z, sudah tentu jadi meriah bergotong royong masak nasi kenduri. Kalau tidak, bila kenduri habis semua orang balik, tinggal tuan rumah terkedu nak mengemas semua benda.... periuk belanga, pinggan mankuk, sampah sarap dan pelbagai lagi.....

Saturday, June 12, 2010

Mati semut kerana gula....dalam kuah rojak

Seluruh Malaysia dilanda panic attack sebab kekurangan gula. Suri rumah paling risau, tanpa gula, air apa nak dihidangkan untuk keluarga, takkan air kosong kut? teh kosong? kopi kosong? milo kosong? kenapa tidak, cuba dulu lama-lama jadi biasa.

Semasa balik Kedah baru-baru ni, ada yang memesan minta beli kuah rojak dalam bekas besar, tapi tak dijual, kata tokeynya kalau nak kena oder dulu. Gula susah dapat,jadi mereka tak boleh buat stok kuah rojak dalam bekas besar.

Kalau takde jual di kedai, boleh buat sendiri.

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir ( kalau suka campur gula merah )
beberapa biji cili kering, rendam dalam air panas ( ikut pedas dan boleh campur cili api )
kicap hitam
asam jawa sebesar telur ayam gred C bancuh dengan air secukup boleh diblend.
kacang tanah goreng , tumbuk kasar ( optional )

Cara-cara:
Blend kesemuanya ( biar pekat ) dan bolehlah simpan dalam bekas. Tabur kacang bila nak makan.

Bahan utama kuah rojak ialah gula. Jadi, kena berhati-hati kalau makan rojak buah tu, terutamanya yang ada diabetes, takut nanti ubat yang dimakan tak dapat melawan gula yang masuk bertalu-talu ke dalam darah! Bila pegi spital kena tambah ubat lagi!

Wednesday, June 9, 2010

Cakap-cakap bawah khemah......what bug the ladies

At the other corner the ladies were discussing about their main concern ie their husbens. They were alarmed by the news that so and so had taken a second helping....er...second wife or the other elderly couple had divorced!

First they tried to rationalise the situation as to why the other half stray away from their spouses.They analysed the reasons, like this particular elderly wife who ignored her husband all day. Morning she went to ceramah agama, afternoon she tended to her grandchildren and evening went off to mosque to pray jemaah with or without her husband. Yes, everybody agreed that is reason enough!

Then came another story and the reason they gave was the other lady never dressed up and neglected herself, thus her husband took another wife. But they argue what about the other case, the wife is so pretty, they are inseparable, how come she too became a museum piece?

They asked the seniors, how to catch hold of their husbands so that they won't marry again. The advise was be pretty, be smart,be good and be nice to your husband. If your face sag go for botox, if you're overweight go for lipo suction, if your husband is rich go shopping , don't be shy to spend his money or else other women will spend it for you, if they look at other women mandram them. If it didn't work then....

TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ITU KETENTUAN ALLAH.............

Cakap-cakap bawah khemah......Tok Wakil, beware......

Topik panas masih lagi berkisar tentang politik ( for the guys ), iaitu bakal-bakal calon pru 13 sepatutnya sudah mula buat field work masing-masing, terutamanya calon BN, maklumlah kerajaan Kedah dah bertukar tangan! Depa kata kalau buat stail macam dulu, dekat nak pilihanraya baru turun padang, mampuih kami tak undi !

Seorang bakal mempertahankan kerusinya calon wakil anak tempatan, dah balik tinggal di kampung, tinggalkan rumah gadang di KL tu. Tiap-tiap hari dia keluar jumpa rakyat, boleh panggil nama asal dia, tak payah panggil nama gelaran.

Pejabatnya beroperasi 24 jam . Pendek kata bersungguh-sungguh menjalankan khidmat pada masyarakat. Dan sungguh-sungguh berjiwa seperti orang-orang lain di kampungnya.

Walaupun ada di kalangan sanak saudara dia bukan penyokong kerajaan, tapi kerana khidmat yang diberi memuaskan, mungkin dia mendapat undi lebih ( atas dasar tali persaudaraan). Best of luck.

Tuesday, June 8, 2010

Cakap-cakap bawah khemah......

Balik kampung kenduri kawin, seronok berkumpul semua adik baradik sedara mara jauh dan dekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Sambil makan kenduri meraikan pengantin dan memberi sokongan moral pada tuan kenduri, juga dapat beramah mesra antara mereka yang lama tak jumpa.

Dalam pada tu timbul juga sembang-sembang bawah kemah kenduri kawin, ramai yang meluah rasa, ada yang yang menzahirkan kecenderungan politik mereka, pro atau tidak pro gomen. Ramai yang begitu sensitif dengan ura-ura menarik balik pelbagai subsidi kerajaan. Maklumlah di kampung tak ramai yang berjawatan tinggi dan rata-rata menjadi petani atau penjawat awam yang berpangkat rendah.

Mereka berhujah berapi-api mengatakan kenapa kerajaan takut rugi bagi sabsidi pada rakyat ( yang sangat memerlukan ), dok kira tang rugi aje tapi tak cerita tang pendapatan kerajaan yang masuk. Dah nama kerajaan, kenalah tolong rakyat bawahan. Orang gaji ribu-ribu,puluh dan ratus ribu takpelah tak payah peduli fasal sabsidi. Yang lain-lain berjuang nak beri makan anak ( ramai pulak tu! ), makan pakai dan bagi sekolah anak pun tak cukup.

Depa kata syarikat besar dapat untung ratus juta tiap tahun, mana nak ingat kat orang susah.Dok cerita kejayaan depa aje!

Wah, geram sungguh depa tu. Sebut fasal kompeni besar meniaga rugi beribu juta mereka jadi sedih. Mana tak ,pegawai hebat-hebat, gaji besar ,tapi meniaga rugi. Ada juga yang untung tapi sebab jual aset kompeni. Duit bayar hutang, harta makin berkurang. Mereka terkilan, duit ratusan juta yang hangus macam kertas kena bakar tu boleh tolong menaikkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Maka orang-orang yang pro gomen pun gabuih pungkok terus blah dari kemah itu........

Hoi, mana orang gomen tolong sat bagi penerangan kat orang ramai yang tak puas hati tuh!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...