Saturday, October 19, 2013
Abe Leh Dok Mengendeng !
Masa muda dulu Abe Leh bukan main lagi, dok molek-molek dengan anak bini tiba-tiba buat agah nok berbini lagi. Puas jugak Kak Semah dok sakit hati , tapi Abe leh berkeras juga . Berapa lama dok pujuk Kak Semah suruh sain surat kebenaran sampai jadi gaduh, mula-mula gaduh kecik, lama-lama gaduh besar. Abe Leh dok sakit hati pahtu dia nak ajar Kak Semah cukup-cukup, bawak calon isteri pegi tayang depan Kak Semah!
Akhir kalam jadi jugak Abe Leh menikoh lain. Kak Semah pun bertekad mintak cerai - dia nak tumpukan kerjayanya sepenuh masa. Memang pun asal usul Abe Leh nok berbini lain tu sebab ada sikit professional jealousy kat Kak Semah tu, selalu buat alasan Kak Semah sibuk sangat dan terlalu menumpukan kerjaya.
Kini Cik Mah berada dipuncak kerjayanya , anak-anak dah besar dan dah masuk kolej . As for Abe Lah selepas setahun kawin dan dapat anak satu dengan bini muda, mula dok kacau Cik Mah. Buat macam-macam sampai hantar messenger nak pujuk Cik Mah berbalik dengannya! ( hingga kini tak putus harapan lagi )
Apa taknya hok ada dalam rumah dok pakai baju kelawar siang malam, baru anak satu rambut dah mengerbang , Cik Asmah pulak dok pasang badan, dok pi seminar sana seminar sini, sampai bertembung dengan Abe Leh pun buat tak kenal...
Kira-kira padan jugaklah muka Abe leh tu!
Nak kawin dah pun kawin , nak anak , anak ada dah . Selepas gagal berumahtangga Cik Mah lebih suka hidup solo ( walaupun ramai je yang dok mengorat dan ramai jugak yang ajak dia kawin )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment