Thursday, June 18, 2009

Perlukan Pakar Jiwa

Orang Malaysia amnya,bila sebut pakar jiwa, mereka terus mengaitkan dengan gila. Kalau kita beritau seseorang yang menghadapi tekanan mental yang melampau supaya berjumpa dengan pakar jiwa mereka terus kata ... aku tak gila! Dan sudah tentu selepas itu kita akan kehilangan seorang kawan.

Ramai di antara kita yang mengalami tekanan-tekanan seperti di tempat kerja, rumah tangga ,anak-anak, kedudukan kewangan yang goyah, penyakit fizikal yang dihidapi atau lain-lain dengan menghadapi masalah itu secara sendirian. Ada yang tak suka berkongsi cerita dengan teman rapat atau ahli keluarga.Akhirnya ia memakan diri sendiri dan kadang- kadang ia membawa kemurungan.

Sebaliknya jika seseorang cuba meluahkan perasaan kepada kawan-kawan atau ahli keluarga tetapi ia dipandang sepi atau kadang-kadang cerita mereka diwar-warkan pada orang lain, maka lain pula jadinya!
Saya dan seorang kawan pernah terasa bersalah ,bila seorang kenalan kami sentiasa menceritakan masalahnya yang tak berkesudahan dan tak dapat ditolong lagi. Kawan itu pun faham yang kami dah tak berapa larat nak dengar cerita dia, jadi dia kata dia bukannya nak penyelesaian pada masalahnya, cuma nak minta seseorang mendengar rintihan hatinya.

Can you imagine if someone has problem with her husband, her children, all her menantus ,even her grandchildren, how are you going to help her? Or if someone has a long illness and keep fretting about it, you can't say sabarlah, sabarlah, sedangkan sabar ada hadnya! Di sinilah pentingnya ada sahabat yang setia atau ahli keluarga yang memahami diri seseorang itu. This is when you need a psychiatrist!


2 comments:

Beautiful Life said...

Sometimes troubled people just wants someone to listen to them, as my good colleague, AzaDeKaza when faced with adversity will always say, "Aku kena cakap, CAKAP!!" Obviously, for some people they need to get it off their chest!

Tapi hati2 bila menjadi psychiatrist tidak bertauliah ini apabila nasihat yg kita bagi backfire...tak ke naya??

Kerabu Jantung said...

So, rules for unlicensed pyschiatrist are:

1. Jangan bagi nasihat yang bukan-bukan .

2. Just lend your ears, plugged or unplugged!

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...