Monday, March 7, 2011

Masih Menyimpan Dendam........

Di akhir tahun 60an dan tahun 70an dulu timbul isu baru dalam kehidupan orang Malaysia iaitu masuk meminang adik tapi kawin dengan kakak. Masa itu ekonomi Malaysia mula berkembang pesat dan ramai orang muda berada di perantauan , jadi ramai jugalah yang berkahwin dengan orang yang bukan dari negeri asal mereka.

Saya dengar banyak kisah pemuda yang kecewa kerana telah tertipu, iaitu meminang adik tapi bila kawin diberi kakak. Orang Melayu dulu begitu tidak membenarkan adik perempuan berkahwin dulu dari kakaknya. Mereka takut nanti kakaknya tak dapat peluang untuk berkahwin. Jadi, dengan nekadnya pihak keluarga perempuan menukarkan adik dengan kakaknya semasa akad nikah. Bila dah last minute , pihak lelaki terperangkap dan kerana tak mahu memalukan keluarga terpaksa mengalah.

Ada juga ibubapa yang menganiaya anak-anak perempuannya, dengan mebuat syarat kalau nakkan adik, tunggu hingga kakak kawin dulu.

Ada seseorang yang meminang adik dapat kakak ni tetap marah dan menaruh dendam pada mak mertuanya, walau pun mak mertuanya telah meninggal dunia. Tapi tak dapat dinafikan ada juga yang hidup bahagia bersama isteri yang bukan pilihan itu. Semua tu terletak atas diri seseorang, mungkin bila dah kahwin dengan kakak didapati kakak lebih cantik atau lebih baik atau lebih sesuai dengannya. Pendek kata pilihan di tangan mereka - sama ada nak membina istana atau nak meruntuhkannya.

Sekarang ni semua mendapat peluang pendidikan dan peluang pekerjaan pula terbuka luas, jadi ibubapa dah tak risau lagi anak perempuan tak bertemu jodoh. Masyarakat pun boleh menerima bahawa siapa sampai jodoh dia kawin dulu!

4 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Ada juga cerita dimana seoran lelaki umur enampuluhan pergi meminang seorang gadis umur belum tigapuluh tahun. Dia kata hajatnya datang meminang. Kemudian dia cerita latar belakang diri dan keluarga. Dia kata dia ada anak lelaqki lulus university dan bekerja yang steady pendapatannya. pendukan cerita keluarga gadis pun bersetuju. Pada hari pernikahan datang lah lelaki ini tanpa anak lelaki yang diceritakan tu. Ibu bapa gadis rasa hairan dan bertanya apa cerita. Lelaki itu kata yang pinang diri dia.Bukan anak dia. Dia cuma cerita sahaja pasal anak dia. Itu saja.
Jangan tanya apa kesudahan.

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Itu pun merupakan satu penipuan , mungkin ibubapa sigadis orang yang lurus, mereka tak ada sangka buruk dan ingat semua orang baik macam depa.

whm6840 said...

kes naya je kan...

Kerabu Jantung said...

Nak buat macam mana, dah terperangkap!

Orang kita terlalu lembut hati, kena tipu sesikit biaq pi aje!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...