Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak!

Ahlan ya Ramadhan - Selamat datang wahai Ramadhan Al Maghfirah!

Semasa saya di Kelantan dulu, ada sesetengah keluarga buat spring cleaning rumah mereka untuk menyambut Ramadhan. Sambil-sambil tu mula berpuasa sikit-sikit di bulan Sya'ban untuk menyediakan diri untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Wanita-wanita yang bekerja mula sibuk mencari, menanya resepi , bernekad nak masak sedap-sedap untuk keluarga berbuka puasa - maklumlah masa mereka begitu terhad, walaupun keluar ofis awal sikit, tapi mereka terpaksa terkejar-kejar pulang ke rumah . Kadang-kadang sempat masak , kadang-kadang tak sempat, kenalah beli lauk pauk yang banyak dijual di pasar Ramadhan.

Tidak kurang juga yang menyimpan stok makanan kering, seperti beras, gula, susu, tepung, bawang, cili kering dan berbagai lagi. Buat persediaan awal-awal, takut harga barang naik.Kalau harga barang naik lagi tak taulah! lama-lama habis duit gaji buat menampung kos barang yang naik bila tiba musim perayaan ( Itu lah sebabnya kena pilih betul-betul menteri yang jaga hal ehwal pengguna ! Biar handal , biar gempaq, biar misai melenting - supaya peniaga dan pengedar barang-barang tak berani nak main sorok-sorok ! ) .

Tidak kurang juga ramai yang mula buat planning nak solat terawih kat masjid mana. Orang bujang akan pilih masjid atau surau yang ada moreh yang sedap-sedap. Ada yang mula survey masjid mana yang baca surah pendek , dapat balik cepat. Ada yang pilih tok imam mana yang baca sedap dan ada juga pilih masjid atau surau yang berhawa dingin. Tak kesahlah nak pilih yang mana pun - tak salahkan?

Semoga ibadat puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas!

2 comments:

whm6840 said...

yup... saya angkat tangan kanan untuk yang survey baca surah pendek!
*tutup muka dengan tangan kiri*

Kerabu Jantung said...

hahahaha! dah mengaku dah!
tak salah kan? yang salah tu hok dok gi semaye!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...