Tuesday, August 27, 2013
Pentingkan Diri
Pernah berlaku dalam masyarakat kita , dek kerana terlampau sayangkan anak perempuan ibu bapa tak nak melepaskan mereka .Akhirnya 2 orang anak dara mereka tidak dikahwinkan sebab semua yang datang melamar tak cukup sesuai a.k.a. semuanya tak qualified. Ibubapa merasakan merekalah yang dapat memberi segala kesenangan dan kebahagian pada anak-anak mereka. Akhirnya apabila ibubapa mati tinggallah 2 dara tua jadi penunggu rumah pesaka.
Ramai jugak ibubapa yang selfish , mementingkan diri mereka saja - takut kalau anak dara kahwin mereka akan kehilangan anak atau mereka akan kesunyian untuk menghadapi hari tua. Kalau anak gadis tak kawin sudah tentu boleh menjaga mereka sepenuh masa. Sebenarnya mereka bukan sayangkan anak tapi sayangkan diri mereka sendiri . Mereka tak pernah fikir apa akan jadi pada anak perempuan mereka bila mereka tiada - tidak fikir kebahagian anak-anak, tak faham naluri manusia yang ingin mendirikan rumahtangga dan punya keluarga sendiri.
Tapi saya salute pada sebuah keluarga ni, yang mempunyai ramai anak gadis - setelah mereka habis belajar dan mendapat pekerjaan tetap ibubapa mula bertanya anak gadis samada sudah ada pilihan hati. Kalau tiada mereka berusaha untuk menjodohkan anak-anak gadis mereka!
Saya doakan semoga keluarga ini mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat - aamin!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Faham sangat
orang-orang muda mudah faham, orang tua pulak susah nak nampak...
Post a Comment