Monday, September 3, 2012

Beraya Sakan Weh!


Rata-rata bila ditanya , macam mana Raya? Ramai yang jawab - penat!
Ramai juga yang menjawab -  terlalu banyak makan!
Tak kurang juga yang mengeluh berat badan bertambah.

Mengingatkan saya semasa kecik emak sibuk melayan kanak-kanak yang datang beraya, tak putus-putus, bertali arus selama beberapa hari. Lepas minum dan makan kuih , dapat duit raya, mereka pun beredar ke rumah lain.

Masa kecik tak tau rupanya mak sibuk sekali sediakan juadah dan membasuh gelas , bila dah besar  kena tolong mak sediakan minuman dan basuh gelas tak henti-henti - kadang-kadang tarik muka 14 sebab malas nak basuh gelas.

Bila dah dewasa dan berkeluarga sendiri, kita pulak mengambil alih tugas mak melayan budak-budak datang raya, kerah habis semua anak-anak lelaki perempuan suruh basuh gelas dan penuhkan kuih raya dalam balang - depa pun mengeluh .....bukan kerana kepenatan tapi tak boleh duduk rehat-rehat!

Yang datang raya tu adalah kawan-kawan mak dan jiran-jiran , kemudian anak-anak mereka, kemudian cucu-cucu mereka pulak. Kadang-kadang mak dah tak kenal generasi yang baru - kamu anak sapa? kamu cucu sapa? Dah tak boleh nak trace  sebab dah banyak lapis. Tok nenek mereka ramai yang dah meninggal, tapi mak hidup selama 87 tahun!

Rupa-rupanya tak habis di situ, adik  perempuan saya yang mewarisi rumah keluarga , juga menerima tetamu cucu cicit kawan mak dulu termasuk ramai lagi budak-budak lain yang tidak dikenali yang datang beraya dari rumah ke rumah, tak henti-henti dari pagi sampai petang. Mujurlah malam budak-budak  tak datang beraya mungkin dan letih atau buat planning untuk esoknya - nak pegi ceruk mana pulak!

Sebab tulah la ni orang buat open house - penat sekali aje!

2 comments:

Mama Amirul said...

Suka suasana raya zaman kanak-kanak... main redah je ge raya umah sesapa pun... yang penting dapat duit raya... hehehe....

ngasobahseliman said...

phoDua tiga tahun dahulu ada anak-anak datang ke rumah. Tetapi sekarang sudah tidak ada. Agaknya sudah ditempatkan di satu kawasan yang jauh maka saya rasa juga kesunyian tidak pengunjung seperti mereka.

Zaman Kanak-Kanak....6

  Khalas! Tengok kiri kanan dulu ya.. Masa kecil ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa ...