Kalau sekiranya barang yang berharga dan paling kita sayang tiba-tiba hilang , atau seseorang itu baru saja menerima berita yang ia mengidap penyakit yang kronik, atau anak dara keluar rumah tak balik-balik - sudah tentu susah nak menerima kenyataan. Seseorang akan jadi terlampau takut dan risau yang keterlaluan - hingga jadi murung dan bercelaru.
Kata seorang pendakwah, jangan terlalu risau, cuba bawa bertenang, fikirkan nikmat Allah yang ada pada kita - mata masih boleh melihat? kaki masih ada dan boleh berjalan? otak boleh berfungsi? Bayangkan kalau kita hilang ketiga-tiganya atau salah satu darinya , dapatkah seseorang itu menolong anak daranya yang entah di mana atau entah dah kena jual?
Kemudian janganlah tergesa-gesa cari bomoh, mintak tolong sana sini dan lupa pula nak mengadu dengan Allah. Seharusnya mintak doa, sembahyang hajat, bermunajat dulu, minta Allah tunjukkan cara terbaik untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Kena bersangka baik dengan Allah - segala yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.
Beliau memberi panduan untuk mendapat petunjuk Allah beramal dengan surah Adduha sebanyak 40 kali sehari selama 40 hari atau yang lebih ringan baca surah Adduha sebanyak 7 kali setiap pagi dan petang/malam selama 7 hari. Beliau pernah menyarankan amalan ini pada beberapa orang rakannya, dan 2 daripada mereka telah berjaya mendapat jalan penyelesaian. Tapi katanya dia sendiri tidak berjaya, keretanya yang hilang sampai kini belum mendapat berita lagi. Allah sahaja yang menentukan segalanya ! ....dan manusia terus berusaha...
Wallahu a'lam - saya cuma menyampaikan tazkirah bulan Ramadhan yang saya dengar di surau dekat rumah!
No comments:
Post a Comment