Friday, July 6, 2012

Alam Kanak-Kanak

Masa kecik dulu masih ingat banyak peristiwa bermain dengan kawan-kawan .  Budak kecik dan besar  bermain sama-sama ,  budak lelaki main bola sepak  - yang kena jadi penjaga gol pulak sinangoi-nangoi berhingus tu yang jadi mangsa.  Budak-budak besar semuanya tak nak jadi gol keeper - depa nak main bola betul-betul -  jadi gol keeper buat apa, dok bodo depan pintu gol! Kalau gol bolos depa tak marah sebab gol bukan matlamat tapi yang sepak bola keliling padang tu yang lebih seronok.

Kadang-kadang yang kecik-kecik tu ada yang keras kepala, sekali sekala depa pun nak merasa juga tendang bola - pergaduhan berlaku bila yang besar-besar tak bagi peluang! Ada yang balik mengadu pada mak - mak pun datang ke padang bola panggil kapten suruh bagi anak dia main tengah padang........semua sakit hati . Dah tentulah yang kecik tu tak merasa nak tendang bola, takde sapa pun nak pass bola kat dia - turun naik lah dia sampai lembik.

Esok petang abang-abang pun kata - kalau engkau tak nak jaga gol , engkau tak boleh main, tengok semalam - sekali pun engkau tak dapat bola! jadi si adik tadi kenalah terima hakikat kalau nak masuk geng orang besar kena ikut kata depa!

Masa kecik main bola tak pernah fikir strategi  nak sumbat bola dalam gol - masing-masing syok sendiri dribble bola keliling padang dan nak sumbat gol pun takde masalah  - penjaga gol budak kanyak -  sebab tulah agaknya pasukan bola kita jarang dapat gol bila bermain di peringkat antara negara..............ooopps...mulut cerobeh pulak!


No comments: