Saturday, June 20, 2009

Little angels or little devils? -- Part 2

Bagamaimana dengan nasib kanak-kanak yang tak mendapat hak mereka sebagai kanak-kanak...tak dapat cukup kasih sayang dan perhatian, tak cukup perlindungan,tak cukup makan pakai,dan tiada peluang bersekolah dengan sempurna dan terabai. Apa akan jadi pada kanak-kanak dalam kategori ini, will they be angels or devils?

Bagi kanak-kanak yang dipelihara di rumah-rumah anak-anak yatim, alhamdulillah mereka sangat bernasib baik kerana mendapat perlindungan di situ.Sekurang-kurangnya mereka mendapat perlindungan,walaupun kadangkalanya ala kadar sahaja.Tapi bagaimana dengan kanak-kanak yang lain,seperti kanak-kanak yang ibubapa mereka miskin dan anak ramai,hidup mereka bergitu terdesak. Walaupun mereka dapat bersekolah, tetapi segala kelengkapan dan duit belanja sekolah tidak mencukupi.

Begitu juga kanak-kanak yang bapa mereka jenis panas baran, kaki pukul isteri dan anak-anak, hidup mereka juga tertekan dan sentiasa dalam ketakutan -- menunggu-nunggu bila pula bapaya akan mengganas lagi. Apa akan jadi kepada kanak-kanak ini bila mereka dewasa kelak, will they be angels or devil.

Ramai juga kanak-kanak yang terpaksa bekerja keras walau pun mereka masih kecil.Menolong ibu mengasuh adik-adik dan memasak serta membasuh pakaian, terutama sekali kalau ibu jatuh sakit.Kanak-kanak lelaki menolong bapa buat kerja-kerja lain di luar. Mereka tiada peluang membesar seperti kanak-kanak lain, tak boleh bermain seperti kanak-kanak lain.

Kadang-kadang kekayaan dan kemajuan negara tidak dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan rakyat.Masih ramai lagi yang hidup susah di kampung mahu pun di bandar.Apabila balik kampung, ada saja cerita yang didengar,budak itu tak dapat sekolah petang ( kelas fardu ain ) sebab takada duit nak beli uniform,atau nak bayar yuran. Budak ini pula,tak bawa bekal duit atau bekal makanan ke sekolah sebab adik beradik ramai.

Bayangkan seorang buruh kasar ada anak 4 atau 5 orang yang bersekolah, cukup tahun dapat list buku dari sekolah ,termasuk yuran itu ini,pakaian sekolah, baju pendidikan jasmani,kasut,beg sekolah dan sebagainya.Sedangkan duit gaji ngam-ngam sui untuk makan sahaja, itu pun setiap hujung bulan bawak buku 555 ke kedai runcit. Kalau di bandar boleh ke pakai buku 555 tu? Siapakah yang nak tolong mereka?

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...