Sunday, October 6, 2013
Yang Nampak Dan yang Tak Nampak
R sentiasa mengadu pada saya yang dia kerap mendapat mimpi buruk. Mimpi buruk pula kerap berlaku bila dia balik ke rumah mak mertuanya. Ada antara sedara mara mak mertuanya kata yang mak mertuanya ada bela hantu, dia pun hairan, sebab mak mertuanya tak pernah tinggal solat.
Katanya apa yang menakutkan dia ialah salah seorang dari sedara mara mak mertua dia yang sudah tua ( yang juga dikatakan ada bela hantu ) - oleh kerana dia selalu sakit-sakit dia pun nak pass hantu dia kat orang lain. Dah pernah hantar hantu kat salah seorang dari biras R , tapi oleh kerana biras R kuat semangat - hantu tak dapat mendekatinya.
Sekarang R rasa terancam, sebab dia sangat lemah semangat. Katanya dia kerap bermimpi orang tua tu datang ke rumahnya dan beritau dia suka rumah R dan nak datang duduk kat situ! Selain dari mimpi orang tua tu datang, dia juga bermimpi kanak-kanak kecil yang di bawa kepadanya ,suruh dukung dan timang kanak-kanak tuh! Kadang- kadang pula dia perasan yang suaminya masuk ke bilik semasa dia keluar dari bilik ( bertembung ) bila dia turun tingkat bawah rupanya laki dia tengah dok nganga tengok tv .
Eh, bukan ke tadi awak naik ke bilik?
Tak de pun.....
Dah lama saya dengar keluh kesah R , dah pegi jumpa orang alim berubat dan sebagainya . Saya sungguh kasihankan dia .....dan sentiasa beri kata-kata semangat padanya.
Macam nilah , supaya engkau tak dalam ketakutan sepanjang masa dan tak berdosa menuduh-nuduh - benda yang engkau tak nampak tu engkau kira takde apa-apa, cuma mainan fikiran ( sebab tak nampak kan? ) Tapi kalau engkau betul-betul nampak dan bertembung face to face ( bertaring , kuku panjang , mata merah, baju putih berserabai mabai etc ) barulah engkau boleh kata itu adalah hantu jelmaan atau belaan seseorang ( you are really in big trouble! )
Erk....yang tukang nasihat tu pun kecut perut jugak....( mengenangkan kalau bertembung face to face....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment