Tuesday, February 11, 2014

Susah Senang








  Pukul 7 pagi M dah memotong pokok dengan cekap dan cepatnya.






Waktu rihat M sempat menceritakan tentang anak angkat.-  apabila sudah besar dan berjaya telah menghantar ibu kandung ( yang tak pernah membelanya) menunaikan haji ke Mekah.
Sebelum itu anak angkat mempelawa bapa angkat ( yang juga ada pertalian darah ) menunaikan fardu haji, tapi bapa angkat menolak dengan alasan anak dia sendiri pun berjaya jugak, jadi biarlah anak sendiri yang menghantarnya ke Mekah.

Selepas tu bapa angkat pun mengungkit, kita yang membela , ibunya jugak yang dihantar menunaikan haji.

Tu lah kak.....kata orang ( M kerap menggunakan pepatah dalam cakapnya )

Susah jaga padi seribu
Sepinggan juga nasinya
Tak sudah juga dengan sepupu
Bahinggan juga di hatinya

Maksudnya : Susah  bela anak orang, anak sendiri jugak yang terlebih kasihnya......

 Tapi kalau takde anak sendiri tak jadi masalah ,  malah ada ibu bapa yang tiada zuriat  memelihara anak angkat lebih dari diri sendiri.
Ahh..duit banyak buat apa? bukan boleh bawak mati!
Believe it or not inilah dialog seorang anak yang diangkat memarahi ibu yang mengangkatnya kerana enggan membeli kereta baru untuknya ( yang dicerita sendiri oleh yang empunya badan pada orang).





No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...