Sunday, February 27, 2011

Tanda-Tanda Dah Subuh Gajah



Setiap pagi bila masuk waktu subuh kita dapat dengar burung-burung di luar rumah mencicit-cicit, untuk mengejutkan tuan rumah suruh bangun sembahyang subuh agaknya. Mula-mula agak perlahan, mungkin hanya seekor dua burung saja yang bersiul. Tapi bila hari makin cerah, makin banyak burung mencicit sekeliling rumah, makin riuh, agaknya nak beritahu kita, cepat bangun oiiii dah subuh gajah , kejap lagi subuh dah habis!

Bila dah habis waktu subuh, burung-burung tu terus menghilang untuk keluar mencari makan. Kira-kira pukul 8.30 hingga pukul 10.30 pagi beberapa ekor burung akan kembali hinggap di pokok itu. lepas tu menghilang semula, entah ke mana!

bila hampir masuk waktu zohor, akan ada beberapa ekor burung berehat di dahan, kemudian menghilang dan kembali semula selepas waktu asar. Bila hampir maghrib lagi banyak berlegar-legar di keliling rumah dan di dahan-dahan pokok seolah- olah sedang menunggu waktu maghrib. Bila masuk maghrib mereka hilang entah ke mana dan muncul semula bila masuk waktu subuh pada esoknya!





Saya dapat melihat gelagat burung-burung ini yang suka hinggap di atas dahan-dahan pokok melor keling yang berbunga sepanjang tahun . Pokok ini saya tanam untuk meneduhkan bilik air . Selama ni dok tengok burung-burung tu aje dan tak pernah terfikir apa-apa pun. Tapi bila dah pandai upload gambar , teringat pulak nak ambil gambar burung-burung tu. Jadi setiap hari saya menunggu burung datang hinggap di dahan pokok, tapi biasalah, kalau kita tertunggu-tunggu tak nampak pulak dia. Dia pun faham kita dok mengintai, bila saya angkat kamera dia pun lari. Pada halnya sebelum ini dia tak kisah pun kita keluar masuk bilik air tuh!

Friday, February 25, 2011

Minum Kopi ala Gahwa



Ramai antara kita yang kaki kopi atau kaki nescafe. Kopi atau nescafe buat kita ketagih, apa taknya pagi-pagi kalau tak pekena kopi mulalah lain macam rasanya, mengantuk ada, letih pun ada. Bancuh kopi pekat-pekat, satu mug di atas tu taruk nescafe 1 camca makan sepenuh-penuhnya bagi kaw ....... terus cerah biji mata!



Ada lagi kopi yang lebih kaw, iaitu gahwa atau kopi Arab. Pertama sekali saya belajar minum gahwa atau kopi Arab ialah pada tahun 1980an dulu. Habibti kata orang Arab minum gahwa selang seli dengan makan kurma. Kurma tu pulak jenis yang kuning dan kecil . Caranya ialah you sip the gahwa then you bite the kurma . Jangan main teguk macam kopi biasa, nanti terbelalak biji mata!

Gahwa dibuat dengan buah pelaga Hindi yang di blend halus ( saya tak pernah tanya ada tak bahan lain yang dicampur) kemudian bancuh dengan air dan masak atas api hingga mendidih. Rasanya sungguh bercadamom dan tak manis sebab takde gula!

Pada mulanya tak reti minum k0pi tak bergula atau bersusu manis. Lama jugak belajar minum nescafe tak bergula dari kawan-kawan yang kaki kopi . Sekarang dah terbiasa . Kadang-kadang improvise sikit buat macam minum gahwa , minum kopi makan kurma 1 atau 2 biji ( jangan pulak belasah kurma tu sampai 10 biji ! )

Why not give it a try?

Monday, February 21, 2011

Makan Boleh Sebarang Makan Tapi........

.......cakap jangan sebarang cakap, kata orang tua-tua dulu. Sebenarnya pepatah tu dah tak sesuai lagi zaman ini, sepatutnya begini --- Makan jangan sebarang makan dan cakap pun jangan sebarang cakap!

Oleh kerana makan boleh sebarang makan , maka sekarang ramai orang yang ditimpa penyakit kronik, kolesterol tinggi, darah tinggi dan gula dalam darah tinggi! akhirnya semuanya tak boleh makan, kurang garam, kurang gula, kurang lemak, kurang daging, kurang makanan laut, kurang makan organ dalaman, cake, ice cream a no-no, makanan segera , to be avoided! Jadi apa yang boleh dimakan? akhirnya bedal semua , sakit fikir kemudian!
Guys, that is self inflicting!




Sangat digalakkan kita makan lebih banyak sayur-sayuran dan pelbagai salad .


Bila ahli keluarga datang dari jauh, mereka pesan siap-siap, jangan masak macam-macam terutamanya waktu makan malam, goring mihun pun tak apa! Kami makan ringan aje waktu malam. Masa muda tak faham sangat, kenapalah tak nak makan nasi, nanti makan mihun tak kenyang pulak. Rupanya bila sendiri dah melebihi 50 tahun, baru faham sebab musababnya! Kalau makan tak tentu kalu, dos ubat nanti makin bertambah tinggi.

Ada jugak yang kata, peduli ape belasah aje, kalau dah nak mati , tetap akan mati ....AS GOD INTENDED IT TO BE ! Adik kakok weh, tu kecek caro ore yang in denial! Demo sayang nak lepas daging kambing bakar atau rendang daging + hati + paru+ limpa! atau teh tarik! atau....

Saturday, February 19, 2011

Pictures That Tell Stories!


WE DISCOVERED THESE PHOTOS IN RAUB REST HOUSE




This photo of Raub Rest House was taken in 1950s , I think , judging by the cars at the entrance. This club house was built in 1903 .






Giselle , is it?










The lion and lioness, playing a waiting game






Those days.....elephant riding in Raub - in 1903 I suppose!









This cactus is planted in a pot and the hibiscus is from another pot. They compliment each other !

Thursday, February 17, 2011

Cerita Era 1980an

Pada tahun 80an dulu banyak lelaki di KB suka kawin lebih dari satu menyebabkan isteri ramai yang tak senang duduk. Masa tu ramailah saing-saing ( kawan-kawan )yang nasihat menasihati sesama sendiri lagu mana nak maintain suami biar tak pandang perempuan lain. Macam-macam petua yang dibagi....... dah banyak sangat petua dan formula kalau tok laki cari lain jugak tak tau la...

Salah seorang rakan ada dua orang anak perempuan dan suami dia teringin sangat-sangat nak anak lelaki. Oleh kerana dia dah tak boleh beranak lagi, suaminya minta izin nak kawin lain. Tapi dia sangat bijak orangnya ( dan suami pun baik jugak ) , abe buleh nok kawin lain tapi tunggu umur 50 dulu ( masa tu kami semua berumur dalam 30an ). Suaminya pun kata lama lagi nak tunggu umur 50 ..... tapi akhirnya mereka berbincang betul-betul dan keduanya bersetuju.......nak ambil anak angkat lelaki!

Tok laki seseorang ni pitih berlanar , nak beli kereta baru, ore pue dio dok bui sebab kereta yang ada masih baru dan elok lagi. Dia sakit hati bini asyik dok control , lalu dia pun kahwin seorang lagi. Bila bini mengamuk sakan dia pun membela diri ... doh, abe nok beli keto tok bui... jadi abe nikohlah soghe lagi...... Bila salah seorang rakan kami cerita suami dia nak beli kereta baru tapi dia tak bagi sebab kereta yang ada elok lagi, maka ramailah yang ambil contoh cerita di atas tadi, nasihatkan dia biarlah tok laki beli kereta baru jange dio berbini baru!

Tuesday, February 15, 2011

Ya Nabi Salaamu 'Alaika .....

Saya mengikuti siaran secara langsung Anugerah Maulidurrasul SAW yang disiarkan secara langsung dari Masjid Sultan Mizan Putera Jaya melalui saluran 1 RTM. Seramai 7 tokoh yang terpilih menerima Anugerah Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijri iaitu :

Wee Saw Yen - seorang pelajar Cina yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR sekolah aliran bahasa Arab,

Dato' Haji Dangiran Haji Mustaffa - tokoh yang bertanggung jawab dalam perancang dan perlaksana program J- Q,

Prof Dr Iswanis Hj Zain - dipilih sebagai ajk Panel Antara Bangsa Pembinaan dan Pembesaran Masjidil Haram di Mekah,

Tan Sri Dato Sri Dr Robaayah Zambahari - Ceo IJN , pakar jantung yang disegani di Asia Tenggara dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Tan Sri Hasnah Abdullah - mantan ceo LHDN, yang telah berjaya melaksanakan sistem percukaian yang cemerlang dan telah mengutip cukai sebanyak 96 billion pada tahun 2008

Engku Tan Sri Dato Seri Ibrahim Engku Ngah - mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Setiausaha dan Jurucakap Majlis Raja-Raja Melayu, berumur 79 tahun, baru pencen tahun lepas dan tak pernah mengambil mc semasa memegang jawatan!

1. Dr Abdul Hayei Abdul Shukor - Menerima Anugerah Perdana

AJK Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersikap sederhana dalam hal-hal agama terutamanya dalam isu-isu yang khilafiah. Beliau juga telah menghasilkan berbagai karya agama sebagai legasi untuk anak bangsa, antaranya ialah :

i. Hadith 40 Munawi

ii. Islam Dalam Sabda

iii. Imam Malik

iv. Taqrir Pedoman Muttaqin

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Mauludirrasul 1432 H / 2011 M, mereka sungguh hebat dan sungguh berjasa pada agama, bangsa dan negara.

Ada juga yang mencuit hati apabila Mufti Negeri Kedah Dato Paduka Sahibul Samahah Sheikh Muhammad Baderudin memberi ceramah tentang taqwa. Katanya takut pada Allah ialah takut nak menginkari Allah dan takut pada Allah kerana cintakan Allah, percaya pada janji Allah kerana Allah tak mungkir janji - innaka laa tukhliful mii'aad. Ia tak sama macam takut bini atau takut suami.

Beliau mengambil contoh orang-orang kampung semasa getah takde harga, asyik dok di rumah, tengah-tengah elok nak pi kebun nak motong getah , nampak signboard tepi jalan -DILARANG MEMOTONG, terus konar balik rumah, bila bini tanya kenapa tak motong (menoreh ), dia jawab kerajaan tak bagi memotong!

Waktu getah tengah mahal ni dok menoreh tak kira jam dok kat kebun getah aje, habis getah sendiri sapu getah sekerap orang, dan tak ingat solat, padahal di antara pohon getah juga boleh didirikan solat ( kalau seseorang itu benar-benar taqwa ).

Majlis di masjid ni ada masalah sikit, kalau tak ikut peraturan masjid, dah jadi tak manis dipandang....misalnya, perempuan tak menutup aurat sepenuhnya atau pun duduk selang seli lelaki/perempuan walaupun suami isteri tapi yang sebelah lagi tu laki/bini orang lain. Masjid maa.........

Monday, February 14, 2011

Everything In Pink





Warna pink disukai oleh kebanyakan wanita. Kalau rajin sekali sekala pergi ke kedai bunga, pilih bunga ros yang perbagai-bagai warna untuk dihias di rumah atau untuk dihadiahkan untuk sahabat handai yang buat house warming party!


















Atau hias meja makan atau meja sisi untuk menikmati keindahan bunga segar dalam rumah. Tak perlu beli ros impot yang local lebih murah dan boleh tahan selama 2 minggu!

Selamat mencuba!

Thursday, February 10, 2011

According To My Shallow Opinion.......

Imagine how dissappointed the Egyptions were when the much awaited speech from President Hosni Mubarak turn out to be his assurance that he won't step down. He is willing to share power with his Vice President Omar Suleiman, but to step down? No! He can't be threatened by mere protest from his people for he has until September to rule Egypt.

He is buying his time, to make sure all his, his families and his friends assets and properties are safe and guarded before he steps down. All this pressure for him to step down came so suddenly and he was ill prepared for this. But many of his wealthy friends had already fled the country .

If Mubarak steps down , then what? VP Omar Suleiman will take over, because he is well like by America and Israel. People will protest more, the new president with the help of his friends will then use the armies to protect him. Things will get violent and there will be bloodshed!

Or if they opt for election, it can take a long time before the people can vote. In the mean time there will be more politicking, more fighting from various political parties and the supporters of Mubarak. The economy will continue to decline and people become more restless. Imagine if you stay on Tahrir Square for weeks and months, protesting.

The only good thing that we hear is Saudi Arabia is willing to give the grant to Egypt if US decide to pull back his aids. This might worsened the situation in Egypt, Mubarak can be still in power and the unrest will continue.......

So from now I will just switch off 511, 512, 513 channel for a while. And how I wish Saudi Arabia will award the grants to his needy neighbours! Mugo dio pitih belanar!

Tuesday, February 8, 2011

Alam Mistik!

Masa sekolah dulu selalu dengar cerita tentang tok wali ( wali Allah/ waliyullah ), yang hebat, boleh berjalan atas air, tak lut ditembak dengan peluru dan boleh berada di mana-mana dalam sekelip mata, sembayang zohor di Mekah, asar di Madinah sementara waktu maghrib dan isya' pula di Al Aqsa.

Semasa di Kota Baru , kami tinggal berdekatan dengan masjid Telipot, ada juga pergi ke masjid sekali sekala, salah satu malam, setelah sembahyang maghrib tok imam bertazkirah. Di akhir tazkirah itu beliau kata, janganlah kita sombong dengan ilmu yang kita ada dan memandang rendah pada orang lain kerana mungkin di antara kita ada wali Allah . Kita tak tahu dan tak kenal, hanya Allah saja yang mengenali hambaNya dan yang mengiktirafNya.

Apabila dah tua begini barulah faham siapakah wali Allah , iaitu orang-orang yang berilmu ( alim ) yang mewariskan hasil usaha mereka seperti amalan-amalan, fatwa-fatwa atau pun kitab-kitab karangan mereka yang diguna pakai zaman berzaman. Begitulah kata al ustaz Abdullah Bukhari. Akak..... bukan yang boleh terbang-terbang dan berjalan atas air ( yang tu ialah tok guru kung fu dalam filem Cina! ).

Semasa kali pertama Amerika dan tentera bersekutu menghentam Iraq ( tahun 90an ), ramai yang menyangka Iraq akan terselamat dan bom serta peluru berpandu yang dihantar oleh tentera-tentera itu akan berguguran menjadi buah- buah-an. Takde kejadian mistik di situ, US mean business, peluru yang dihantar pun mengena sasarannya dan menghancurkan segalanya!

Hidup kita harus berpijak di bumi nyata!

Saturday, February 5, 2011

Doktor Pun Ternganga.....

Kami beramai-ramai pergi menziarah jiran yang kurang sihat di rumahnya, bukan main gembira dan terharu dia dengan kedatangan kami. Berborak panjanglah kami dari satu cerita ke satu cerita. Biasalah, bila dah banyak cerita adalah yang menceritakan pulak bagaimana produk kesihatan yang baru dalam pasaran direct selling tu bagus, boleh ubat semua penyakit. Pendek kata kalau ubat-ubatan/ produk kesihatan itu sangat mujarrab bagi segala jenis penyakit, ramailah doktor tutup kelinik depa!


Ada yang mengatakan kalau sesiapa ada kencing manis, tak payah makan ubat doktor yang banyak side effect tu, setiap pagi blend aje epal hijau dengan karot, minum jus tu dah boleh menurunkan paras gula. Ada yang kata makan itu, makan ini untuk menurunkan kolesterol, ubat kanser dan ubat sakit jantung. Doktor muda jiran kami yang bersama-sama dalam rombongan ziarah ini pun nganga aje dengar perbincangan the super seniors yang bijak mengalahkan doktor tuh! kalau dia kata ubat doktor perlu bagi penyakit-penyakit kronik nanti kena overule pulak, jadi lebih baik bagi can kat makcik-makcik dan akak-akak mengeluarkan pandangan mereka yang tak professional tuh!

Tapi ada satu topik yang paling menarik dan saya rasa dapat beri manfaat kalau kita laksanakannya, iaitu masa kita beri salam di akhir sembahyang , palingkan muka kita ke kanan dan ke kiri sehabis-habisnya sampai orang belakang boleh nampak pipi kita. Salah seorang jiran saya ni pernah mengalami penyakit bubble in the throat, menyebabkan dia sukar menelan makanan, tapi setelah beliau mengamalkan salam yang sebegini dia telah sembuh dari penyakitnya itu!

Lagi satu tips yang dia beri , bagi sesiapa yang mengidap insomnia ialah apabila sembahyang malam, ruku' dan sujud lama-lama, katanya dengan berbuat begitu penyakit insomnia dia telah sembuh. Ini kerana bila kita sujud lama kepala kita dapat cukup oksijen!

Bukan tak percaya pada produk kesihatan, kalau kita tak disiplin dan tak istiqomah, beli sebotol , minum 4 atau 5 kali lepas tu forget about it, bila keluar produk baru beli lagi, kemudian makan atau minum sekerat jalan......tak akan nampak manfaatnya , melainkan ia membazir saja!

Wednesday, February 2, 2011

Pembantu Rumah Yang Chipsmore .......

Kisah ini adalah kisah benar, lagi benar , dan tetap benar, bukan fitnah atau merekacipta cerita sebab ianya berlaku pada orang yang sangat saya kenali di mana - maidnya yang rajin dan patuh dan bekerja dengannya dah banyak tahun terkantoi ketika sedang menyeludup pak tor dia waktu lepas tengah malam. Terkejut badak kawan saya tu lalu menghalau dia keluar pada malam tu juga ( sebab bila kena interrogate dia mengaku dah lama buat kerja tu!).

Oleh kerana nak dapatkan pembantu baru agak memakan masa sikit, kawan saya tu menggelabah jugaklah buat kerja rumah. Beberapa lama kemudian dia pun mendapat ganti dan pembantu yang baru ni pandai buat kerja dan boleh diharap. Dia bekerja untuk menyara anak, ibu dan suaminya di kampung. Setiap hujung minggu dia dibenarkan keluar. Setelah lama bekerja dia pun dapat pak tor dan kemudianya telah lari tengah malam dengan meninggalkan pesan pada pembantu jiran sebelah, bahawa dia nak berkahwin dengan pak tor barunya tuh.

Tuan rumah pun peninglah sekejap, dan tertanya-tanya bila pulak dia bercerai denga suami dia yang di kampung tu ? Oleh kerana dia dah keluar dari rumah taklah tuan rumah menanggung dosa membela orang yang kahwin atas kahwin tu , tak tau mana yang benar..... dia dah janda ke atau dah bercerai atau dah fasakh!

Dapat pulak seorang pembantu yang baru, sungguh baik dan boleh diharap juga, tapi setelah beberapa lama bekerja, suatu hari keluar rumah pada hujung minggu terus tak balik-balik lagi,dan tinggal pesan dekat maid sebelah yang dia sudah dapat kerja di The Mall sebagai juru jual. Dia juga beritahu tak lama lagi dia nak kahwin dengan pemuda kacak dari Bangladesh. Tentang perceraiannya dengan suaminya, sudah diurus oleh ibunya di kampung!

Sebagai seorang yang duduk rumah full time, saya dapat lihat gelagat bibik-bibik ni, kalau tuan dah pergi kerja, mereka merdeka sekejap, bersosial sesama sendiri. Kalau sekiranya ada rumah-rumah jiran yang buat reno, bibik-bibik ni bukan main meriah lagi keluar beramai-ramai pergi merenyeh dengan pekerja-pekerja kontrak . Dari situlah mereka berkenalan dan akhirnya ada yang berkahwin.

Rupa-rupanya bukan saja mereka berkenalan sesama mereka saja, mereka juga berkenal-kenalan dengan pekerja-pekerja Bangla yang datang dengan lori untuk mengangkut sampah. Ini dicerita sendiri oleh jiran saya yang keluar berjogging setiap pagi. Modus operandi mereka pulak, bukan cara merenyeh ( mungkin ada language and cultural barrier ), tapi mereka lebih advance, yep, menghulur kad nama pada bibik-bibik tuh! Dengan berkenalan itu pula mereka dapat peluang baru, bekerja jadi jurujual di shopping kompleks atau di kedai-kedai makan pulak! Seperti yang berlaku dalam cerita di atas.....

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...