Friday, August 19, 2011

Mencari Lailatul Qadar ?

Apabila menjelang 10 malam akhir Ramadhan, riuh rendah pulaklah pakat-pakat nak tunggu Lailatul Qadr . Masih ada lagi yang berharap-harap dapat tengok pokok sujud atau jumpa orang tua pakai serba putih dan berjanggut tunggu di tepi jalan atau baru keluar dari dalam semak. Cerita berkaitan Lailatul Qadar tahun 60an klik di sini

Para ustaz telah merujuk dari pelbagai kitab yang mu'tabar tentang cara-cara nak menghidupkan malam-malam 10 yang akhir Ramadan sebagai panduan jemaah mereka. Rupa-rupanya Malam alQadr bukanlah malam jenguk-jenguk ikut tingkap tapi malam untuk melipat gandakan amalan dan doa kerana malam itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kalau berkebetulan dengan alQadr amalan dan doa akan termakbul, bahagialah seseorang itu dunia akhirat, insyaAllah!

Di antara amalan yang disarankan oleh ustaz ialah:

A. Mula pada waktu Maghrib 20 Ramadan solat jemaah di masjid ( siap niat beri'tikaf ) dan teruskan hingga solat Tarawih dan juga di waktu solat Subuh . Kalau tak sempat, boleh mula dengan solat Isya' .

B. Baca Quran :
1. Surah Alzalzalah ( sama pahala seperti membaca 1/2 Quran )
2. Surah Alkafirun ( 1/4 quran )
3. Surah Alikhlas ( 1/3 Quran )
4. Surah Yasin ( hati Quran )
5. Ayatul Qursi ( paling agung dalam Quran )
6. Ayat 285 & 286 Surah AlBaqarah
7. Alkautsar

Kata ustaz senarai di atas itu disarankan iatu baca sikit tapi pahala besar.Kalau tak larat atau tak cukup masa bacalah yang mana-mana yang mudah. Kalau gagah mengaji sampai katam setiap malam .

C. Zikir- pelbagai zikir yang biasa dibaca

D. Doa - iaitu doa yang selalu dibaca selepas setiap 4 rakaat solat Tarawih - memohon ampun ke atas diri dan kedua ibubapa dan minta dapat masuk syurga.

Selamat berjihad semoga tak syahid separuh jalan!
Selamat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...