Tuesday, February 15, 2011

Ya Nabi Salaamu 'Alaika .....

Saya mengikuti siaran secara langsung Anugerah Maulidurrasul SAW yang disiarkan secara langsung dari Masjid Sultan Mizan Putera Jaya melalui saluran 1 RTM. Seramai 7 tokoh yang terpilih menerima Anugerah Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijri iaitu :

Wee Saw Yen - seorang pelajar Cina yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR sekolah aliran bahasa Arab,

Dato' Haji Dangiran Haji Mustaffa - tokoh yang bertanggung jawab dalam perancang dan perlaksana program J- Q,

Prof Dr Iswanis Hj Zain - dipilih sebagai ajk Panel Antara Bangsa Pembinaan dan Pembesaran Masjidil Haram di Mekah,

Tan Sri Dato Sri Dr Robaayah Zambahari - Ceo IJN , pakar jantung yang disegani di Asia Tenggara dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Tan Sri Hasnah Abdullah - mantan ceo LHDN, yang telah berjaya melaksanakan sistem percukaian yang cemerlang dan telah mengutip cukai sebanyak 96 billion pada tahun 2008

Engku Tan Sri Dato Seri Ibrahim Engku Ngah - mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Setiausaha dan Jurucakap Majlis Raja-Raja Melayu, berumur 79 tahun, baru pencen tahun lepas dan tak pernah mengambil mc semasa memegang jawatan!

1. Dr Abdul Hayei Abdul Shukor - Menerima Anugerah Perdana

AJK Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersikap sederhana dalam hal-hal agama terutamanya dalam isu-isu yang khilafiah. Beliau juga telah menghasilkan berbagai karya agama sebagai legasi untuk anak bangsa, antaranya ialah :

i. Hadith 40 Munawi

ii. Islam Dalam Sabda

iii. Imam Malik

iv. Taqrir Pedoman Muttaqin

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Mauludirrasul 1432 H / 2011 M, mereka sungguh hebat dan sungguh berjasa pada agama, bangsa dan negara.

Ada juga yang mencuit hati apabila Mufti Negeri Kedah Dato Paduka Sahibul Samahah Sheikh Muhammad Baderudin memberi ceramah tentang taqwa. Katanya takut pada Allah ialah takut nak menginkari Allah dan takut pada Allah kerana cintakan Allah, percaya pada janji Allah kerana Allah tak mungkir janji - innaka laa tukhliful mii'aad. Ia tak sama macam takut bini atau takut suami.

Beliau mengambil contoh orang-orang kampung semasa getah takde harga, asyik dok di rumah, tengah-tengah elok nak pi kebun nak motong getah , nampak signboard tepi jalan -DILARANG MEMOTONG, terus konar balik rumah, bila bini tanya kenapa tak motong (menoreh ), dia jawab kerajaan tak bagi memotong!

Waktu getah tengah mahal ni dok menoreh tak kira jam dok kat kebun getah aje, habis getah sendiri sapu getah sekerap orang, dan tak ingat solat, padahal di antara pohon getah juga boleh didirikan solat ( kalau seseorang itu benar-benar taqwa ).

Majlis di masjid ni ada masalah sikit, kalau tak ikut peraturan masjid, dah jadi tak manis dipandang....misalnya, perempuan tak menutup aurat sepenuhnya atau pun duduk selang seli lelaki/perempuan walaupun suami isteri tapi yang sebelah lagi tu laki/bini orang lain. Masjid maa.........

No comments:

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...