Wednesday, June 25, 2014

Sudah Kena Label!



...atau  tekanan masyarakat
ke atas orang persaorangan atau berkumpulan..

Di kampung saya pada tahun 50an-60an dulu ada satu nama yang diberi pada seseorang iaitu 'orang dok pakka' atau orang tak terpakai iaitu orang yang tak boleh diambil kira cakapnya atau pun orang yang tidak diajak berunding atau orang itu tak ada bawak manfaat pada orang lain.

Eh...dok leh dengar cakap dia tu, orang dok pakka @ suka cakap tak benar , sokmo dok  merapu, orang tak pakai cakap dia walau pun kadang-kadang ada benarnya.

Isy...pokcik tu, orang dok pakka.....seharian dok main dam haji ( di bawah pokok tepi masjid kat kampung ). Orang lain bertukar ganti main dam tu tapi dia jadi tekong, tak berubah-rubah tempat- tok bilal dok bang, dia dok pangkah buah dam, dari pagi sampai zohor,dari waktu asar sampai masuk maghrib. Jadi dia ni orang kampung tak ajak berunding dan tak minta buah fikirannya tentang perkara-perkara penting melainkan strategi  buah dam naik haji je!

Paling teruk kalau orang tua yang mengekalkan tak bersolat, atau minum arak atau berjudi - susah jugak anak-anak mereka nak dapat jodoh orang tempatan, sebab orang akan kata ...oooo tokleh budak tu, bapak dia....

 Zaman sekarang orang dah tak nampak apa orang buat di rumah mereka. Mungkin dia juga seseorang yang  dok memenuhi ruang hidupnya dengan segala macam info dan hiburan yang mengasyikkan yang terhidang di dunia maya. Lama-lama jadi kera sumbang  tak suka bercampur dengan masyarakat . Kita lupakan masyarakat, masyarakat akan lupakan kita!





No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...