Ikan bawal belah belakang.....
Di tahun 60an - 80an dulu ikan bawal hitam sangat murah di Rompin , jadi mak selalu goreng ikan bawal yang dibelah belakang .
Orang dulu kalau masak macam-macam rencah yang dibubuh - cili kering + cili hidup, bawang putih, bawang merah, serai , belacan , buah keras semuanya ditumbuk halus dan ditumis. Masukkan pula asam jawa pekat, garam dan sedikit gula. Awas-awas yang ditumis itu dimasukkan ke dalam ikan yang dibelah belakang dan digoreng shallow fry - kalau goring minyak banyak habis terkeluar awas-awas ).
Bila saya masak untuk anak-anak saya, resepi yang begitu complicated saya dah slash tinggal separuh iaitu
cili, bawang putih, bawang besar ( senang kupas ) + asam jawa pekat atau perah asam limau , dan garam. Ikan yang dibelah belakng disapukan dengan garam dan kunyit di luar dan di dalam dan masukkan awas-awas ke dalam ikan . Lepas tu terus goreng. ( ikan kembung dan lain-lain ikan pun boleh juga )
Cepat dan mudah......
3 comments:
Di tempat sy selalu guna ikan cencaru atau kembung.ikan selangat pun mak pernah wat sumbat belakang.tp kn ikan hat besar la.nnti boleh cuba ikan bawal
Ikan selangat tu sedap...tapi sekarang ni susah nak dapat di pasar.
Eh resipi mak saya! Nanti nak cuba buat lah mak...sini banyak ikan besar2 ntah apa nama...rupa mcm ikan bawal pun ada..boleh cuba...
Post a Comment