Tuesday, July 23, 2024

Durian No, Tempoyak Yes!

 Durian No - Tempoyak Yes!

Durian Yes -  Tempoyak No!

Durian Yes  - Tempoyak Yes!

Durian No  - Tempoyak No!

Banyak orang banyak ragam. Antum dok dalam kumpulan mana?

Masih teringat masa kecik dulu setiap musim durian arwah mak buat serawa durian makan dengan pulut, atau makan durian begitu saja atau makan durian dengan nasi, durian masuk dalam budu atau sambal belacan. 

Last sekali,  bila dah terlebih durian buat tempoyak pulak - berbalang- balang. Mulalah segala masakan di tempoyakkan - gulai tempoyak, pais ikan tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak, tempoyak dan tempoyak...Puas hati!!!

Rompin sebenarnya takde orang tanam durian sebab tanah pasir  tepi laut. Tapi bila musim durian  kaki lima kedai penuh dengan durian yang disusun macam bukit- bukit kecik.  - tak tau datang dari mana ( tahun 60an-70an dulu ).

Ramai orang suka durian, tapi bila sampai tang tempoyak dok leh nok gi! Yang peliknya ada pulak durian tak suka tapi makan tempoyak bukan main lagi!


Monday, July 15, 2024

Masalah Harta Pusaka



Masa saya kecik dulu ada dua buah rumah yang ditinggalkan kosong di kampung saya. Sebuah darinya akhirnya reput di makan anai-anai dan sebuah lagi tersergam indah tapi tak bertuan...lepas tu keluarlah cerita rumah tu berhantu!

Rumah pusaka selalunya sama ada akan menjadi rebutan yang boleh membawa perbalahan yang berpanjangan atau akan ditinggalkan begitu saja..

Bila ibubapa dah mati, masalah akan timbul - kena tukar nama  kepada waris-waris yang hidup. Biasanya bila suami mati, isteri yang tinggal di rumah itu bersama anak-anak atau tinggal bersendirian sebab semua anak dah ada kediaman sendiri.

Masalah timbul bila ibu mati barulah nak tukar nama dan prosesnya pula memakan masa yang panjang. Biasanya rumah pusaka dijual dan duit dibahagi-bahagi sesama adik beradik ikut faraid. Tapi kadangkala panjang lagi masalah yang timbul tentang pembahagian  Faraid ini.
( boleh pergi kursus tentang Faraid )

Kadang- kadang tak semudah itu nak jual rumah, akan timbul macam- macam pertelingkahan dan pelbagai fitnah. Ada yang dah duduk di rumah tu tak nak keluar - dia kata dia yang jaga mak ayah sampai mereka mati..jadi dia lebih berhak. Maka ungkit mengungkit pun berlaku...

Ada kes bila bapa meninggal anak jual rumah, bagi duit pada semua waris termasuk ibunya sekali. Masing-masing boleh beli rumah yang lebih sesuai untuk kediaman mereka atau manfaatkan duit pesaka dengan cara lain..

Orang kiri kanan, luar tepi pun mulalah pot pet pot pet tuduh anak tak bertimbang rasa dan sebagainya...biarlah mak duduk rumah besar tu sampai dia mati. Tapi rumah besar lapan bilik sapa nak maintain?


Monday, July 1, 2024

Nyaris Terjebak....


Biasanya di kawasan perumahan mereka berkongsi pembantu rumah - 4 jam pagi rumah lain 4 jam petang di rumah lain pulak. Dua kali seminggu bergilir- gilir rumah..

Masalah kita ni bila nak buat semua kerja tak sempat sudah tentu perlukan pembantu. Pembantu- pembantu rumah tu semuanya perlukan kerja nak menyara ibubapa dan anak-anak yang mereka tinggalkan di kampung.

Ada juga majikan yang menganiayai pembantu dan ada pembantu yang tidak amanah - tak boleh nak kata apa dah...

Tapi yang seriau sikit ialah ada majikan yang suka menuduh pembantu mereka mencuri...pulak tu bukan sebarang curi....

Ada yang tuduh buku resepi kueh mueh yang dikumpul sejak tahun 1960an telah hilang diambil oleh pembantu.....yang kena tuduh kata tak payah curi dalam You Tube berlambak ada resepi.

Paling hebat sekali pressure cooker telah dicuri, sampaikan yang kena tuduh tergelak - berat tu nak bawak balik jalan kaki, rumah jauh...

Paling kelakar sekali ialah sambal daging hilang bersama dengan botol kaca bertutup..

Salah seorang pembantu rumah yang pernah bekerja dengan saya beritau...Kak..kalau orang gaji nak mencuri dia akan ambik barang kemas. Sebenarnya orang gaji akan tahu kat mana tuan rumah simpan barang berharga. Siapa yang berniat jahat dia akan sapu terus barang tu, tapi kebanyakan kami yang datang buat kerja untuk menyara keluarga di kampung.....

Apa yang terjadi seterusnya sungguh tak diduga..saya pernah misplaced kerongsang intan yang sebesar hujung jari kelingking - intan tak berharga, hanya emas yang menyalutinya yang berharga. Emas tu pula bermutu rendah sesuai dengan batu intan. Namun begitu saya menahan sabar beberapa lama tak nak tanya pembantu rumah sebab saya yakin dia tak ambik.

Sementara itu bisikan hati tenggelam timbul menyangka dia ambik....ah takkan dia ambik, dia orang amanah, eh..dia ambik - sapa lagi yang keluar masuk rumah , dia lah...ah tak munasabah..dah kerja lama kat sini..and so on sampai saya terjumpa balik kerongsang itu terselit dalam salah satu beg tangan saya..

Saya pun hampir- hampir terjebak dalam kancah tuduh menuduh! Jangan main- main dengan sangkaan...kalau kita kalah tok aki yang bertanduk tu yang menang!

Sunday, June 23, 2024

Zaman Kanak-Kanak.....7

 

Antara biawak, katak, cicak, lipas dan cacing, yang mana lebih kita geli?

Masa saya kecik-kecik dulu selalu nampak orang pegi gali lubang di tengah padang . Oleh kerana Kuala Rompin kawasan pantai, banyaklah tanah- tanah kosong yang berumput di sekitar kampung saya..

Sekali sekala ada orang luar dari Rompin datang gali lubang-lubang kecik tengah padang untuk mencari biawak pasir. Kawan- kawan beritau ada orang makan biawak. Selalu juga nampak biawak keluar masuk lubang.

Di rumah saya selalu ada seekor katak duduk di tepi dinding bilik mandi. Dalam bilik mandi ada salur kecik tempat keluar air ke longkang luar.  Dari kecik tengok katak keluar masuk melalui lubang tu, tak kisah, tak takut dan tak geli dah dengan katak...

Cicak pun selalu masuk keluar rumah - fav place dia ialah di siling dekat lampu. Jadi ikut suka ekau lah dok kat atas tu, jangan bawak anak bini berkampung kat atas tu pulak....

As for lipas sekali sekala tiba-  tiba terbang kat dalam rumah, tapi arwah mak saya akan libas lipas tu serta merta. Memang tak bagi chance sebab lipas berbau busuk...

Jadi semua yang di atas tu saya tak kisah pun. Tapi yang paling saya geli dan tak suka ialah cacing sebab di kawasan rumah boleh dikatakan tiada cacing - mungkin tanah pasir cacing tak tahan dok sebab panas!



Friday, June 14, 2024

Adab Berjiran.......

.....kadang kala ada masalah..

Dah dapat rumah idaman hati tapi banyak ujian pulak...

Bercita-cita nak membina rumah idaman dan dah terlaksana tapi lama kelamaan hidup dalam gundah gulana...

....disebabkan jiran sebelah rumah adanya....

Sahabat saya pernah mengadu dah tak selesa duduk rumah walau pun pada awalnya sangat bahagia..

Bayangkan orang sebelah rumah memantau keluar masuk dia dan ahli keluarganya. Selalu tanya sapa yang datang rumah ramai- ramai semalam....nampak lori besar masuk rumah you beli barang apa...eh kucing you berak kat rumah I lah...husband you balik lambat semalam ye...you jaga sikit orang lelaki tak boleh percaya..

Takkanlah I nak kena jual rumah  pegi duduk tempat lain pulak. I dah banyak habis duit buat rumah ni..

Apa nak kata akak oii...sabar bebanyak..buat tak tahu je lah. Takkan selamanya dia nak mengendap you. Lama- lama boring jugak dia..

Lagi pulak kalau jual rumah, lepas tu beli atau buat rumah baru, tak tentu lagi dapat jiran yang baik. Jiran sekarang ok jugak mengendap dari jauh, buatnya dapat jiran baru nanti dok tunggu tepi pagar tiap-tiap hari - terus buat live interview  masa you nak masuk keluar rumah.....lagi haru....

Semasa memilih tempat kediaman kita berdoa pada Allah semoga dapat tempat tinggal yang baik dan dapat jiran yang baik...semoga hidup tenteram.

Tapi kadang- kadang secara tak disedari kita sendiri menjadi jiran yang teruk pada orang lain pulak...macam mana tu? Mungkin kita ni jenis tak suka ambik tahu orang kiri kanan. Memang ada orang yang tak kenal jiran...






Thursday, June 6, 2024

Hilang Rumah Dan Harta Benda?

 


Sebelum balik ke KL singgah rumah Kak Pah dulu nak ambik barang pemberian dia. Semasa saya sampai  di rumahnya, kebetulan pulak anak murid dia sampai nak mengaji Al Quran. 

Anak murid semuanya suri rumah, pastu tak boleh berlengah - lengah, lepas ngaji kena balik cepat nak masak untuk tok laki pulak. Dulu masa anak-anak tengah sekolah tak dapat nak mengaji - tak sempat sebab ada anak yang sekolah pagi dan ada yang sekolah  petang. 

Laki pun tak bagi peluang langsung kat ore pue dio bersantai-santai sikit...dah lah dok hari- hari buat keja rumah takde cuti. Bagilah cuti hari tu, belilah lauk kat kedai sekali sekala biar bini tu happy sket..ni dia je yang asyik dok melepak kat kedai mamak.....

'Ala kulliy hal, masing- masing loratlah, saya pun nak balik cepat , Kak Pah pun nak ngajar cepat. Goodbye gitu- gitu je, tak seperti biasa 10 kali goodbye baru naik kereta...

Beberapa lama kemudian dapat wasap dari Kak Pah..dengan sayunya mintak maaf sebab tak sempat nak proper goodbye..

Saya pun sayu juga dengan permohonan maaf tu...alah...Kak Pah janganlah mintak maaf pulak, takde apa yang salah pun...

Kemudian Kak Pah pun jawab...takpenya mintak maaf tu, bukannya boleh hilang rumah dan harta benda pun...

Walau pun tak luak apa pun kalau mintak maaf tu, tapi qorin yang ada dekat kita akan bisik - jangan mintak maaf  buat jatuh maruah je, walau pun engko yang salah tak perlu mintak maaf!!

Tu sebab ramai yang menjaga ke egoan masing-masing....




Tuesday, May 28, 2024

Satu Pertaruhan...



......bukan berjudi ya.....


Kadang- kadang kita tengok ada drama berebut teman lelaki atau ada yang pegi rabut laki orang..
Tapi bila dah dapat apa kehendak hati ada jugak yang menyesal, ada yang tak puas hati. Tapi ada jugak yang happy ever after...
Macam orang berjudi belum tentu menang kalah...

Seorang wanita yang telah lama mendirikan rumah tangga tiba- tiba suami kawin lain. Sahabat- sahabat dia pun sangat bersimpati dan mereka pun ramai- ramai pergi hendak menenangkan dia. 

- Bagus dia kawin lain biar perempuan tu rasa apa yang saya rasa
- Sebenarnya tiada siapa yang tahu suami saya tu kaki pukul. 

Dia bernekad kalau suami dia cuba pukul dia lagi selepas mendapat punching bag yang baru, dia nak mintak cerai..

Wah! Terkejut badak habis semua orang bila dengar pengakuannya...rahsia keluarga yang tertutup selama ini telah terhambur keluar....

Seorang jiran lama saya pernah komen fasal perempuan muda kawin dengan orang tua. Katanya orang muda kawinlah sesama muda. Tak senang tau kawin dengan orang tua, nanti dia makin tua dan sakit pulak - kena pakai pampers dan tak boleh berjalan - kan ke susah!

Masa tu saya masih muda - terkejut jugak dengar orang tua kena pakai pampers. Belum pernah tahu masalah sebegitu masa tu..

Tapi kalau kawin sesama muda pun dua- dua akan tua bersama - tak tau lagi sapa yang pakai pampers kan?

Yang kelakarnya dok berebut yang handsome, kadang- kadang yang handsome tu belum pun berapa tua dah boroi dan tak kurang juga ada yang dah botak! Lepas tu mula lah gi dok cari gaduh je dengae tok laki...yang dah boroi dan botak tuh!




Wednesday, May 15, 2024

Makan Kerak Nasi


Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur je, bagi salam kuat-kuat dan terjah masuk...

Riuh rendah menyambut kedatangan kami....bila balik ni, terima kasihlah datang tengok  Makcik..hug hug kiss kiss...

Meja makan Makcik besar dan penuh dengan makanan yang lama dan baru, yang basah dan kering. Leftovers nasi goreng pagi tadi, ada cucoq jagung semalam, ada  rendang ayam, ada beberapa balang kerepek , sebungkus baulu....dan sebekas dodol...

Paling unit periuk nasi kecik  terletak di kepala meja dan di sebelahnya pulak sepiring ikan tamban kecik yang digoreng garing.

Tengoklah dah tua ni pakai periuk nasi sendiri, tak sama dengan nasi anak cucu makan. Makcik dah tak lalu makan nasi biasa, kena makan nasi yang  dibiar sampai berkerak. Lauk lain dah tak nak makan, lebih suka makan ikan jenis kecik yang digoreng rangup macam keropok...

Kami pun tergelak bila dengar cerita Makcik. Sekarang baru insaf sebab apa orang tua-tua dulu suka makan bahagian ayam yang bertulang dan tak suka ikan tenggiri sebab banyak isi..

Kalau orang tengok macam Makcik kena dera dek anak menantu katanya lagi. Makcik makan di hujung meja belah sini, anak menantu dan cucu makan di hujung sebelah  sana. Anak cucu makan ayam Makcik makan nasi berkerak . Sambil ketawa Makcik menceritakan keadaannya masa tu..

Rupanya bila dah tua selera sangat berubah makan pun dah tak banyak.

Tapi makan kerak nasi dengan ikan goreng rangup rasanya best jugak, macam kita makan snek je..


Tuesday, April 30, 2024

Zaman Kanak-Kanak....6

 

Khalas!

Tengok kiri kanan dulu ya..

Masa kecik ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa entah, main ikut je...

Tapi ada juga yang kenal saya...ni anak Mak Teh ke? Atau..ni anak Pak Itam Husain ke ? Eh...heran jugak ada orang kenal kite ( pada hal sekampung tu everybody knows everybody - anak sapa, cucu sapa dok kat mana...kite je masa tu dok ngong lagi..haha )

Setiap rumah akan menghidangkan air sirap merah dan macam-macam jenis kueh Raya...Putu kacang, kueh bangkit semua rumah ada. Bila makan putu kacang atau lain- lain kueh jenis keras pakat-pakat cicah dalam air sirap....Taktau lah macam mana boleh pi dok cicah kueh Raya dalam air minuman! 

Kadang- kadang ada juga perangai mencicah ni bawak ke tua. Makan roti empat segi atau roti bun - sapu butter banyak- banyak, best cicah dalam air kopi panas, nanti air kopi pun berminyak.....haha..

Dok caye acucubatry sekali, sedap tak..

Jangan cicah goring pisang dalam teh tarik dah lah....


Wednesday, April 17, 2024

Tiba-Tiba......Iza zulzilatil ardhu...

 


Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44?

Pernah tak kita terfikir? 

Dulu saya tak pernah fikirkan hal ini. Makcik saya yang pada masa itu berumur 70an beritahu saya dia dah tak nak lagi keluar jauh- jauh ke negara asing sebab dah tua, kalau apa- apa jadi di negara asing akan menyusahkan orang...

Setelah saya dah masuk dalam circle orang tua baru terfikir dengan seriousnya kemungkinan yang kita tak sangka akan berlaku. Tambahan pula  pernah tersiar berita- berita berlakunya kematian, kena stroke atau kena masuk hospital atau lain- lain yang tidak dijangka ketika kita berada di luar sana - sudah tentu akan menyusahkan keluarga....dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya..

Perkara yang tak pernah disangka ini pernah berlaku pada keluarga suami saya dalam peristiwa kepala air di Kedah..Anak saudara suami mempunyai berapa buah chalet yang dibina di tepi sungai di kaki Gunung Jerai beberapa tahun lalu. Semasa kepala air turun dari Gunung Jerai dengan sekelip mata telah merempuh dan menghanyutkan semua chalet yang berada di kiri kanan sungai itu...

Peristiwa demi peristiwa itu mengajar kita bahawa kemalangan , kerosakan dan bencana boleh terjadi tak kira masa atau tempat dan kadang-kadang di luar jangkaan.

Ada pun kita, haruslah sentiasa bertawakkal pada Allah di mana saja kita berada....

Thursday, April 11, 2024

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - paling lama 5 tahun iaitu di Kota Baru Kelantan.

Oleh kerana duduk lama di Kelantan, anak- anak semuanya pandai kecek Kelate. Saya pun improve dialek Kelantan ketika mengajar di sebuah sekolah di Kota Baru. Bila salah sebut sesuatu perkataan anak murid akan membetulkannya!

Selepas 5 tahun di Kota Baru, suami berpindah pula ke Alor Setar...tinggal di sana selama 3 tahun. Oleh kerana anak- anak dok kecek Kelate bila pindah ke Aloq Setaq jarang dengar dorang  cakap Kedah, walau pun bapak orang Kedah dan cakap pekat macam kopi O.  Dorang faham je Bahasa Kedah tapi bila cakap tak jadi lagu Kedah - depa kata jadi pelat Sam Sam aka slang Siam.

Selepas Alor Setar kami berpindah ke Kuching Sarawak selama 3 tahun. Masa tu mereka dah masuk ke sekolah menengah, sudah luas pergaulan dan ramai kawan- kawan. Percakapan mereka pun pure Sarawakean..

By the time kami keluar dari Kuching anak-anak fasih kecek Kelate dan kelaka Sarawak. Kadang-kadang percakapan mereka macam kuah dalca bercampur aduk kacang parpu, kacang panjang, kacang bende, karot, tomato dan ubi kentang...

Kenak kitak sik mauk gi jale - jale kok alik beloh sinun.... 

Macam mana, boleh jadi ka lagu tu?

Itu hanya untuk sesama sendiri je...cakap mengarut caca merba..



Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...