Thursday, September 20, 2012
Biar Mati Adat jangan Mati anak
Seorang kawan bercerita, kakaknya baru saja kehilangan suami dan dia buat kenduri tahlil tiap-tiap malam, setakat ni dah malam yang ke 5. Dia kata dia hanya pegi malam pertama dan malam kedua saja, malam yang lain-lain tu dia malas nak pegi. Dia kata entah apa-apa kakak dia tu, buat amalan yang tak ikut syariat.
Saya pun pernah dengar keluhan seorang pendatang , katanya kalau orang kampungnya buat kenduri semuanya dijemput, dan diwajibkan hadir, kalau tak hadir bila dia buat kenduri orang tak datang. Katanya kerap benar mereka buat kenduri , pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling keluarga mereka, akan diadakan kenduri - kenduri kawin, kenduri melenggang perut, kenduri cukur jambul, kenduri bersunat ,kenduri tu, kenduri ni......
Katanya dah jadi adat buat segala macam kenduri , seolah-olah macam terpaksa sebab ikut tradisi turun temurun dalam masyarakat dia. Dia rasa macam tertindas dengan adat dan norma-norma masyarakat. Ramai juga yang mengeluh, tapi tak berupaya nak menidakkannya.
Mas ni seorang yang agak keras dan agak berani menentang adat yang tak membenarkan kawin sesama suku . Dia benarkan anak perempuannya menikah dengan lelaki yang seketurunan ( sesuku ). Saya pun tanya apa jadi kalau kawin sesuku? dia kata pasangan suami isteri tu akan diboikot oleh masyarakat. Habis tu anak Mas macam mana? Dia suruh anak dan menantu berhijrah ke tempat lain, keluar dari kampung tu!
Mas menambah lagi, bila dia kenduri cukur jambul cucunya, dia tak panggil orang sekampung, memadai jiran keliling rumah dan sedara mara yang dekat. Dia tak kisah orang nak kata apa, sebab dia kata, dia yang berpenat lelah mencari duit, tinggal anak, tinggal suami bekerja di Malaysia ni, mana mampu nak buat kenduri besar!
Mas bekerja 3 trip sehari - pagi petang dan malam , 6 hari seminggu, kadang-kadang 7 hari seminggu. Saya berdoa semoga apa yang dibuat oleh Mas tu menjadi ikutan orang-orang lain ( yang tidak bersetuju dengan adat resam yang menyusahkan )di kampungnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Memang kadang2 adat orang lama ni maca menyusahkan tapi tak boleh lah kalo kita menolak sepenuhnya adat resam ni...
pasal kawin sesuku tu plak, tak perlu lah sampai kena keluar kampung... orang yg menetapkan adat tu dah pikirkan jln keluar jika terjadi pernikahan dalam suku yg sama... mungkin org kampung kwn cikgu tu tak kaji sepenuhnya pasal adat tu... hanya amik yg asas je...
pssst.... panjang plak komen ain kali ni...
Jangan risau, catat je pandangan Ain tu, tak kira panjang atau pendek!
Post a Comment