Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak!

Ahlan ya Ramadhan - Selamat datang wahai Ramadhan Al Maghfirah!

Semasa saya di Kelantan dulu, ada sesetengah keluarga buat spring cleaning rumah mereka untuk menyambut Ramadhan. Sambil-sambil tu mula berpuasa sikit-sikit di bulan Sya'ban untuk menyediakan diri untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Wanita-wanita yang bekerja mula sibuk mencari, menanya resepi , bernekad nak masak sedap-sedap untuk keluarga berbuka puasa - maklumlah masa mereka begitu terhad, walaupun keluar ofis awal sikit, tapi mereka terpaksa terkejar-kejar pulang ke rumah . Kadang-kadang sempat masak , kadang-kadang tak sempat, kenalah beli lauk pauk yang banyak dijual di pasar Ramadhan.

Tidak kurang juga yang menyimpan stok makanan kering, seperti beras, gula, susu, tepung, bawang, cili kering dan berbagai lagi. Buat persediaan awal-awal, takut harga barang naik.Kalau harga barang naik lagi tak taulah! lama-lama habis duit gaji buat menampung kos barang yang naik bila tiba musim perayaan ( Itu lah sebabnya kena pilih betul-betul menteri yang jaga hal ehwal pengguna ! Biar handal , biar gempaq, biar misai melenting - supaya peniaga dan pengedar barang-barang tak berani nak main sorok-sorok ! ) .

Tidak kurang juga ramai yang mula buat planning nak solat terawih kat masjid mana. Orang bujang akan pilih masjid atau surau yang ada moreh yang sedap-sedap. Ada yang mula survey masjid mana yang baca surah pendek , dapat balik cepat. Ada yang pilih tok imam mana yang baca sedap dan ada juga pilih masjid atau surau yang berhawa dingin. Tak kesahlah nak pilih yang mana pun - tak salahkan?

Semoga ibadat puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas!

Friday, July 29, 2011

Zero Tolerance

I owed someone rm 3, I kept delaying the payment, thinking that rm3 is such a small amount - the owner might not in a hurry to get back her money . When I did finally pay about a week later......

Oh, that's ok, no need to pay back, I sedekah it to you because I knew you don't remember
No, no, not that I don't remember but I kept delaying the payment
That's okay, that's okay , I already niat to sedekah to you
Thank you ( merah muka lah weh, embarassed )
You see, as a friend, I don't want my friend to get into dosa because of the debt ( no matter how small it is ), and on my part I already halalkan, just waiting for you to mintak halal from me. You see, even though I halalkan you are still berdosa if you don't mintak halal from me. It is good that you want to return my money today, as a friend, I don't want you to live in a sin (?)

@#@$%%$&*+}~@????

OH GOD!!! please forgive me!! I felt like shoving that rm3 into her mouth and tell her to go fly kite or jump in the river or get a life or go see the world or masuk sekolah balik or pergi bakar rumah!!!

Tuesday, July 26, 2011

Mahar Tinggi, Mahar Rendah

Orang-orang muda yang nak memulakan hidup baru ada yang menggaru kepala ( atau ibubapa yang garu kepala? ) bila memikirkan hal perbelanjaan kahwin. Kenduri kahwin bukan kecik -kecik kenduri, ia meliputi kaum kerabat, waris warah , jiran tetangga dan sahabat handai. Pi mai, pi mai, sap-sap sui tidak kurang dari 600 orang akan dijemput ( kalau buat kenduri jemput 400- 500 orang dah dianggap keciput ).

Kadang-kadang perbelanjaan yang besar jadi penghalang besar bagi bakal-bakal pengantin. Pihak pengantin perempuan tak hendak berganjak dengan duit hantaran yang tinggi, ibubapa kedua belah pihak pula tak sanggup nak mengecilkan kenduri, tak mahu mengecewakan seluruh keluarga dan sahabat handai dan takut kena tohmah!

Seorang ibu bertanya kawan lelaki anak perempuannya, bila nak masuk meminang.

Terketar-ketarlah hamba Allah tu menjawab duit belum cukup.

Nak tunggu sampai duit cukup, lama-lama tua anak aku! La ni makcik nak tanya, berapa kamu ada duit simpanan

D..d..dalam dua ribu aje makcik

Hah..takpe, suruh mak kamu beli cincin , suruh mak ayah kamu mai masuk meminang. Duit kamu yang 2 ribu tu bawak masa akad nikah, yang lain nanti makcik tambah!

Akhirnya perkahwinan dijalankan dengan meriahnya di sebelah pihak perempuan. Kini mereka dah dapat 4 orang anak dah!

Berlainan pulak dengan teruna seorang ni, mak ayah girlfriend datang rumah minta ibubapanya masuk meminang. Mereka kata mereka berkenan kat si teruna ni, budak baik dan layak dibuat menantu. Belum apa-apa lagi bakal mak mertuanya beritahu, duit hantarannya rm3o ribu!

Ada pulak orang tolong bagi nasihat.......pi lah jual anak dara hang kat orang lain!

Friday, July 22, 2011

Masala Tea , Anyone?







Tea Time!


Like to try something different?
How about masala tea?
For those who like the taste of spice in their tea, masala tea is the answer. You can do it yourself at home....no need to lepak kat kedai mamak lama-lama!














First thing first you have to have tea leaves or tea bags and the three c spice - ie - cinnamon, clove and cardamom .

Then boil the tea and spices ( a few cardamoms and cloves , a small piece of cinnamon ) in a pot for about 5 - 10 minutes . Add some fresh milk or condensed milk, leave it to boil for another while - then it is ready to be served.














For fresh milk, you can add some sugar to taste.
Add sugar sparingly.......

Kalau ada roti empat segi ( cream crackers ) boleh celup dalam itu masala tea..... and then...continue blogging!

For related entry click here

Tuesday, July 19, 2011

Dok Buat Khurafat....2

Banyak lagi benda-benda kecil yang diamalkan orang-orang dulu, misalnya bila nak buat kenduri kahwin di musim hujan, ada yang mencampakkan baju yang telah dipakai oleh bakal pengantin ke atas bumbung rumah. Dengan cara itu diharapkan hujan tak turun di hari kenduri - tapi kalau turun jugak nak buat macam mana, mugo doh musing hujang!

Yang paling menakutkan ialah, ada orang yang menggunakan darah kambing untuk kesyukuran sekiranya ahli keluarganya selamat dari bencana. Kambing disembelih, simpan darah semangkuk dan dijirus pada yang empunya badan, kemudian dibilas dengan air bersih. Amalan begini pernah diceritakan oleh orang yang menengoknya.

Ada juga seorang dua yang menyimpan keris lama yang diasapkan dengan kemenyan setiap malam Jumaat. Tak tahu sebab apa, nak katakan pergi bertarung menentang musuh negara, tak jugak. Mungkin buat begitu saja-saja je atau tiru-tiru perbuatan orang yang terdahulu.

Seorang kawan bagi satu trick tak bagi orang curi buah mangga dia, katanya dia ikat kain kuning pada pangkal pokok mangga. Dia kata bila orang tengok kain kuning tu, mereka takut nak curi buah sebab takut ada penunggu, atau dah kena jampi atau pun takut dapat mudarat.

Senang jugak nak main sentimen dengan orang-orang yang percayakan tahyul ! Tapi kalau yang nakal tak makan saman tu, dia belasah aje! Di kampung ( masa tu ) ada remaja-remaja yang nakal, pergi ke jirat Cina , nampak ada limau atas kubur depa pun bedal! Takde pulak terdengar depa senak perut atau berkuntau sebab tersampuk hantu Cina!

Friday, July 15, 2011

Menzihar Isteri

Abe Mu' ( Mahmud ) kelihatan begitu gusar akhir-akhir ni. Habih sekapong dok herang bakpo gak Abe Mu' asyik dok lepak kat masjid jah. Sebelum subuh dah sampai ke masjid, balik kejap makan tengah hari, kemudian lepak lagi kat masjid - malam baru balik rumah. Boleh pulak dok melaho saje , siap bertidur baring kat situ - buat menyemak masjid !

Mek Jenak ( Zainab ) dok buat kecoh, tok laki sehari-harian tak balik rumah, dah berapa hari doh buat lagu tu. Dia ingat laki dia dah buang tebiat nak mati dah. Yelah solat wajib harian pun dok cerlang cerlup , tiba-tiba jadi warak dok kat masjid berhari-harian.

Suatu hari tok imam masjid balik lambat sikit, tunggu semua orang balik, dia pun merapati Abe Mu' , tanya kabar.

Abe Mu' yang tengah terkedu tu apa lagi , dia pong meraung - air mata keluar macam empang pecah

Habih saya Tok Ime, habih saya sekali ni......

Tok Imam pun terkejut kecik tengok Abe Mu' meraung-raung

Bakpe jadi lagu ni, ada masalah apa - kalau buleh saya tulung...

Habih saya, habih doh.....saya zihar isteri saya.....

Doh mu kate lagu mane?

Saya kata betih dia macam betih mak saya......

O, lagu tu ka? Dok gapo satu.....zihar lagu tu sebenarnya takde dalam masyarakat kita

Ye ke Tok Imam? saya tengah takut ni.....habih saya tercerai dengan orang rumah saya....

Jangan takut, itu sebenarnya orang Arab dulu-dulu , bila tok laki dah tak berkenan kat isteri dia pun menyamakan isteri macam maknya. Cara sindiran dia kata lagu tu dengan niat nak menceraikan isteri!

Saya tak niat sikit habuk pun tok, buat gurau jah!

Tu budaya dia - budaya ni dibawa sejak zaman jahiliyah. Adapun kita orang sebelah sini, takde hal, dan tak timbul zihar menzihar ni!

Leeegaaaaa Abe Mu' mendengar penerangan tok imam ....... lepas tu che' abe pong hungga kelik ke rumah......dok ngelih kiri kanan doh!

Tuesday, July 12, 2011

Dok Buat Khurafat

Masih ingat lagi semasa tahun 1950an hingga 60an dulu, ramai orang kita masih mengamalkan amalan-amalan yang kemudiannya barulah diketahui ianya adalah khurafat. Contohnya apabila tiba bulan Safar ( yang dianggap sebagai bulan nahas ), ramailah orang kampung saya mendapatkan sekeping kertas kecil yang bertulis doa pendek. Masa tu tak kisah tentang doa dan tak pun pegi belek dan tak baca pun kertas doa tu , jadi sampai ke hari ni tak tahu doa apa yang ditulis dan siapa yang menulisnya.

Jadi kertas kecil sekeping tu dibubuh dalam tempayan air minum, supaya anak beranak akan ditolak segala bala yang entah apa dan entah bila akan menimpa. Lama kemudian barulah tahu bahawa perbuatan percaya pada hari nahas adalah khurafat rupanya. Pakat-pakat takut dan menyesallah weh, sebab lama dah terlajak buat alkhurafat tu!

Rupa-rupanya di sesetengah tempat , bulan Safar merupakan bulan pesta mandi laut ( untuk buang sial ) - tak senang jugak nak hilangkan kepercayaan yang begitu lama diikuti oleh masyarakat kita. Tapi alhamduliLlah kini mandi safar sudah hilang dari amalan hidup orang-orang Islam di Malaysia.

Friday, July 8, 2011

Alkisahnya Pak Lebai Malang

Kisah Lebai Malang telah diturunkan dari generasi ke generasi melalui lisan - hinggalah tv dicipta maka kisah Lebai Malang dimasukkan dalam bilik sejuk beku hingga tak kedengaran lagi hingga ke hari ini!

Walaupun kisah tok lebai yang malang tu hilang dari ingatan rakyat jelata, tapi ciri-ciri yang ada pada Lebai Malang masih ada hingga kini! Mengikut cerita, Tok Lebai ni ialah orang yang sangat berguna dalam masyarakat dan dia memegang tugas penting iaitu membaca doa dalam majlis kenduri. Dia bukan tok imam yang mengetuai solat masjidan surau tapi dia lebai yang freelance, berkhidmat di majlis-majlis di merata-rata tempat.

Suatu hari Tok Lebai dapat dua jemputan pada masa yang sama, satu di hilir sungai dan satu lagi di hulu sungai. Nasib baik dia duduk di tengah-tengah, jadi takde masalah sama ada dia nak ke majlis di hulu atau di hilir. Dua-dua pun boleh hadir.

Mula-mula dia berkayuh perahu ke kampung hulu sebab di sana tuan rumah menghidangkan kambing panggang . Sedang dia berkayuh sambil mengenang-ngenang kambing yang tergolek berpusing atas tempat pembakar, tiba-tiba ia teringat pula kenduri orang di hilir yang menyediakan ayam percik.Wah, meleleh air liur dia mengingatkan ayam percik yang dihidang dengan nasi kerabu, lalu dia kona perahu patah balik berkayuh ke hilir sungai . Dia mengagak-agak, lepas makan ayam percik boleh mudek ke hulu makan kambing panggang pulak! mewahnya hidup Pak Lebai.....

Sampai di tengah-tengah sungai dia ubah pulak fikiran, baik pergi makan kambing dulu baru makan ayam percik . Lama-lama - dok pi mai-pi mai sat berkayuh ke hulu , sat berkayuh ke hilir akhirnya dah lewat malam sangat dah. Bila dia sampai di hulu, orang baru saja habis makan kenduri. Kambing pun dah tinggal tulang!

Lekas-lekas dia turun ke sungai mengayuh perahu menghala ke hilir dengan harapan, dapat makan ayam percik. Sampai di kampung hilir, tengok semua rumah dah gelap, orang dah tidur rupanya. Perut pun dah lapar bukan main, sebab dok eksesais kuat ke hulu ke hilir mengayuh perahu!

Apa yang Tok Lebai tak tahu ialah, semasa ketiadaannya, ramai aje orang volunteer nak baca doa. Mereka baca doa dengan baik siap dengan lahjah Arab lagi! Ternganga habis makmum mendengar doa tuh! Selepas tu Pak Lebai mendapat persaingan yang cukup hebat. Rupanya belanar lagi orang yang lebih pandai, cuma tak dapat peluang aje!

Tuesday, July 5, 2011

Tak Berapa Prihatin!

Kalau seseorang yang rapat dengan kita atau ahli keluarga dekat atau jauh, datang kepada kita sambil menangis dan memeluk kita, apakah reaksi kita? Mestilah terkejut , risau dan terus memikir yang bukan-bukan - mala petaka menimpa dia dan keluarganya? bergaduh besar dengan suami? kena madu ? kena cerai ? sedih dan risau jugak dibuatnya......

Kita pun jadi gago gilak bah - kenapa ni, kenapa ni, apa dah jadi?...... soalan kita pun bertalu-talu, kalau boleh nak jawapan segera ( menangis boleh sambung kemudian! ).

Kucing mati.............hu hu .....

Rupanya kucing kesayangan dia baru meninggal dunia dan dah pun di tanam bawah pokok rambutan.

Kita pun menggagau dok cari perkataan yang betul dan ayat yang molek untuk mententeramkan dia.....

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun! Sabarlah, sabar bebanyak......kita pun mati, inikan pulak kucing..... ( lagi pendek umur dari kita! )

Takkan nak tergelak kut, macam tak berhati perut pulak kita ni, orang kesedihan kita dok senyum-senyum kambing. Orang boleh kata ... you tak pernah ada pet, you tak tahu perasaan orang kehilangan sesuatu yang disayang!

Alohlah mitok maah banyok weh !

Saturday, July 2, 2011

My Honest Opinion!

When I opted for an early retirement many years ago, someone told me it is a shame that I stopped working , for, at the age of 50 I have many more years to serve the country before my compulsory retirement . And that particular person really made me feel damn guilty about it.

On second thought - hey, why should I feel guilty about? There are many other ways to serve the country. Raising children properly, give them good education so that they are able to live on their own , have honest jobs to earn an honest living is serving the country too.

I won't let my children live miserably, wondering the streets or looting or joining illegal demonstrations to topple down the government. I always remind them, if they are not satisfied with the government, they should show it during balloting time. Hah, congkanglah calon mana yang kamu suka, that you think they can save your ass and ensure your generations have better life than you! Jangan sampai anak cucu kita jadi hamba orang atau kena jual di tanah air sendiri atau bertuankan orang yang dah diberi betis nakkan paha!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...