Wednesday, April 3, 2013
Dug Dag, Dug Dag!
...jantung berdenyut kuat - Parlimen dah bubar!
Akhirnya pada 3hb April , tepat pukul 11.30 pagi Rabu Parlimen diisytiharkan bubar. Sekarang kita menunggu pilihanraya pulak dan yang penting sekali ialah hari penamaan calon. Nak tengok pemimpin yang macam mana yang nak diangkat menerajui negara!
Saya harap semasa berkempen seluruh negara ni janganlah bawak cerita dalam kelambu lagi. Ia sungguh memualkan - enough is enough, yes, this person that person buat maksiat... TAHU BELAKO DOH.......nak percaya tak percaya belakang kira . Kempen secara jentelmen and may the best candidates win!
Bagi diri saya dan puak gerabak saya sentiasa memilih kerajaan yang ada sebab walaupun takde sorang pun dari kami yang jadi tokey besar, boss besar atau orang kenamaan, tapi kami bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Puak gerabak saya ramai yang dapat bersekolah tinggi hingga ke universiti , dapat menikmati segala kemudahan yang ada . Memang ada jugak sakit hati pada pemimpin terutamanya the little napoleons diperingkat bawahan , tapi kemarahan dan kebencian taklah sampai nak kondem seluruh jentera kerajaan!
Ada jugak di kalangan puak gerabak saya yang suatu masa dulu penyokong kerajaan yang tegar tapi tiba-tiba berubah camp. Sebab pertama ialah perpecahan Umno pada tahun 1988 , ramai yang masuk parti Semangat 46 yang akhirnya masuk parti lain bila semangat 46 dah hilang semangat. Antara puak gerabak ni dah berubah wajah semua jadi warak belaka - tapi bukan nak buat perubahan apa-apa pun ! kerja depa ialah dok maki Tun Mahathir.
Arwah ayah dan mak saya dulu pun ahli parti pembangkang yang tegar sehingga ke akhir hayat mereka, tapi mereka tak pernah mencerca pemimpin negara ( Tunku dan Tun Razak ) pada masa tu dan kemudiannya Dr Mahathir. Memang mereka nakkan negara Islam, tapi tak sampai memaki hamun dan ikut mengkafirkan orang atau menuduh orang UMNO fasik dsbnya.
Puak gerabak saya yang berputus arang dengan kerajaan itu pun masih lagi memaki hamun Tun M , dan saya ingat kebencian itu sampai di situ aje, rupanya bersambung pula pada Tok Jib ...Siapa yang lebih fasik, orang yang memaki orang atau yang bekerja keras membangunkan negara?
Setakat ini LGE nampak bekerja keras membangunkan Pulau Pinang - buat rumah mahal-mahal , nak buat terowong dalam laut.....lama-lama puak dia je yang duduk atas pulau tu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
1 comment:
2017 zaman sudah berubah , saya dan puak gerabak saya dah tak sokong najib the kleptokrat!
Post a Comment