Orang-orang muda yang nak memulakan hidup baru ada yang menggaru kepala ( atau ibubapa yang garu kepala? ) bila memikirkan hal perbelanjaan kahwin. Kenduri kahwin bukan kecik -kecik kenduri, ia meliputi kaum kerabat, waris warah , jiran tetangga dan sahabat handai. Pi mai, pi mai, sap-sap sui tidak kurang dari 600 orang akan dijemput ( kalau buat kenduri jemput 400- 500 orang dah dianggap keciput ).
Kadang-kadang perbelanjaan yang besar jadi penghalang besar bagi bakal-bakal pengantin. Pihak pengantin perempuan tak hendak berganjak dengan duit hantaran yang tinggi, ibubapa kedua belah pihak pula tak sanggup nak mengecilkan kenduri, tak mahu mengecewakan seluruh keluarga dan sahabat handai dan takut kena tohmah!
Seorang ibu bertanya kawan lelaki anak perempuannya, bila nak masuk meminang.
Terketar-ketarlah hamba Allah tu menjawab duit belum cukup.
Nak tunggu sampai duit cukup, lama-lama tua anak aku! La ni makcik nak tanya, berapa kamu ada duit simpanan
D..d..dalam dua ribu aje makcik
Hah..takpe, suruh mak kamu beli cincin , suruh mak ayah kamu mai masuk meminang. Duit kamu yang 2 ribu tu bawak masa akad nikah, yang lain nanti makcik tambah!
Akhirnya perkahwinan dijalankan dengan meriahnya di sebelah pihak perempuan. Kini mereka dah dapat 4 orang anak dah!
Berlainan pulak dengan teruna seorang ni, mak ayah girlfriend datang rumah minta ibubapanya masuk meminang. Mereka kata mereka berkenan kat si teruna ni, budak baik dan layak dibuat menantu. Belum apa-apa lagi bakal mak mertuanya beritahu, duit hantarannya rm3o ribu!
Ada pulak orang tolong bagi nasihat.......pi lah jual anak dara hang kat orang lain!
5 comments:
hehe, saya pn cadang tak nak mintak wang hantaran utk anak perempuan. Bawak mas kahwin dah lah. Tak sampai hati rasanya. Sama sama nak buat kenduri kenapa pulak pihak lelaki dibeban dengan wang hantaran yang kadangkala dibelanjakan untuk ntah apa apa. Kalau untuk memulakan kehidupan berdua tak pe jugak.
Anon,
Kalau dah bercadang tu, buat je,
kalau kita bertimbang rasa,insyaAllah akan dapat banyak kebaikan dari keburukannya!
kan kak KJ? kalau semua pakai konsep ni kan senang. dua-dua pihak senang. bukan ke saling memudahkan itu cara hidup Islam yg sebenar. yg di galakkan.
kak KJ, mohon nak share post ni kt FB boleh? :)
L ,
Bukan kak, aunty..
Silakan, dan diharap ada yang mendapat manfaat darinya!
Dua cerita yang kj tulis tu adalah kisah benar!
hehehe. thanks aunty. :)
Post a Comment