Tsunami yang berlaku di Acheh begitu dekat dengan kita, malah ramai orang Malaysia terkorban akibat mendapat tempias ombak besar itu. Kini tsunami di Jepun pula mengejutkan kita , dan kita dapat melihat pada fasa pertama gambar-gambar diambil dari udara . Kemudiannya gambar-gambar yang menunjukkan perincian dengan jelas bagaimana ombak kuat merempuh daratan dan memusnahkan apa sahaja yang berada di hadapannya. Ramai yang tak sempat melarikan diri dan ada yang terpaksa meninggalkan orang-orang tua mereka di tingkat atas rumah dengan harapan mereka akan terselamat.
Ini mengingatkan saya ketika gempa bumi melanda Padang Oktober 2009 dulu, ada satu keluarga yang memelihara ibu tua yang terlantar dan ahli keluarganya memutuskan untuk meninggalkan ibu di rumah dan mereka semua melarikan diri mencari tempat perlindungan. Apabila gempa habis, mereka balik ke rumah , didapati rumah mereka tidak terlibat dengan gempa dan ibu mereka masih hidup. Semua anak cucu jadi malu memandang muka ibu mereka ( told by someone from Padang ).
Tak tahu apa yang kita akan lakukan kalau kita berdepan dengan masalah begitu. Biarkan ibu yang dah tua mati dan selamatkan yang muda-muda yang masih ada harapa hidup lama, atau pun mati beramai-ramai anak beranak ? tak tahu nak cakap! Kita tak berada dalam situasi tersebut, malahan ada yang fikir semua musibah ini tak akan kena pada mereka - ia hanya kena pada orang lain!
Bagaimana kalau berlaku alHaqqah ----14. bumi serta gunung ganang diangkat ( dari tempatnya) lalu dihancurkan kedua-duanya sekali hancur....15. maka pada saat itu berlakulah hari kiamat...16.maka terbelahlah langit, maka pada saat itu ia menjadi reput dan runtuh....
Bukan pulak nak kecek Isle I'm merely quoting from surah alHaqqah.
2 comments:
InsyaAllah I would help whoever it may be.Saving a life is Jihad, kan? Do unto others what you like done unto you.Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan dan keberanian dan kekuatan dan keyakinan. Salam.
Salam Sis,
Dalam keadaan yang terdesak atau kesusahan semua orang memerlukan satu sama lain, setiap bantuan walau sekecil mana pun akan memberi makna yang besar .
I might be ketinggalan berita, tapi saya berharap kerajaan Jepun sudi menerima bantuan dari negara kita..
Post a Comment