Sunday, February 9, 2014

Mana Yang Halalnya..


Square Salad Bowl by Spode
Square salad bowl by Spode







......kalau dah semua haram ?

Saya pernah terserempak dengan program tv,  tentang halal haram sesuatu peralatan dan makanan. Program yang saya tengok ni ialah fasal pinggan mangkuk kegunaan harian kita. Ada yang halal , ada yang haram. Yang haram dibuat dari tulang babi dan tulang-tulang binatang lain. Dia bagi contoh katanya ( subtly ) pinggan yang mahal yang dibeli dari luar negara aka yang diimport  ie bone china tu tak halal. Lepas tu penerangan dibuat mengatakan kalau nak kenal pinggan mangkuk yang dibuat dari tulang, ialah ia transparent, kalau pegang belakang pinggan kita akan nampak bayang tangan kita .Tapi banyak juga fine bone china yang tak  transparent, seperti contoh di atas.

Saya tak tahu adakah episod itu ada sambungannya sebab lepas tu I dah tak terserempak lagi dengan rancangan itu.

Setelah itu saya tertanya-tanya , adakah clearware yang kita guna hari-hari tu dibuat dari tulang? sebab memang nampak jelas jari kita kalau kita pegang mangkuk atau clearware casserole. Kemudian dalam rancangan itu banyak ditunjuk gambar-gambar pinggan mangkuk stoneware. Adakah stoneware itu dibuat dari tulang? Ada jugak secara indirect dia kata pinggan yang nipis dan ringan dan diimpot ( kalau tak silap saya itulah implikasinya ) adakah mereka maksudkan Corelle atau yang seangkatan dengannya? Apatah lagi pinggan mangkuk yang terang-terang chop bone china sah-sah le haramnya sebab dah tulis 'bone' kan? Jadi sapa-sapa yang pakai Noritake, R Albert , R Doulton dan seangkatan dengannya tu lagu mana? Le ni kena ghoyak bebetul pinggan apa dan jenama apa yang halal digunakan!

 Kalau haram atau tak betul,  kenalah bagi alternatif yang halal dan yang betul . Bagi petunjuk atau saranan atau alternatif yang  terbaik dan terbetul, supaya orang ramai boleh guna pakai atau buat panduan mana yang halal dan mana yang  betul!




6 comments:

Anonymous said...

Dua puluh tahun dulu, semasa mak2 datin dengan bangganya bercerita tentang koleksi Royal Doulton/bone china mereka, saya pernah bertanya sama ada bolehkah digunakan, takut tidak halal. Setahu saya pinggan mangkuk jenis tu, memanglah dibuat dari bahan tanahliat yg tinggi mutunya dan juga dicampur serbuk/tepung tulang lembu. Malangnya saya kena jegil dek mak2 Datin tu sebab saya masih muda dan dah tentu tak mampu nak beli Royal Doulton atau Noretaki. Tapi ada eloknya perkara ini disahkan oleh JAKIM supaya tidak was2. Lepas ini sure kecoh, sebab semua hidangan untuk majlis melibatkan kerabat tertinggi guna bone china.

ngasobahseliman said...

Betullah kata komen diatas. Eluk Jakim bagi tahu. Kalau Sis tanyakan, dapat panduan, itu amalan baik yang kami tumpang munafaatnya. Tq in advance.

Kerabu Jantung said...


Dear Anonymous,memang sejak dari dulu lagi keluar cerita fine bone china , tapi oleh kerana takde satu panduan yang tepat maka perkara ni dipandang remeh.Ada kata halal ada kata haram dan orang ramai terus je membeli dan menggunakanya hingga kini.

InsyaAllah boleh tulis surat kat Jakim semoga dapat perhatian dan tindakan.

Kerabu Jantung said...


Dear Sis, tak tau kenapa takde senarai haram halal yang diwar-warkan pada umum . Kalau ada dah tentu perkara ni dah lama selesai.

Atau mungkin dah ada tapi kita je yang tak tau.Anyway insyaallah I boleh tulis surat minta penjelasan ( kalau telefon Jakim misti tak angkat punya. Kalau angkat pun pegawai berkenaan memanjang takde kat pejabat - my experience about 4 - 5 years ago.Tak tahulah le ni mungkin dah efficient!

Anonymous said...

Sekadar berkongsi, fatwa tahun 2012. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-peralatan-dan-perhiasan-berasaskan-abu-tulang-haiwan-bone-china

Kerabu Jantung said...


Terima kasih Anonymous kerana memberi pencerahan. Saya lebih suka kalau Anonymous memperkenalkan diri, supaya saya dapat bertanya lebih lanjut lagi hal-hal yang berkaitan .

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...