Saturday, February 15, 2014

Pindah Randah!

















  Kak meow entah dari mana datang bawak anak kecik  lepak  kat situ...



........  dok tunggu mummy  balik - dah menghilangkan diri entah ke mana semalam-malaman.

Selepas beberapa hari cik meow bawak anak-anak dia pindah ke tempat lain  pulak.....
Sekarang musim panas, kak meow tak pulak cuba seludup anak-anaknya masuk ke dalam rumah!








Bunga Raya Jepun






Sentiasa berbunga  lebat.....tak payah siram sebab akar dia boleh cari air dan nutrient sendiri ......












Bunga kecil tapi menarik perhatian burung -burung  pada waktu pagi dan petang ....


















Thursday, February 13, 2014

Jeruk Belimbing Buluh




















Bubuh sedikit minyak  untuk melindungi dari berkulat. Tak perlu bubuh air, sebab belimbing banyak mengandungi air.


 Beginilah rupa jeruk belimbing setelah sehari diperam . Cara yang sama boleh dibuat untuk limau nipis atau lemon . Jeruk limau boleh dibuat dengan cara yang sama tetapi hendaklah ditambah air panas .

Sesetengah orang  akan menjemur belimbing ( yang dicampur garam? )  hingga kering . Belimbing buluh yang kering digunakan sebagai bahan acar buah.






Tuesday, February 11, 2014

Susah Senang








  Pukul 7 pagi M dah memotong pokok dengan cekap dan cepatnya.






Waktu rihat M sempat menceritakan tentang anak angkat.-  apabila sudah besar dan berjaya telah menghantar ibu kandung ( yang tak pernah membelanya) menunaikan haji ke Mekah.
Sebelum itu anak angkat mempelawa bapa angkat ( yang juga ada pertalian darah ) menunaikan fardu haji, tapi bapa angkat menolak dengan alasan anak dia sendiri pun berjaya jugak, jadi biarlah anak sendiri yang menghantarnya ke Mekah.

Selepas tu bapa angkat pun mengungkit, kita yang membela , ibunya jugak yang dihantar menunaikan haji.

Tu lah kak.....kata orang ( M kerap menggunakan pepatah dalam cakapnya )

Susah jaga padi seribu
Sepinggan juga nasinya
Tak sudah juga dengan sepupu
Bahinggan juga di hatinya

Maksudnya : Susah  bela anak orang, anak sendiri jugak yang terlebih kasihnya......

 Tapi kalau takde anak sendiri tak jadi masalah ,  malah ada ibu bapa yang tiada zuriat  memelihara anak angkat lebih dari diri sendiri.
Ahh..duit banyak buat apa? bukan boleh bawak mati!
Believe it or not inilah dialog seorang anak yang diangkat memarahi ibu yang mengangkatnya kerana enggan membeli kereta baru untuknya ( yang dicerita sendiri oleh yang empunya badan pada orang).





Sunday, February 9, 2014

Mana Yang Halalnya..


Square Salad Bowl by Spode
Square salad bowl by Spode







......kalau dah semua haram ?

Saya pernah terserempak dengan program tv,  tentang halal haram sesuatu peralatan dan makanan. Program yang saya tengok ni ialah fasal pinggan mangkuk kegunaan harian kita. Ada yang halal , ada yang haram. Yang haram dibuat dari tulang babi dan tulang-tulang binatang lain. Dia bagi contoh katanya ( subtly ) pinggan yang mahal yang dibeli dari luar negara aka yang diimport  ie bone china tu tak halal. Lepas tu penerangan dibuat mengatakan kalau nak kenal pinggan mangkuk yang dibuat dari tulang, ialah ia transparent, kalau pegang belakang pinggan kita akan nampak bayang tangan kita .Tapi banyak juga fine bone china yang tak  transparent, seperti contoh di atas.

Saya tak tahu adakah episod itu ada sambungannya sebab lepas tu I dah tak terserempak lagi dengan rancangan itu.

Setelah itu saya tertanya-tanya , adakah clearware yang kita guna hari-hari tu dibuat dari tulang? sebab memang nampak jelas jari kita kalau kita pegang mangkuk atau clearware casserole. Kemudian dalam rancangan itu banyak ditunjuk gambar-gambar pinggan mangkuk stoneware. Adakah stoneware itu dibuat dari tulang? Ada jugak secara indirect dia kata pinggan yang nipis dan ringan dan diimpot ( kalau tak silap saya itulah implikasinya ) adakah mereka maksudkan Corelle atau yang seangkatan dengannya? Apatah lagi pinggan mangkuk yang terang-terang chop bone china sah-sah le haramnya sebab dah tulis 'bone' kan? Jadi sapa-sapa yang pakai Noritake, R Albert , R Doulton dan seangkatan dengannya tu lagu mana? Le ni kena ghoyak bebetul pinggan apa dan jenama apa yang halal digunakan!

 Kalau haram atau tak betul,  kenalah bagi alternatif yang halal dan yang betul . Bagi petunjuk atau saranan atau alternatif yang  terbaik dan terbetul, supaya orang ramai boleh guna pakai atau buat panduan mana yang halal dan mana yang  betul!




Friday, February 7, 2014

Be Careful When.....





.....you are in US




 






Someone might suck your blood while you are sleeping. Your friend or your classmate might be a vampire




Silas Weir Mitchell as Monroe (Seasons 1-2)

Silas Weir Mitchell as Monroe in 'Grimm'.Photo by: Eric Ogden © NBCUniversal
Monroe is a Wesen whose creature form (a "Wieder Blutbad") is werewolf-ish in nature. He was initially a suspect in one of Nick's cases but now has become an unofficial partner who helps Nick solve crimes in the Grimm world by sharing his expertise regarding the various species of Wesen. Although he is a good, loyal ally, Monroe is naturally a bit wary of Grimms, and Nick's demands often strain his nerves, causing frequent sarcastic complaints.




Product Details

 Or while you are on holidays somewhere in remote area, your own very friend suddenly turns into a razor sharp teeth with crooked claws creature and scavenges you!





........or the super villain suddenly appear from nowhere and crush you for no reason..


A wild  imagination of overworked mind after watching  too many American movies...










Wednesday, February 5, 2014

Mabuk Klorofil








Tengah surfing channel tv, terjumpa segmen ubat-ubatan tradisionl.

Oleh kerana rancangan hampir habis, saya hanya mendengar hujung penerangan iaitu, pegaga baik untuk  mencuci darah yang bertoksik dan bergula, juga ia baik untuk memulihkan organ dalaman yang rosak seperti buah pinggang .......Dan diiklankan pegaga dalam kapsul.











 
Suami saya tak ada masalah dengan air pegaga, dia kata sedap dan menyegarkan.

I think I better stick to kerabu pegaga je!









Monday, February 3, 2014

La Signora





Kisah ini I petik dari diari La Signora. Memang gelak habis bila baca entry ni walau pun dah bertahun dan dah berapa kali baca. I have  permission from La Signora ( now living in a far, far, down south land ) to reproduce cerita kelakar nih!

La Signora , we miss your cerita merapu!









Kisah Telefon Bimbit

Currently at the warehouse.Konon buat keje.Bos kasi tugas jadi penunggu.Penunggu courier.Dari pagi tadi gua tunggu.Nak pegi jamban pun takut.
Takut miss mamat courier tersebut.Yelah kan, Bos siap SMS malam tadi suruh gi keje ari ni (I usually work on Tuesdays) sebab ‘important parcel’ coming in.
Important parcel tersebut?Tepon Bos.

Bos gua jer the only person I know yang iPhone dia boleh meletup.Bukan ‘melatopzzz’ more like ‘debishkebaboom’ meletup siap kuwa asap.Crazy.Nasib tak terjadi kat airport, karang free kene tangkap dek STAR officers sebab ingat Bos gua pengganas ke ape.Dahlah Bos kerap travelling.
Kisah tepon ni pun lawak gak.Kompeni Epal memula refuse nak ganti, walhal warranty still ada sebulan lagi validity.Kompeni Epal claim tepon Bos bukan ori dan telah dihack.Ape ingat ni tepon ‘underwater’ beli kat Chow Kit ka?
Bos gua ape lagi.Menaga-lah beliau.Bos gua ni jarang marah.Infact tak pernah gua tengok dia marah.Sebab betul-betul dia ni berjiwa lembut , always tersenyum walaupun dalam keadaan stress, peramah dan pemurah.May Allah reward him.Ameen.Bos is such a teddybear, everybody loves him.Tapi bila dia marah, mak ai, it’s like a mutated Carebear.
Bos gua pun bantai balik kat Epal kalau fon tu tak ori, baik check stock kat their so-call fancy licensed Apple store because that’s where he bought it.So uolls yang pakai iFon tu, sile check warranty ye.
Speaking of phones, gua masih tercari-cari handphone yang sesuai.Memula berkenan sangat kat BB Torch yang hybrid tu (QWERTY keypads AND touch-screen).Tu pun sebab gua dihasut oleh kengkawan yang #teamBlackberry (those three wonderful letters..B B M).I don’t really like touch-screen phones because the touching thing just doesn’t do it for me.I like to tekan things.
Stakat raba-raba where is the syok in there?Wait..what was I talking about again?
O_O

Yes.Handphones.I’ve been a Norkiah girl for so long, and comfortable with it.Mummy and my lil sister pun pakai Norkiah.Infact, Norkiah seems to be the only company dedicated to making different phones (design wise), unlike the current smartphones you see nowadays yang pretty much the same stereotype look.
I don’t give a rat’s ass when it comes to apps and what nots.Janji bley tepon orang, mesej orang, anto gambar kucing gua kat orang, and the occassional mobile websurfing.I like practicality.
Tapi diikutkan hati, cik Norkiah Tujohplohsatu ku masih berjasa dengan hebatnye.Battery life amatlah amazing.Gua gi cuti aritu, walaupun banyak buat calls/message, my battery life lasted for 4 days tau.He-Man has a Samseng touchscreen phone, kene recaj hari-hari.
Recently jer Cik Norkiah buat pasal.Asyik crash.Itupun pasal gua gatal-mulut sebut nak beli phone baru.
Not kidding.Everytime I say something about getting a new handphone, Norkiah will crash.Twice.Terpaksala restore factory settings pelbagai.
And another thing, Norkiah hates Whatsapp.Tiap kali gua guna aplikasi tersebut, mesti phone tros hansap.So if you see me on Whatsapp,bear in mind, yang terindah hanyalah sementara.And now I’m back at being Whatsapp-less.Sadface.
Anyway, disebabkan Cik Norkiah asyik merajuk dan terpaksa dipujuk,maka terjadilah kisah segala contacts terdelete dari telefon.First time in my life, I forgot to make a back-up data lah kan.So padan muka sendiri.Now 6 contacts jer lam tepon.Feel so antisocial lah pulak.LOL.
So friends, can I have your contact number again?Sila email or inbox kat Facebook.Kekasih-kekasih gelap yang lain, nak kasi nombor boleh gak XD
*update: Mamat courier dah sampai.Yay.Now I can go kencing in peace.
Dah sekian.















Saturday, February 1, 2014

Amboi Warak nye........

wiki search




Bayangkan betapa hancur hati makcik bila anaknya beritau dia....

Ana sekarang dah berada dalam tanggungjawab suami , syurga bukan lagi di bawah tapak kaki mama!

Amboi , hang sanggup kata lagu tu kat mama...

Ye lah , mama kena terima hakikat...suami Ana lebih berkuasa atas diri Ana....Tanggung jawab mak sampai sini je...

Untuk menambah garam pada luka ....
Ana nak tanya mama betul-betul ni, mama nak buat  kenduri nikah Kak Zai tu ada muzik ke tak?

Aku tak taulah, depa yang uruskan semua tu, mungkin ada....

Mama ingat-ingat sikit , jangan buat benda haram, nanti  mama nak jawab macam mana dalam kubur?

Haih, aku mati tahu lah aku apa nak jawab..
( mama pun naik angin )

Kalau mama panggil jugak tukang muzik, memang Ana takkan pegi kenduri akak, dok buat dosa! Ana tak mau subahat!


Tak taulah akak oii.....kalau suka menyakitkan hati mak bapak , adik beradik .......tak elok jugak kan?

Takut nanti jilbab yang tutup muka tu pun tak dapat menolong........mugo dok cakap kasar dengan mak bapak, adik beradik, sedara mara....











Thursday, January 30, 2014

Beranilah Berubah!







 Anak-anak dengan bapa dah kurang betegur sapa , malah anak-anak  menjauhkan diri  sebab banyak benda yang mereka tak puas hati. Walau pun beberapa kali anak cuba ajak berbincang, tapi bapa tak ambik kisah ( katanya itu hal remeh temeh )
Apabila seorang demi seorang anak pergi bekerja di tempat lain, bapa masih tak ambik tahu

Setelah sekian lama , bila syarikat bapa beroperasi dengan gear 3 ( instead of 5 ) baru bapa tersedar - mulalah panggil anak-anak balik ke pangkuannya. Anak-anak dengan tegasnya telah beri syarat:

1. Buang semua sahabat-sahabat bapa yang jadi penasihat dan yang memegang jawatan yang tinggi-tinggi tu. Depa tu pandai menasihat tapi tak pandai buat kerja. Berhentilah jadi pak turut dan jangan lagi temakan gula-gula mereka .

2. Bapa harus merombak semula kakitangan dan pentadbiran syarikat , yang kurang menyumbang ke arah kemajuan syarikat patut diberhentikan . Ambil pekerja lain yang lebih handal dan lebih terserlah kebijaksanaan mereka ( ada belanar lagi orang bijaksana di Malaysia nih! ).

3. Jangan bagi adik bongsu jadi PR syarikat, nanti dia popular, syarikat lingkup sebab gaya hidupnya melebihi dari kebolehan dirinya.

Tiba-tiba ayah tersedar dari bodoh sombongnya  lalu memanggil semua anak-anaknya dan mula buat perancangan baru untuk kesejahteraan syarikatnya .

 Bukan senang nak sedar tu...nak kena berani ambil langkah yang tak popular, tegas dan tidak pengecut!

DENGAN LANGKAH YANG PALING NEKAD BAPA PUN MULA ME.................
( boleh buat ending sendiri )







Tuesday, January 28, 2014

SUCCESSFUL!




Wooo, finally I manage to reinstall my bloglist (  try and error ) after it has  been accidently deleted a few months ago
And I dah jumpa tempat untuk ubah suai blog template , walaupun terpaksa menjegilkan mata berjam-jam.
Template masih belum jadi , masa crop size elok  tapi bila masuk kat blog jadi pendek pulak.....
Letih weh main hide and seek dengan computer nih!.

Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...