Wednesday, June 4, 2014

Sarapan Pagi Orang Rompin












Masa dulu saya paling suka ketupat pulut yang dibungkus dalam daun palas, direbus dan kemudian digoring bersama dengan kulitnya. Makan bucu ketupat dulu, sebab ia garing dan rangup.





Kuih bakar , wangi daun pandan , manis dan lemak kaw-kaw! Selalunya kuih bakar ni saya makan selepas makan ketupat.





Nasi dagang yang dah siap berbungkus dalam daun pisang. Kalau nasi dagang dibungkus dengan kertas, jarang orang nak beli!






Lepas makan nasi dagang, sambung pulak dengan kuih bom yang manis. Kuih bom ni sedap kalau dicicah dalam air kopi! ( mulalah nak buat peghak!)




Nampak gelang emas punya berat dan tebal  tu! Jual kuih sedap-sedap habis orang Rompin tak masak  kat rumah, pakat-pakat gi beli kuih kat gerai Kak Mah!


Pulut cawan - pulut yang telah dikukus diterap dengan cawan. Disalut dengan kelapa muda yang digaul dengan sedikit garam dan kemudian ditabur dengan beras pulut yang digoring garing. Makan beras pulut goring sampai habis dulu ( sebab ia wangi dan rangup ), kemudian makan kelapa muda parut ( sebab ia lemak ), akhir sekali barulah makan pulut...hahaha!

Ada lebih kurang 30 jenis kuih-muih yang dijual di gerai Kak Mah.  Semua kuih tu bukan Kak Mah yang buat, tapi dihantar oleh orang-orang perseorangan ke gerai itu setiap pagi. Semua kuih yang dihantar  oleh tukang buat kuih yang handal-handal . Pendek kata rasa dan mutu makanan masih terjaga , dari dulu hingga kini. Selain kuih-kuih yang banyak tu Kak Mah pula menyediakan minuman panas dan menjual laksa  digerainya itu.

2 comments:

Muzzy~ said...

Leh tau ktne lokasi ni? Atau lokasi2 lain sarapan menarik kt rompin tq

Kerabu Jantung said...

Ada di bandar baru Kuala Rompin
dan sebuah lagi tempat di bandar lama Kuala Rompin.
Senang cari bandar kecik je!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...