Tuesday, August 9, 2011

Jangan Silap Langkah


Ada juga sesetengah orang kita yang menjadikan AlQuran sebagai azimat. Ada yang beli Quran kecik, besar dan yang mahal yang comel - kadang-kadang diletak di bawah bantal waktu tidur untuk menjauhi mimpi buruk atau digantung pada buaian anak kecil untuk mengelak segala jenis gangguan dari mendekati mereka.






Seorang hamba Allah telah menawarkan sebuah Quran kecil ( lebih kurang 1" panjang ) pada seseorang dengan harga yang tak terkata tingginya . Konon kata Quran kecil itu boleh dibuat sebagai pendinding dan dapat menjaga keluarga dari segala penyakit dan dari segala fitnah serta dapat melindungi harta benda pemiliknya. Mungkin sikap sesetengah kita mudah yakin bila sesuatu benda tu dikaitkan dengan Islam atau alQuran sehingga ada yang sanggup membayar dengan harga yang begitu tinggi untuk mendapatkannya.




Nasib baik juga kawan tadi minta pandangan di kalangan rakan-rakannya. Ada yang menasihatkannya, bahawa Al Quran itu ialah untuk dibaca dan diamalkan isi kandungannya. Kalau dah kecil , tulisan pun tak jelas, macam mana nak baca. Kalau tak baca, macam mana nak dapatkan manfaat dan berkatnya.Kalau setakat buat buat tangkal , kena gelak dek makhluk-makhluk yang tak nampak tu aje!




Pendek kata AlQuran bukanlah barang perhiasan atau tangkal atau azimat........

3 comments:

ngasobahseliman said...

Ya Betuuulll....!
Silap belajar, ia jadi lain. Syirik hukumya, dosa besar yang tiada maaf bagi mu.

Mama Amirul said...

Al Quran adalah untuk dibaca dan dihayati isi kandungan nya... Bukan untuk dijadikan tangkal... Ain dulu pun penah tengok Quran kecik yang dibalut dengan kain merah dan diikat dipinggang, kononnya dijadikan sebagai pendiding... Wallahualam....

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,
kalau tak belajar Quran bermusyafahah dengan guru, nanti
ada yang pandai-pandai mengubah atau mencampur ayat Quran dengan jampi serapah!

Dear Ain,
Memang ya Quran kecik atau ayat-ayat Quran yang ditulis pada kertas dibalut dan diikat kat pinggang atau kat lengan sebagai tangkal masa dulu.
Alhamdulillah sekarang tak dah - orang kita dah advance- banyak menghafal doa-doa dalam Quran!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...