Sunday, June 29, 2014

Ramadhan AlMaghfirah





Seorang Imam AlQory yang hendak solat Tarawih dengan membaca AlQuran satu juz pada setiap malam telah mendapat tentangan dari jemaahnya. Alasan yang mereka beri ialah masjid itu tidak pernah mengamalkan solat Tarawih yang panjang - jemaah  secara umumnya takkan setuju solat Tarawih panjang-panjang.

Kemudian dia kena komplen lagi, semasa membaca khutbah mengimamkan solat Jumaat, suaranya begitu kuat hingga membingitkan telinga makmum dan jemaah menuduhnya sengaja membesarkan suara mikrofon . Makmum marah kerana Imam mengingatkan mereka supaya jangan tidur ketika khutbah dibaca.

Jemaah qariah itu juga tak puas hati sebab Imam Muda tu agak keras sikit dan kurang bertolak ansur dengan pelbagai karenah jemaah. Dan beliau dinasihatkan supaya pandai mengambil hati jemaah-jemaahnya. Dan antara lain yang mereka tak puas hati ialah apabila Imam Muda juga seorang jurunikah itu tidak bertanya kan saksi-saksi samada 'sah' atau tidak setiap kali pengantin lelaki melafazkan nikah.

Pendek kata macam-macam lagi komplen yang dibuat terhadapnya hinggakan imam yang baru berumur 27 tahun itu tak tahu nak kata apa. Tapi yang pentingnya ialah dia tak gentar berhadapan dengan semua itu dan bertekad memperbaiki dirinya!

3 comments:

Anonymous said...

Betul tu kak KJ. Perbaiki diri itu sangat perlu. Tapi yg jelas sgt sukar untuk menyukakan hati setiap insan

Anonymous said...

Selamat menyambut Ramadhan mubarak kak kj. Muga Allah menerima ibadah kita. Mohon ampun dan maaf andai ada khilaf . UH

Kerabu Jantung said...



Selamat berpuasa UH - semoga satu hari kita ada peluang berjumpa.


Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...