Tuesday, August 23, 2011

Sujud Sajdah

Masa dulu-dulu tak ramai yang tahu tentang sujud sajdah, sebab imam masjid dan surau baca surah-surah pendek dalam sembahyang. Kalau ada surah panjang pun, hanya dibaca 5-6 ayat dalam setiap rakaat ( masjid kat kampung ).

Pada mula sujud sajdah diperkenalkan, ramai makmum yang keliru, walau pun imam beritahu cara dan waktu yang ke berapa akan diadakan sujud sajdah itu. Keadaan jadi celaru, ada yang sujud ada yang tak, ada yang mufarakah sebab confused.

Kini sujud sajdah diamalkan hampir di seluruh masjid dan surau pada pagi Jumaat dan juga waktu solat Tarawih di bulan Ramadan. Sehinggakan ada yang ingat sujud sajdah pada solat Subuh pagi Jumaat itu sebagai satu kemestian pulak.

Seorang ustaz muda pernah menceritakan pengalamannya yang dimarahi ibunya kerana buat sujud sajdah. Oleh kerana beliau baru balik dari Mesir, beliau dijemput menjadi imam dimasjid kampungnya. Kebetulan beliau membaca surah yang ada sujud sajdah , dia pulak tak mengumumkannya pada makmum - jadi bercelarulah sikit dan lepas tu mereka komplen sebab tak tahu ada sujud sajdah . Ibunya kata kalau nak sujud sajdah kena beritahu makmum dulu supaya mereka bersedia.

Pengalaman saya bersolat Tarawih di UIA pula cukup menggelikan hati. Kebetulan pula malam itu imamnya berbangsa Arab, bila masuk solat witir , imam hanya menyebut - alwitr - sahaja. nasib baik saya terperasan , kalau tak saya akan solat tarawih lagi!

Oleh kerana itu, pada malam-malam 15 ke atas, saya bawak Quran satu juzuk ( yang dicetak mengikut juzuk )dan malam-malam yang ada ayat sajdah saya akan bersedia awal-awal lagi , kira muka surat untuk menentukan rakaat berapa ada sujud sajdah. Kalau tak nanti saya pulak yang bercelaru, orang sujud saya bangun, orang bangun saya sujud!

Saya suka bertarawih di UIA sebab waktu Ramadan ada ramai hafiz dan ramai yang jadi imam bertukar ganti setiap malam dan pelbagai jenis Qiraat yang dibacakan - ia memberi pengalaman baru pada saya pada masa itu ( di tahun 1990an ). Tapi kini tak ada masalah lagi, semua masjid dan surau ada imam yang handal-handal dan kebanyakan mereka adalah hafiz alQuran.

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...