Friday, March 21, 2025

Me And My Puak Gerabak..


Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi kerana keadaan yang menentukannya.

Kalau kita tinggal berlainan tempat dengan sedara mara sudah tentu  akan jarang berjumpa. Mungkin setahun sekali pada waktu Raya, atau kalau ada yang sakit atau kematian atau ada majlis  perkahwinan..

Sepupu-sepupu yang sangat rapat masa kecik dulu, bila berjumpa dah tak ada gurau senda dan buat merapu lagi, mungkin masing- masing dah tua perangai pun telah berubah...

Walaupun perasaan kasih sayang tetap tersemat di hati tapi masing- masing telah menjalankan kehidupan sendiri. Gaya hidup pun dah berbeza, yang berpangkat dan berharta tak sama dengan yang biasa- biasa....tapi kita bersaudara..

Kadang- kadang kita bernostalgia masa kecik2 dulu sentiasa bermain bersama.

Semasa saya masih bersekolah rendah setiap hujung tahun arwah mak akan bawak saya dan adik pergi ke Kampung Aur. Rumah sepupu saya di tebing  Sungai Aur - setiap pagi dan petang kami mandi sungai. 

Air sungai jernih dan cetek , boleh nampak ikan. Tapi di tengah sungai air sangat dalam. Bila mandi anak sepupu saya akan berenang ke tengah sungai tapi saya maintain kat gigi air je ....

Ada kalanya dia mengayuh sampan bawak saya mudik ke hulu sungai dan singgah di pengkalan, lepas tu berkayuh balik. Masa tu kami berumur 11 tahun. Saya punyalah teruja! Saya sangat bercita-cita nak belajar berenang dan mengayuh perahu.  

Pada umur tu selalu berfikir kenapa lah saya duduk di Kuala Rompin bukan di Kampung Aur!



Friday, March 7, 2025

Ambik Jalan Kanan Atau Jalan Kiri ......


Kebanyakan dari kita sejak kecik lagi dah belajar mengaji...

Baca pandai dah, baca lancar dah..tapi kita tak tahu makna pulak. Mungkin datang suatu masa kita nak tahu maknanya, lalu kita beli Al Quran terjemahan...baru faham apa yang kita baca..

Sekarang dah ramai menghadiri kelas- kelas tajwid dan kelas tafsir juga kelas tadabbur. Ilmu makin bertambah..lebih faham maksud ayat dan macam- macam perkara mengenai Ilmu Al Quran.

MasyaAllah Tabarakallah...rupanya dunia ini banyak berubah setelah dilanda wabak...paling ketara tersebarnya pelbagai ilmu di alam maya. Boleh pilih jalan kanan atau jalan kiri..

Masa PKP dulu saya terserempak dengan syarah Kitab Sirah Nabawiyyah Raheeq  AlMaktum oleh Ustaz Salman Ali  dari Qatar di Youtube. Rupanya ini peluang yang baik sebab selama ni didn't come across orang menadah Kitab Sirah Rasulullah SAW ni..

Dari sini kita dapat huraian yang lebih mandalam tentang peristiwa perang yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda seperti yang dirakam sebahagiannya dalam Surah At Taubah dan beberapa Surah lain.

Pendetailan tentang pembukaan Kota Mekah, peperangan , ancaman dan pengkhianatan Kaum Yahudi dan Kafir Mekah. Paling utama kejahatan golongan munafik yang merupakan duri dalam daging pada Kaum Muslimin.

Ala kulliy hal kalau kita mengambil one step at a time...lama- lama banyak steps jugak jadinya...bak kata pepatah :  Sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit.......atau beberapa buah bukit......kalau umur panjang dan istiqomah.....



Wednesday, February 19, 2025

Tiada Family Tree...

 

Semasa adik saya mengahwinkan anaknya pada awal tahun lepas, hanya saya dan anak- anak cucu saja jadi tulang belakang majlis. Sepupu dan anak2 sepupu yang lain tinggal berjauhan. Mereka datang pada hari kenduri. 

Ahli keluarga sebelah ayah yang ada di Rompin semua telah meninggal dunia - hanya tinggal beberapa orang anak saudara sepupu. Ibu bapa saya, ibu saudara, bapa saudara semua dah tiada.

Masa saya kecik sepupu semuanya dah berkahwin dan anak2 mereka sebaya dengan saya. Sepupu pun seorang demi seorang mati of old age atau mati sakit.

Semasa balik Rompin baru- baru ni anak- anak kata..

-Mak kita ni takde family tree kan? 

Masa saya dilahirkan kedua- dua belah  datuk dan nenek dah takde. Orang lain ada tok nenek saya tak pernah ada..

Emak saya anak Cina yang dibela oleh keluarga Melayu dari Kemaman ( asal dari Kelantan ). Kemudiannya mereka berpindah ke Rompin. Setelah kedua- ibubapanya mati mak saya tiada keluarga lain lagi. Keluarga mak bermula bila berkahwin dengan ayah.

Jadi bagi keluarga saya, family tree mula dari ayah saya kepada saya dan anak cucu hingga ke masa akan datang - sort of macam pokok baru tumbuh. 

Anak saya kata orang lain ada ibubapa yang kahwin campur Melayu - Cina, tapi dorang tahu susur galur keturunan dia sampai ke negeri Tongsan.

Dulu- dulu I dok perasan that I ada darah Kublai Khan. My husband gelak - where got The Khan's Clan yang migrate kat Tanah Melayu nih!




Sunday, February 2, 2025

Sangat Berkecil Hati

 

Ramai ibubapa berkecil hati terhadap anak- anak mereka, terutamanya ibu- ibu....tanpa pengetahuan anak -anak..

Seorang bapa yang telah pencen menceritakan dia cuba mendekati anak-anaknya . Bila anak- anak tengok tv dia pun join sama. Malangnya lepas seorang demi seorang anaknya beredar dari situ. Dia rasa sangat hampa dengan perbuatan anak- anaknya.

Ye lah pakcik oii..masa ekau muda dan budak- budak tu masih kanyak lagi ekau tak nak bertegur sapa dan bermanis muka dengan depa. Tahunya nak tunjuk temper je dengan anak-anak - kononnya ekau tu orang yang sangat sibuk dan penat bekerja....depa pun takutlah nak dekat..

Ada ibu yang mengadu hal bila dia terlantar sakit anak perempuannya tiap-tiap hari datang bawak makanan untuk dia, tapi sekejap je, duduk pun jauh-jauh - lepas tu terus balik. Sambil menangis mengenangkan anaknya tidak langsung mendekatinya dan langsung tak bertanya kabar.......

Madame.....mungkin dia tak tau apa nak buat....tak pandai nak bermesra ( sebab ekau pun selama ni tak pernah bagi muka kat dia)....apa kata ekau sapalah dia, beritau dia tang mana yang ekau sakit..mintak tolong dia picit atau sapukan minyak ( contohnya ).... InshaAllah akan tercetus rasa kasih sayang ibu dan anak yang selama ini mungkin tak pernah dizahirkan...

Ala kulliy hal memang ada anak-anak yang jenis tak mengenang budi, ada yang sampai ke tahap si Tenggang. Itu bukan salah ibu mengandung tapi hasil perbuatan anak-anak itu sendiri...

Ibu-ibu pun janganlah pegi sumpah anak jadi batu macam si Tenggang tu, bukan ada faedahnya...Cuba sumpah jadi kereta Ferrari ke atau ATM machine ke...ada manfaat jugak...

Akhir kalam sebaiknya kita memaafkan mereka dan mendoakan mereka segala kebaikan dan keinsafan....adanya......




Monday, January 6, 2025

Tahniah Srikandi Wanita

 

Balik kampung baru ni dapat berita yang mengejutkan - Mek Kiah berjaya merangkul pingat emas!  Masuk pertandingan apa? Takde pun keluar dalam berita utama....

Akak pegilah tanya, dia pun baru semalam balik kampung dengan anak-anaknya..Hari ni dia pegi ziarah rumah tok dia.

Esoknya bila berjumpa Mek Kiah kita pun tahniah kat dia sebab dapat pingat emas. 

Pingat emas apanya? Dapat surat cerai adalah...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun..bila pulak engkorang  bercerai berai ni?

Bulan lepas ... Kiah dah lama bersabar dengan abang Leh. 

Engko mintak cerai ke?

Buat planning dulu..Ada kawan ajar macam mana nak trace hp dia. Dari situ Kiah tahu mana dia pegi. Kiah upah orang pegi tengok dia. Rupanya setiap minggu dia masuk hotel dengan seorang..yang bukan muhrim..

Kiah pegi mengadu ke pejabat kadi. Pegawai pencegah maksiat beritau dia kena bekerja sama - bagitau  lokasi suaminya pada masa itu dan dia pun kena berada di kawasan berdekatan. As soon as  pasangan dah masuk bilik dia kena call terus team penguat kuasa yang ever ready nak serbu.....

Pada hari yang berkenaan - selepas suami dia keluar,  dia pun pergi ke hotel berkenaan dan dari jauh dia nampak kereta suaminya. Dia pun sembunyi jauh sikit dari tempat tu dan terus dial nombor penguat kuasa pencegah maksiat. Kejap lagi dia nampak Black Maria lalu terus ke hotel dan beberapa lama kemudian keluar dari situ...

Mission accomplished! 

Mek Kiah ada cerita bagaimana dia dapat nombor bilik hotel tu ( kena beritau pencegah maksiat nombor bilik sekali ) - takut salah terjah...

Akhir kalam semua wanita kena tahu hak mereka dan kena pandai jaga diri. Kalau dia teraniaya , kena cari jalan keluar. Bukan menangis siang malam, buke baloh si'e malae atau bukan cari tok moh...

Kalu kena madu... jangae gi serang madu...Mu gi tenyeh laki mu dulu...mugo dio yang gi akad nikoh....kan?



Me And My Puak Gerabak..

Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi keran...