Sunday, June 29, 2014
Ramadhan AlMaghfirah
Seorang Imam AlQory yang hendak solat Tarawih dengan membaca AlQuran satu juz pada setiap malam telah mendapat tentangan dari jemaahnya. Alasan yang mereka beri ialah masjid itu tidak pernah mengamalkan solat Tarawih yang panjang - jemaah secara umumnya takkan setuju solat Tarawih panjang-panjang.
Kemudian dia kena komplen lagi, semasa membaca khutbah mengimamkan solat Jumaat, suaranya begitu kuat hingga membingitkan telinga makmum dan jemaah menuduhnya sengaja membesarkan suara mikrofon . Makmum marah kerana Imam mengingatkan mereka supaya jangan tidur ketika khutbah dibaca.
Jemaah qariah itu juga tak puas hati sebab Imam Muda tu agak keras sikit dan kurang bertolak ansur dengan pelbagai karenah jemaah. Dan beliau dinasihatkan supaya pandai mengambil hati jemaah-jemaahnya. Dan antara lain yang mereka tak puas hati ialah apabila Imam Muda juga seorang jurunikah itu tidak bertanya kan saksi-saksi samada 'sah' atau tidak setiap kali pengantin lelaki melafazkan nikah.
Pendek kata macam-macam lagi komplen yang dibuat terhadapnya hinggakan imam yang baru berumur 27 tahun itu tak tahu nak kata apa. Tapi yang pentingnya ialah dia tak gentar berhadapan dengan semua itu dan bertekad memperbaiki dirinya!
Wednesday, June 25, 2014
Sudah Kena Label!
...atau tekanan masyarakat
ke atas orang persaorangan atau berkumpulan..
Di kampung saya pada tahun 50an-60an dulu ada satu nama yang diberi pada seseorang iaitu 'orang dok pakka' atau orang tak terpakai iaitu orang yang tak boleh diambil kira cakapnya atau pun orang yang tidak diajak berunding atau orang itu tak ada bawak manfaat pada orang lain.
Eh...dok leh dengar cakap dia tu, orang dok pakka @ suka cakap tak benar , sokmo dok merapu, orang tak pakai cakap dia walau pun kadang-kadang ada benarnya.
Isy...pokcik tu, orang dok pakka.....seharian dok main dam haji ( di bawah pokok tepi masjid kat kampung ). Orang lain bertukar ganti main dam tu tapi dia jadi tekong, tak berubah-rubah tempat- tok bilal dok bang, dia dok pangkah buah dam, dari pagi sampai zohor,dari waktu asar sampai masuk maghrib. Jadi dia ni orang kampung tak ajak berunding dan tak minta buah fikirannya tentang perkara-perkara penting melainkan strategi buah dam naik haji je!
Paling teruk kalau orang tua yang mengekalkan tak bersolat, atau minum arak atau berjudi - susah jugak anak-anak mereka nak dapat jodoh orang tempatan, sebab orang akan kata ...oooo tokleh budak tu, bapak dia....
Zaman sekarang orang dah tak nampak apa orang buat di rumah mereka. Mungkin dia juga seseorang yang dok memenuhi ruang hidupnya dengan segala macam info dan hiburan yang mengasyikkan yang terhidang di dunia maya. Lama-lama jadi kera sumbang tak suka bercampur dengan masyarakat . Kita lupakan masyarakat, masyarakat akan lupakan kita!
Sunday, June 22, 2014
Kena Buatan Orang
Tak tau macam mana boleh terserempak dengan beberapa orang yang memang fanatik semua penyakit adalah buatan orang. Tolak ketepi medical reasons - walaupun telah disahkan oleh pakar perubatan tentang penyakit mereka. Cakap doktor tak boleh pakai walaupun dah belajar 5 - 6 tahun untuk menjadi doktor dan tambah beberapa tahun lagi untuk jadi doktor pakar.
Oleh kerana semua penyakit adalah buatan orang, maka berlakulah pergaduhan hingga putus hubungan silaturrahim dan keluarga berpecah belah. Kadang-kadang ia berlarutan hingga ke anak cucu.
Baru-baru ni saya bertemu seseorang yang mengidap kencing manis yang acute yang tiba-tiba jatuh sakit - dan mengikut pendapat doktor dia kena minor stroke akibat dari penyakitnya . Tetapi beberapa orang rakannya mengatakan dia telah kena buatan orang, begitu , begini dan menyarankan dia pegi jumpa bomoh yang terkenal di situ,di sini. Dia mengadu pada kami yang dia jadi begitu stress dengan kawan-kawannya itu dan tak dapat nak buat pertimbangan yang betul - betulkah dia dapat minor troke atau betul-betul dia kena buatan orang.
Walau pun dia percaya pada doktor perubatan, kini dia dah mula rasa was-was, mula memikirkan siapakah yang telah ' membuatnya '. Mengikut rakan-rakannya yang bijak pandai dan yang tak ingat akan hari pembalasan tu - you jangan percaya sangat dengan orang yang baik dengan you, mereka mungkin jealous kat you atau pun mungkin ahli keluarga sebelah suami you ada yang tak suka pada you. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang, kata mereka.
Tapi sebenarnya kawan ni tak tahu apa yang ada dalam hati kawan-kawannya itu, yang telah jauh tersasar disebabkan suka berdamping dengan wali-wali assyai........n....adanya...Wallahua'lam!
Friday, June 20, 2014
Bila Hujan Lebat
Dihiburkan Oleh Tiupan Oboe Dan Trombone
Setelah hujan berhenti, air lopak pun semakin kering........ |
Terlintas juga di fikiran, buatnya angin kuat sampai terbang bumbung rumah di tengah malam buta begini, macam mana? atau pokok tumbang , atau banjir besar melanda jalan dari Rompin menghala ke Pekan , risau sungguh takut tak boleh balik ke KL. Mohon doa mintak Allah simpangkan segala bala dan bencana dari menimpa kami dan orang-orang lain di kampung.
Sang kodok pun bukan main lagi sakan berpesta mandi hujan, berendam dalam kolam sementara ( lopak ) , main orkestra bertiup ala-ala tiupan oboe dan trombone --- ong, onggg, ong, onggg..... bersahut sahutan. Makin lebat hujan makin kuat lagu yang dimainkan tu , sambut menyambut dan bunyinya sangat dekat dengan rumah. Saya buka tingkap nak tengok banyak mana air yang bertakung, sebab macam meriah sangat bunyinya. Oleh kerana tanah berpasir, air cepat serap ke dalam tanah, hanya lopak-lopak kecil yang ada di tepi rumah, tapi gong gendangnya macam nak rak!Tapi kalau musim tengkujuh, hujan tak berhenti-henti siang malam , tempat-tempat yang rendah akan jadi kolam siap ada ikan yang entah datang dari mana....Subhanallah!
Bila hujan teduh sikit, orkestra pun makin perlahan dan bunyi pun dah agak jauh ( tempat yang masih banyak air lopak ) dan bila hujan berhenti, sang kodok pun melabuhkan tirainya. Tinggallah saya terkebil-kebil ( yang lain nyenyak dibuai mimpi ) , contemplating whether to pray or not to pray .......... the tahajjud.. ( ini sudah fail test! )
Kodok yang memanggil hujan macam bunyi tiupan trombone dan oboe ni kecik aje, tapi bila dia berbunyi badan dia jadi besar dan kembung. Sebab tu nama dia katak kembung.
Tuesday, June 17, 2014
Perigi Lama
Dok sayang kat perigi lama, berumur lebih 50 tahun , air tetap jernih dan sangat berguna bila tiba musim kemarau atau bila paip pecah...
......inilah salah satu perkara yang mengingatkan saya masa zaman kecik-kecik dulu, sebelum rumah ada paip air, tiap-tiap hari mandi air perigi!
Saturday, June 14, 2014
Kemunting Lagi!
Musim panas pokok kemunting berbunga lebat dan berputik
Saya suka pokok yang renek dan rendang ni, bunganya nampak manis dan pink!
Setau saya pokok ini tak pernah disiram,dibaja atau dibelai, dia hidup sendiri berbunga dan berbuah sepanjang masa.Dulu saya pernah buat posting pokok kemunting di musim hujan rupanya di musim panas daun-daunnya lebih cantik.
Pokok kemunting ini dah hidup lebih 30 tahun, hanya sepokok ini sahaja . Padang kemunting di belakang rumah yang dulumya berekar-ekar luas sudah menjadi taman perumahan. Kalau pokok di depan rumah pusaka ni mati, dah tiada lagi pokok kemunting di kawasan kampung saya ( mungkin ada di kampung lain ).
Saya harap suatu hari nanti ada orang yang pandai menyemai anak-anak pokok kemunting supaya ia tidak pupus.
Tuesday, June 10, 2014
Kain Tenun Pahang
Rompin dah ada jual Kain Tenun Pahang , kalau nak beli kain tenun tak payah lagi pegi ke Pekan!
Alat menenun kain |
Kain selendang benang kapas campur benang sutera |
Tenunan sampin untuk lelaki |
Tenunan 100% benang kapas |
Tenunan berbunga kecil dari benang emas |
Antara contoh-contoh yang ada di kedai. Kita boleh buat tempahan untuk kain sampin, kain pasang untuk wanita , selendang panjang - warna dan corak ikut pilihan sendiri. Untuk masa sekarang kain sampin lelaki berharga dari rm 350 ke atas. Selendang panjang berharga rm280 ke atas dan kain pasang dari rm600 -1000+++. Pelbagai teknik tenunan yang berlainan yang menjadikan harga yang berlainan.
Sunday, June 8, 2014
Jambu Golok, Buah Gajus......
Pokok rendang dan besar. Buah jambu boleh dibuat masak lemak sebagai lauk sampingan. Biji gajus pulak menjadi sumber kekacang yang enak dan lemak, bila dibakar di atas bara api ( dengan kulitnya sekali ) atau disangai atau bakar dalam oven ( kena buang kulit luar dulu ambil isi).
Masak lemak buah jambu golok:
Buah gajus dipotong kecil, rebus sekejap kemudian toskan. Kemudian perah buah gajus yang direbus tadi sehingga keluar airnya supaya hilang rasa kelat atau bahan-bahan yang berasid.
Bakar ikan kembung dan dileraikan isinya,
Bawang besar potong nipis
Cili merah dipotong memanjang
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
Santan pekat secukup untuk dibuat kuah jerang ke atas dapur
Masukkan buah gajus dan garam secukup rasa - masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Friday, June 6, 2014
Rama-Rama!
Wednesday, June 4, 2014
Sarapan Pagi Orang Rompin
Masa dulu saya paling suka ketupat pulut yang dibungkus dalam daun palas, direbus dan kemudian digoring bersama dengan kulitnya. Makan bucu ketupat dulu, sebab ia garing dan rangup.
Nasi dagang yang dah siap berbungkus dalam daun pisang. Kalau nasi dagang dibungkus dengan kertas, jarang orang nak beli!
Nampak gelang emas punya berat dan tebal tu! Jual kuih sedap-sedap
habis orang Rompin tak masak kat rumah, pakat-pakat gi beli kuih kat
gerai Kak Mah! |
Ada lebih kurang 30 jenis kuih-muih yang dijual di gerai Kak Mah. Semua kuih tu bukan Kak Mah yang buat, tapi dihantar oleh orang-orang perseorangan ke gerai itu setiap pagi. Semua kuih yang dihantar oleh tukang buat kuih yang handal-handal . Pendek kata rasa dan mutu makanan masih terjaga , dari dulu hingga kini. Selain kuih-kuih yang banyak tu Kak Mah pula menyediakan minuman panas dan menjual laksa digerainya itu.
Sunday, June 1, 2014
Rompin, Rompin , Romping!!!
Balik kampung wowowowoooooo.....
Makan nasi dagang for breakfast
Kak Cik jual nasi dagang bawah pokok ketapang sejak 30 tahun dulu
Gulai ikan tongkol @ ikan aya @ ikan tuna
Bungkus nasi dagang dalam daun sesimpul - bau nasi dagang menjadi harum
Nasi dagang dibungkus sekali dengan kuah dan lauknya sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...