Wednesday, June 3, 2009

Moh Balik Kampung!

Balik kampung ialah sesuatu yang menyeronokkan pulang ke tempat tumpahnya darah sebagaimana yang dikata, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.Hilang segala penat lelah, gundah gulana -- go back to unwind ---selain pergi bercuti ke dalam dan luar negeri, atau pergi ke resort atau spa --- balik ke kampung halaman adalah kesemuanya dalam satu !

Balik kampung selain menghilangkan rindu, ia juga merupakan satu tanggungjawab terhadap ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Memastikan ibubapa cukup segala keperluan harian,kesihatan dan kerinduan mereka terhadap anak cucu. Juga mengenalkan anak-anak kepada kehidupan datuk nenek mereka.
Dengan tidak secara langsung mengajar mereka erti kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Apabila ibubapa sudah tiada kita tetap balik kampung untuk menziarah ahli keluarga yang lain.Mungkin tak sekerap dahulu tapi sekurang-kurangnya setahun sekali.Balik ke rumah tempat kita dilahirkan dan dibesarkan menggamit seribu kenangan manis atau pahit.
Malangnya ada sesetengah rumah kampung ditinggalkan kosong tanpa penghuni setelah kematian kedua orang tua, lama-lama rumah menjadi usang dan akhirnya roboh begitu sahaja.

Bila tiba hari raya ( tak kira raya apa -Raya Puasa/Haji, Raya Kong Hee Fatt Choy, Depavali atau Krismas ) atau cuti umum atau cuti sekolah, penduduk kota mula bersiap sedia nak balik kampung, guna kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Jalan jadi penuh sesak, kota jadi sunyi sepi,senario kampung berubah menjadi meriah dengan keriuhan kanak-kanak bermain.
Cuti dan santai tak terkira!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...