Tuesday, October 29, 2013
Adventure Tahun 60an.......1
....ke Kampung Aur!
Pada tahun 1960an saya akan ke Kampung Aur (kampung datuk nenek dan sedara mara ayah saya ) setiap kali cuti sekolah di akhir tahun . Dari Rompin nak pergi ke Kampung Aur kena naik bot penambang merentas muara Sungai Rompin hingga sampai ke seberang sungai ke Kampung Lanjut. Dari Kampung Lanjut naik keretapi ( kepunyaan Rompin Mining Co / ROMPINCO ) ke Bukit Ibam iaitu kawasan lombong bijih besi ROMPINCO ( ke rumah arwah Pak Kecik Rani yang bekerja di situ), bermalam di sana dulu. Pada keesokan harinya naik pulak Land Rover pergi ke Jeram. Sampai di Jeram kena naik bot menyusur Sungai Aur selama beberapa jam barulah sampai ke Kampung Aur .
Setelah syarikat lombong bijih di Bukit Ibam tutup, keretapi pun dah hilang entah ke mana. Selepas itu kerajaan telah membuka tanah rancangan dan membina jalan raya .Jadinya lebih mudah orang Rompin dapat pegi terus ke Kampung Aur melalui jalan darat
Pada tahun 1971 , berlaku banjir paling besar di Pahang - kampung yang terletak di tebing Sungai Aur itu habis tenggelam dan akhirnya semua penduduk berpindah dari situ . Bukit Ibam pulak berkembang menjadi bandar dan banyak peluang pekerjaan walaupun syarikat perlombongan dah tiada. Selepas Bukit Ibam, wujud pulak bandar-bandar lain seperti Muazam Syah . Rupanya bandar-bandar ini berkembang disebabkan pembukaan tanah-tanah rancangan -Pahang Tenggara, DARA diikuti pembukaan estet Tabung Haji dan Rancangan tanah Felda. Rompin jadi makmur dengan aktiviti pembalakan.
Saya pun dah tak pegi ke Kampung Aur lagi, sebab sedara mara semua dah pindah ke Muazam Syah, Bukit Ibam dan ramai juga yang masuk Estet Tabung Haji dan juga skim Felda. Lagi pulak saya dah keluar dari kampung meneruskan pengajian saya, bekerja , berkahwin dan menjalani kehidupan jauh dari kampung halaman.....
Artikel di bawah ini adalah dari Carian Google.
The Federal Route 63, together with Jalan Lanjut (Pahang State Route
), was originally a light railway track constructed by Eastern Mining & Mineral Company (EMCO) (later ROMPINCO) from Bukit Ibam to Kampung Lanjut near Kuala Rompin to transport iron ore. The construction of the railway was started in 1955 right after the state government of Pahang granted permission to EMCO to open an iron mine at Bukit Ibam. However, the railway service was short-lived and was closed down in 1960s after the iron mine was shut down. As a result, the light railway track was dismantled at the end of 1960 and was replaced by two paved roads instead (Federal Route and Pahang State Route
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment