Sunday, January 28, 2024

Zaman Kanak- Kanak.....2

Waktu berumur 9 tahun kami pindah rumah, dari deretan kedai ke rumah baru di kawasan yang jauh sikit, Kampung Pulau Lang. Setelah tamat tingkatan tiga, saya dan kawan- kawan masuk tingkatan empat  di Kuantan. 

Bandar Kuala Rompin dah ada restoran baru yang di punyai oleh keluarga Ah Bee. Dia pun dah jadi anak dara yang lawa dan jadi cashier restoran. Saya masih ingat setiap waktu makan tengahari ramai pegawai- pegawai  kerajaan datang makan di situ. Ah Bee menjadi tarikan utama, dan  jadi rebutan orang- orang muda ...

Lepas tu saya terputus hubungan dengan dia, saya melanjutkan pelajaran dan dah jarang ada di kampung. Pada masa yang sama Kuala Rompin telah menjadi layu...kerana syarikat perlombongan bijih besi di Bukit Ibam telah ditutup. Semua kedai telah ditutup melainkan kedai roti canai  di hujung jalan beroperasi hingga ke hari ini...

Sisa-sisa bandar cowboy Kuala Rompin tahun 1960an - kedai papan dua tingkat masa tu..

ada masa yang sama kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru. Ekonomi berkembang , pusat bandar telah bertukar ke kawasan  baru. Bank , Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan dan lain-lain Jabatan Kerajaan berpindah ke bangunan baru. Bandar lama pun tinggal bangunan yang reput ditelan masa....kecuali pusat perikanan di jeti Kuala Rompin.

ps. Kedai roti canai di hujung jalan baru sebulan dua dirobohkan sebab kedai terlalu lama tak sesuai di duduki..

Tuesday, January 16, 2024

Zaman Kanak-Kanak......1

 

Entah macam mana teringat masa duduk di rumah di tengah bandar Kuala Rompin lamaaaa duluuu. Ada yang kata bandar Rompin bandar cowboy - one main street, di  kiri kanan ada rumah kedai papan dua tingkat! Bawah  kedai atas tempat duduk keluarga. Diselang seli dengan beberapa kedai setingkat. Biasanya bahagian depan tempat berniaga , belah belakang jadi tempat kediaman tokey kedai..

90% kedai di punyai oleh orang China selebihnya ada beberapa buah kedai Melayu dan India. Kedai ayah saya yang dua tingkat, depan bagi sewa tukang jam, belakang tempat kami duduk. Tingkat atas kosong je...Rumah kedai tu pusaka datuk yang turun pada ayah saya. Semasa saya dilahirkan datuk dan nenek sudah tiada.

Masa saya kecik dulu kadang kala naik ke atas loteng yang kosong tu...bila dah tua baru terfikir kenapa loteng tu tinggal kosong je...masa kecik teringin sangat nak duduk atas loteng! 

Di belakang rumah saya duduk tu ada sebuah rumah kedai yang besar didiami oleh keluarga China - saya berkawan dengan Ah Bee anak Mek Teh ( mak saya panggil dia Mek Teh mungkin nama dia Ah Teh agaknya ) Suami dia tak kenal sangat dia kerja bertukang. Mak saya dorang panggil Ah Teh , nama mak saya Puteh...

Yang jadi kenangan saya ialah antara pagar rumah saya dengan pagar rumah Mek Teh ada laluan bagi orang - orang kampung nak keluar ke muara Sungai Rompin. Rumah kami paling depan mengadap muara Sungai Rompin.

Di sepanjang pagar rumah Mek Teh dia tanam sebaris pokok bunga semarak api. Saya masih ingat pokok bunga tu sungguh cantik dan berbunga sepanjang tahun...paling cantik kerana ia tanah pasir dan bunga- bunga warna oren gugur menghiasi laluan...


Saya tanam pokok ini dekat pagar rumah saya sekarang.

Paling saya ingat, dalam pagar rumah Ah Bee ada timbunan kayu , di situ ada masanya waktu petang saya dan Ah Bee having dinner - Ah Bee bawak mangkuk nasi dan chopstick dia dan saya bawak pinggan nasi saya...makan sambil sembang entah apa2...tak ingat dah...



Wednesday, January 10, 2024

Kenangan Buat Yang Telah Pergi...

 Kita akan rasa terkesan kalau orang yang dikenali tiba- tiba meninggal dunia. Lalu kita akan mendoakan dia semoga mendapat keampunan Allah.

Seorang kawan memberitahu bahawa tukang rumah yang buat renovation rumah kami telah meninggal dunia dan telah dikebumikan pagi tadi. Kawan saya masih berhubungan dengan arwah kerana dia kerap buat penambah baikan di rumahnya dari semasa ke semasa sejak 20 tahun yang lalu.

Kedua kami mengingati arwah sebagai seorang yang amanah menjalankan kerja dan hasil kerjanya sangat baik. Semoga arwah ditempatkan bersama- sama orang yang soleh....aamiin...

Sebelum ini , jiran saya selama 25 telah meninggal dunia  dua minggu lepas. Arwah seorang yang pemurah dan pandai masak. Sebelum suami arwah meninggal dunia kira- kira dalam sepuluh tahun yang lalu arwah sentiasa memasak untuk suaminya dan kerap juga menghantar masakannya buat kami sekeluarga - semua makanannya sedap , hinggakan cucoq kodok dia tiada tandingannya.

Walau pun berjiran tapi tak selalu bersua muka. Kalau kebetulan kami berada di laman rumah kami pun sembang menyembang. Setelah arwah kurang sihat jarang sekali dia keluar rumah, kadang- kadang bertalifon dan kadang-kadang pula saya menziarah dia. Antara kami berbeza umur hampir sepuluh tahun.

Selama ini setiap malam nampak dapur rumah dia cerah, setelah kematiannya dapur rumahnya tidak menyala lagi. 

Anak yang menemaninya selami ini telah balik ke rumah sendiri...

Saya terasa  begitu sayu dan mengingatkan diri sendiri bahawa semua benda tidak kekal di dunia ini. 

Dulu balik kampung begitu meriah ada ibu ayah dan sanak saudara kecik besar. Setelah bertahun- tahun lamanya ibubapa meninggal dunia -  sanak saudara ramai yang dah tua, anak- anak buah pun dah berkeluarga sendiri. Keadaan pun sudah banyak berubah.

Sekali sekala balik kampung hanya tinggal kenangan lama yang tersemat di hati...


Saturday, December 23, 2023

Suatu Keajaiban....

 Percaya tak kalau saya cerita hal ni..

Semasa saya tinggal di suatu tempat lebih kurang 20 tahun dulu, saya pernah buruk sangka dengan jiran saya. 

Pintu depan rumah saya bersetentang dengan pintu rumah dia. Mujurlah ada pagar dan pokok-pokok menjadi sempadan, adalah privasi sikit. 

Tapi lama kelamaan saya sedar dia tahu semua pergerakan saya dan tahu siapa keluar masuk rumah....Saya tak kisah sebab dia rajin berkebun, setiap pagi berada di laman rumahnya....

Lama kelamaan saya ternampak dia memandang ke rumah saya dari sebalik pokok..tenung rumah saya lama- lama...ai..takkan pulak dia sekodeng rumah aku..patutlah dia tahu semua pergerakan keluar masuk  rumah.

Setelah lama berjiran...suatu hari kami sembang fasal pokok bunga kertas dia yang cantik mengelilingi porch rumah dia. Dia kata saya untung sebab bunga kertas dia menghala ke rumah saya, dia hanya nampak dahan-dahan pokok yang berselirat dari dalam porch..


Dari rumah saya boleh nampak bunga dia yang menjalar hingga ke belakang porch


Dia kata dia  dapat juga tengok bunga dia hari- hari...

Macam mana, you keluar pagar tengok dari luar ke...

Taaaak...I tengok dari rumah I....

Macam mana tu?

Melalui cermin pintu rumah youlah saya dapat tengok bunga saya..

Baru saya sedar rupa-rupanya kaca pintu depan rumah saya ada refleksi jalaran bunga kertas rumah jiran saya....

Subhanallah....



Jangan Sampai Berputih Mata .....

Masa hidup berpada-pada......jangan bila dah mati buat menyusahkan anak cucu..

Apa yang terjadi pada suami saya baru- baru ini sungguh tidak disangka. Setelah doktor sahkan terdapat bakteria dalam perutnya, dia kena makan ubat anti biotik sebanyak 4 biji sehari selama 14 hari. Rupa-rupanya badannya tak tahan dengan anti biotik itu menjadikan dia begitu disoriented - sehingga dia rasa macam dia dah nak mati. Selepas itu terkena flu pulak menyebabkan kesihatannya bertambah merosot...

Dalam keadaan begitu dia telah mewasiatkan sedikit sebanyak yang dia ada pada saya dan anak-anak. Dan mintak saya uruskan dengan segera. Perbincangan telah dibuat tapi hold dululah...kena uruskan orang yang tengah sakit dulu! 

Alhamdulillah selepas sebulan keadaannya bertambah baik....

Bab pusaka tu, noted! Kita boleh bincang semula lepas ni.

Masa dulu- dulu jarang dengar ibubapa mewasiatkan harta sebelum mati. Masa ayah saya mati, sepupu ayah datang membantu emak menasihat dan membantu pembahagian pusaka kami...walaupun masa tu saya sudah berkahwin dan mempunyai anak tapi masih gelap lagi tentang hal pusaka nih!

Oleh kerana ada di antara kita yang tak tahu tentang kaedah pembahagian pusaka, banyak hartanah yang terbiar, tidak kurang ramai anak cucu yang teraniaya..

Bayangkan ibubapa mati meninggalkan rumah pusaka, tanah pusaka, kebun pusaka dan lain-lain pusaka mudah alih, kadang- kadang anak pinak tidak tahu siapa yang berhak ke atas apa...Bagi harta yang mudah alih pula pakat- pakat ambik/guna/pakai ikut suka......Pastu berbalah...

Akhirnya ada yang bijak sikit dalam ahli keluarga, dialah yang berkuasa...yang lain putih mata...



Thursday, April 20, 2023

Pernah Pertemu Dengan Lailatul Qadr

Me and DE bertadarus online pada tahun ini.... berdua saja sebab kami baca Qiraat Hamzah AlKufi Toriq Al Jazari yang kami bertalaqqi dengan AlMarhum Ustaz Mohd Rahim Jusoh..

Seperti biasa apabila sampai pada 10 hari terakhir Ramadan kami akan bercerita fasal Lailatul Qadr....

Pernah jumpa Lailatul Qadr?

I think I have came across satu malam yang begitu tenang dan cuaca sejuk and the next day langit tidak panas dan cahaya tidak memancar kuat..

You sure tu Lailatul Qadr?

Ciri- ciri dah ada tapi I risau takut  amalan tak cukup banyak pada malam tu...rasa macam rugi pulak....

Lepas tu mulalah buka cerita masing- masing ada masa tertidur tak sempat nak ngaji banyak, ada kala terlambat bangun sahur tak sempat solat tahajjud..macam-macam perkara yang kami rasa menjadi penghalang untuk mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadr....

Ada juga masanya kami ter - over dose minum kopi, takut mengantuk akhirnya mata cekang tak boleh tidur...

Sebenarnya ramai di antara kita masih lagi terkongkong dengan cerita Lailatul Qadar masa kecik dulu - pokok sujud, malam sunyi sepi. 

Hakikatnya kita sendiri tak tahu keajaiban yang berlaku pada malam tersebut sedangkan dunia dipenuhi dengan para Malaikat - ia adalah perkara ghaib yang luar dari pencapaian manusia. 

Apa yang perlu kita lakukan ialah istiqomah melakukan ibadat malam sepanjang Ramadan terutamanya 10 malam terakhir...semoga kita dapat pengampunan Allah..


Thursday, June 30, 2022

Tersalah Diagnos......

 

Seorang sahabat dengan sayunya memberitahu saya...masa tengah tadarus di bulan puasa tiba- tiba hilang ayat- ayat AlQuran dari pandangan mata. Dah tak ingat nak baca apa..

Dia rasa takut dan tak berani nak pegi tadarus kat surau ...dia dah tak boleh membaca Al Quran!

Bukan itu saja jalan-jalan yang selalu dilaluinya juga tidak berapa cam lagi..dan kadang- kadang bawak kereta melelong sikit..

Jauh di lubuk hati kenapa F dah lupa semua..mungkinkah dia sudah mendapat dimentia..

Semoga Allah jauhkan F dari mendapat dimentia. Saya cuba menenangkan hatinya dengan pelbagai perkataan yang baik2 supaya dia tabah..dan juga nasihatkan dia jangan bawak kereta...

Saya pun berjanji dengan F akan menemaninya berjumpa dengan doktor apabila Covid19 reda sikit..

Fikiran saya berkecamuk, bagaimana kalau ianya benar, ..apa akan jadi padanya....

Lepas raya dia wassap saya, anak saudaranya yang juga seorang doktor nak bawak dia berjumpa doktor mata!

Saya pun hairan...kenapa nak check mata....sedangkan F ada masalah ingatan..

Immediately I called her...she said yes nak pegi check mata sebab masa pegi check mata di kedai cermin mata, optometrist beritau mata dia ada cataract dan sebelah mata tak nampak terus!

MasyaAllah...Tabarakallah..masalah mata rupanya! Berbanyak- banyak syukur pada Allah..Cataract..bukan..Dimentia

Sebab tu lah orang yang bukan doktor jangan berlagak macam doktor...pandai- pandai je nak menentukan penyakit orang....

 


Tuesday, February 15, 2022

Mujur Tidak Berjangkit....

 OnThursday my son took me to visit the doctor, Saturday I got the news that one of his colleages was Omicron Positive...so he became a close contact and probably I was too.

Menggelabah badaklah me and my husband...mohon Allah jauhkan dari jangkitan dan mohon berselisih hari - kalau exposure itu berlaku hari Kamis, the chance was I won't be affected...InsyaAllah..( dengan penuh harapan )

Selepas 5 hari semua kami tested negative - Alhamdulillah..beribu-ribu kali syukur..

Bila saya bagitau sahabat baik saya DE..dia kerap mengalami trauma sepanjang serangan C19...

Kes pertama apabila pembantu rumahnya pergi menghantar barang ke rumah jiran - pada petangnya jiran memberitau bahawa suaminya kena covid dan baru nak di bawa ke hospital..

Apa lagi...meraunglah.pembantu rumahnya dan DE pulak kecut perut, cucu kecik 3 orang dan yang masih dalam kandungan menunggu hari..menggigil takut...

Kali keduanya bila salah seorang pembantu rumahnya dapat batuk yang teruk...satu rumah kelam kabut, bagi dia kuarantin dalam bilik..alhamdulullah selepas 2 hari dia bertambah baik...

Untuk menambah kecut perut, suatu hari adik DE datang menziarah, 3 hari kemudian dia dapat panggilan dari adiknya  beritau dia positif Covid.....sekali lagi seluruh keluarga bergolak...

Semua orang berjaga- jaga takut dijangkiti. Tapi ada sesetengah orang tak ambik kisah dan tak percaya that C19 exist and people are dying...





Tuesday, January 11, 2022

Tersalah Arah Dalam Kehidupan

 Ramai jugak antara kita yang tersalah arah dalam menjalani kehidupan harian...

Bayangkan seorang suami yang sakit tenat berada di atas trolley menuju ICU..isteri yang mengiring sambil menangis meminta suaminya menghalalkan makan minumnya...

Sebenarnya isteri tak perlu meminta halal makan minum isteri dan anak- anaknya sebab beri makan anak isteri adalah kewajipan suami. Suami pun tak boleh mengungkit apa yang anak isteri dia makanminum...

Orang dah tengah tercungap- cungap tu bawak mengucap le, sebab tak tahu suami tu boleh survive atau tidak....

Ada juga isteri yang sangat setia pada suami - yang sedang uzur kerana strok, apabila ada orang memberi zakat padanya...ada pulak adik beradik yang menasihati duit zakat itu bagi pada suami sebab dia ketua keluarga. Kena mintak persetujuannya untuk menggunakan duit tu untuk belanja..yenna dey...itu bukan ajaran Islam ya...Kalau zakat tu orang beri pada isteri, duit itu dah jadi hak mutlak isteri untuk membelanjakannya..

Mintak izin suami? Nasib baik dia terlentang tak boleh bergerak. Kalau kena suami yang jahat...duit tu dia sapu terus....

Wednesday, August 4, 2021

Kelas Atas Kelas Bawah

 

Prolitariat
Rakyat marhain..mudah tanam, campak ceruk mana pun boleh tumbuh..tak siram ok tak kisah kat dia pun ok..dia berbunga je...

                    Bourguois
Kluster kayangan, kena duduk dalam pasu, kena tempat teduh, hari-hari kena siram, sentiasa kena baja..pendek kata ada banyak songel lah sikit...
Jaga ekau, lepas ni kalau tak berbunga lagi den campak ekau dalam lori sampah..

Aloh lah dengan pokok bunga pun gi buat baloh..tu lah...lama sangat tak jumpa orang....terkurung dalam rumah akibat PKP....

Tuesday, July 27, 2021

Liku-Liku Hidup.....



Pokok-pokok di laman rumah dulu subur dan menghijau tapi sekarang sudah tua semuanya..tidak sehijau ini..


Jangan takut m.a.t..i. 

Berpantang ajal sebelum mati aka kalau belum sampai ajal takkan mati punya ( demo kato ) walaupun dah landing bawah lori...

Sebenarnya kehidupan kita hari ni takkan sama dengan kehidupan masa kitu berumur 10 tahun dulu. Perubahan demi perubahan telah berlaku...

Sekolah rendah - sekolah menengah - kolej atau universiti atau dropout

 - dapat kerja atau menganggur atau sambung pelajaran

 - kahwin atau terus membujang

 - dapat anak atau tak dapat anak 

- dimadukan atau bercerai atau masih bersama susah senang

- kumpul harta atau hutang keliling pinggang

- bermenantu , bercucu cicit 

 - berappointment dengan doktor kat hospital....atau makan ubat alternatif..

Fuh! Dah lama tu....macam - macam telah dilalui..

Perkara yang penting bagi kita biarlah hidup kita berakhir dalam kebaikan...hidup dengan baik, doa yang baik - baik, berbuat baik...dan semua yang baik - baik saja.

Percayalah..buat baik dibalas baik, kalau buat  jahat takut yang jahat itu berpatah balik kat diri sendiri...

Wal'iyazubillah!



Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...