Thursday, October 11, 2012

Tak Boleh Paksa......



........hati  kita untuk mengasihi seseorang atau paksa seseorang untuk mengasihi kita. Perasaan hati seseorang adalah rahsia diri , hanya yang empunya hati je yang tahu ( dan Allah Maha Mengetahui ).....

S seorang bujang trang tang tang yang mungkin telah menaruh hati pada seseorang, tapi takde sapa yang tahu. Masa tu dia baru kerja dan gaji pun sikit, mungkin dia belum berani nak meluahkan perasaannya sebab pitih takdok sekepeng!

Beberapa lama kemudian , tiba-tiba dia bawak datang isterinya ke bandar tempat dia kerja. Kecoh habis kawan-kawannya dan mengutuk dia cukup-cukup sebab makan kenduri senyap-senyap. Dia buat selambe derk je, malas nak layan kawan-kawan yang dok asyik menyakat tuh.

Lama-lama kawan-kawan pun tertanya-tanya, sebab apa dia tak introduce isterinya dan bila berjalan, dia meninggalkan isterinya jauh ke belakang.  Dia tak bercakap dengan isterinya dan selalu meninggalkan isterinya kesaorangan di rumah.  Pendek kata , he ignored his wife totally!

Risik punya risik, baru tau rupanya dia kena paksa kahwin dengan gadis pilihan ibunya. Gadis yang dikahwini itu memang tergila-gilakan dia dan telah berjaya mempengaruhi ibubapanya untuk mengahwinkan dia dengan S. Walaupun dia dapat berkahwin dengan S tapi  kedua-dua mereka tersiksa jiwa raga sebab S tak cintakan dia dan tak cuba nak mencintainya, dan isterinya pulak sentiasa dalam kesedihan kerana dipinggirkan oleh suaminya setelah beberapa lama berkahwin .

20 tahun kemudian kami bertemu semula dengan S dan dia sudah beristeri lain dan hidup bahagia di samping beberapa orang anak.

Isteri pertama telah lama diceraikan - sebagai janda berhias!


3 comments:

Mama Amirul said...

ish bleh lak camtu... sepatutnya sebagai hambaNya kita kena berlapang dada dengan apa yg telah ditentukan..

Deru Ombak said...

Rasa cinta Dan perasaan kasih itu sesungguhnya tidak boleh di paksa..

Melepaskan org yang tidak di cintai Dan hidup bahagia dengan pilihan hati itulah ketentuan Allah yang sebenar..

KJ.. I am leaving to Langkawi tomorrow afternoon. Be back by Sunday or Monday .. Will call you as soon as I come back.. Have a nice weekend ya..

ngasobahseliman said...

Salam Sis KJ. Dari segi hukum, apa ye? Kenapa kahwin kalau memang tak mahu bersatu. Itu menganiyaya namanya. Lebih baik nerterus terang dengan keluarga dan mohon maaf. Kenapa tambah satu lagi hati luka. Tak boleh paksa betullah. Tapi menganiyaya?

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...