Tuesday, February 8, 2011

Alam Mistik!

Masa sekolah dulu selalu dengar cerita tentang tok wali ( wali Allah/ waliyullah ), yang hebat, boleh berjalan atas air, tak lut ditembak dengan peluru dan boleh berada di mana-mana dalam sekelip mata, sembayang zohor di Mekah, asar di Madinah sementara waktu maghrib dan isya' pula di Al Aqsa.

Semasa di Kota Baru , kami tinggal berdekatan dengan masjid Telipot, ada juga pergi ke masjid sekali sekala, salah satu malam, setelah sembahyang maghrib tok imam bertazkirah. Di akhir tazkirah itu beliau kata, janganlah kita sombong dengan ilmu yang kita ada dan memandang rendah pada orang lain kerana mungkin di antara kita ada wali Allah . Kita tak tahu dan tak kenal, hanya Allah saja yang mengenali hambaNya dan yang mengiktirafNya.

Apabila dah tua begini barulah faham siapakah wali Allah , iaitu orang-orang yang berilmu ( alim ) yang mewariskan hasil usaha mereka seperti amalan-amalan, fatwa-fatwa atau pun kitab-kitab karangan mereka yang diguna pakai zaman berzaman. Begitulah kata al ustaz Abdullah Bukhari. Akak..... bukan yang boleh terbang-terbang dan berjalan atas air ( yang tu ialah tok guru kung fu dalam filem Cina! ).

Semasa kali pertama Amerika dan tentera bersekutu menghentam Iraq ( tahun 90an ), ramai yang menyangka Iraq akan terselamat dan bom serta peluru berpandu yang dihantar oleh tentera-tentera itu akan berguguran menjadi buah- buah-an. Takde kejadian mistik di situ, US mean business, peluru yang dihantar pun mengena sasarannya dan menghancurkan segalanya!

Hidup kita harus berpijak di bumi nyata!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...