Tuesday, July 12, 2011

Dok Buat Khurafat

Masih ingat lagi semasa tahun 1950an hingga 60an dulu, ramai orang kita masih mengamalkan amalan-amalan yang kemudiannya barulah diketahui ianya adalah khurafat. Contohnya apabila tiba bulan Safar ( yang dianggap sebagai bulan nahas ), ramailah orang kampung saya mendapatkan sekeping kertas kecil yang bertulis doa pendek. Masa tu tak kisah tentang doa dan tak pun pegi belek dan tak baca pun kertas doa tu , jadi sampai ke hari ni tak tahu doa apa yang ditulis dan siapa yang menulisnya.

Jadi kertas kecil sekeping tu dibubuh dalam tempayan air minum, supaya anak beranak akan ditolak segala bala yang entah apa dan entah bila akan menimpa. Lama kemudian barulah tahu bahawa perbuatan percaya pada hari nahas adalah khurafat rupanya. Pakat-pakat takut dan menyesallah weh, sebab lama dah terlajak buat alkhurafat tu!

Rupa-rupanya di sesetengah tempat , bulan Safar merupakan bulan pesta mandi laut ( untuk buang sial ) - tak senang jugak nak hilangkan kepercayaan yang begitu lama diikuti oleh masyarakat kita. Tapi alhamduliLlah kini mandi safar sudah hilang dari amalan hidup orang-orang Islam di Malaysia.

2 comments:

Mama Amirul said...

susah nak suh orang betulkan yang salah dan buat yang betul...

Kerabu Jantung said...

...sebab orang fikir benda tu tak salah, jadi kenapa nak diperbetulkan.....

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...