Thursday, December 31, 2009

Nang Bo Ti Nang Kui Bo Ti Kui

Me husben baru balik dari Yan dan membawa salam dari keluarga di Yan iaitu Kak Yah, Kak Idah, Kak Com, Abang Put, Nah, Oh, Et.......dan lain-lain lagi kecil besar tua muda. Saya bertanya tentang kak-kak ipar dan abang ipar, alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka. Tapi ada satu cerita paling lawak tentang Abang Put. Cerita lawak ? awat abang Put kawin lain ka? ( at the age of 79 )..... bukan...... bukan.....dan... bukan.......Ceritanya begini......

Pada suatu malam dua orang anggota polis mengetuk pintu rumah abang Put. Assalamualaikum, Pakku..... alaikum salam.. sapa tu?
Kami mai ni nak tanya sikit, kereta pakku adaka?
Ada kat luak la tu!
Tang mana?
Tang bawah pokok tu!
Mana , takdak pun!
Isy, awat tah takdak, aku dok letak kat situ tiap hari
Cuba Pakku mai tengok sendighi , ada ka takdak

Bila abang Put keluar nak tunjuk kereta dia, terkejut bukan main kereta dah tak ada!

Abang Put memang tak pernah ambil kisah fasal kereta dia, sebab dia selalu naik basikal. kalau pegi pasar atau ke masjid, selalunya dia tinggal kunci dalam kereta. Kereta dah tua ( Toyota 1000 cc yang lama ), tapi kereta ni tak banyak kerenah, tak tau pernah servis ke tak!

Eh, pi mana kereta ni, sapa nak ambik kereta cabuk macam tu?
Ha, la ni kereta Pakku ada di Guak ( Guar Cempedak ) aksiden! mai Pakku kita pegi balai buat report!

Alkisahnya, kereta abang Put telah di curi oleh sekumpulan remaja berumur 13 - 17 tahun. Mereka terdiri dari anak2 orang2 yang tinggal agak berdekatan dengan rumah abang Put. Jadi pada hari esoknya, remaja- remaja itu bersama dengan ibu bapa masing-masing, mari nak minta maaf dengan abang Put dan minta tarik balik repot kehilangan kereta yang telah dibuat tu. Mereka sanggup bayar ganti rugi asalkan anak-anak mereka tak kena caj.

Abang Put pun tanya, sapa yang dok bawak kereta tu?

Saya!!! serentak remaja itu mengaku, siap angkat tangan sekali, seramai 8 orang semuanya.

Bila hangpa belajak bawak kereta ? ( ibubapa mereka takde kereta )

Kami pakat belajak dengan kereta nilah!

Mengkala hangpa belajak?

Malam-malam dalam pukui 12 ke atas, kami tolak kereta ni naik atas jalan, peh tu kami stat.
Bila dah pandai kami bawak kot jauh2 sikit, pi Guak, Gurun ......

Abang Put pun baru perasan , setiap 3 hari dia bubuh minyak kereta sebanyak 50 ringgit, sampai etandan pam minyak komen, awat Pakku banyak pakai minyak !

Kereta ni dah cabuk, banyak pakai minyak ( pada hal dia guna kereta untuk pegi pasar dan pergi masjid aje!)

Bila di tanya budak-budak tu, berapa lama dah hangpa buat kerja ni

Mereka kata dah lebih setahun!!!

Akhirnya Abang Put minta gantirugi sebanyak5 ribu ringgit, kemudian dia tambah 3 ribu lagi, beli a good second hand Kancil for 8,000 ringgit! kali ini dia tak tinggal kunci dalam kereta dah!

Remaja2 ini sudah tidak lagi pergi sekolah ( asyik ponteng memanjang -ye le balik pagi teruih tidoq mana ada masa nak ke sekolah), dan disyaki berkait dengan kecurian beberapa motosikal di sekitar Yan(ini ceghita lain pulak!).

So folks, kita kena jugak cek anak-anak selepas pukul 1 malam hingga 5 pagi, kalau siang depa kena kontrol dengan mak bapak, depa selinap keluar waktu selepas tengah malam pulak!

Sunday, December 27, 2009

Women outlive their spouses?

One of our family friend told us that his father died at the age of 55. He said the male members of his family mostly die young, like his late father. Recently he was diagnosed with high cholesterol and told us jokingly, maybe his time is near because he's already 53 right now. But he told us his mother and all his aunts outlive their husbands by more than 30 years!

He said his father died of self inflicted. We were shocked to hear that, I mean..self inflicted? How? Cut himself or..what? he said his father consumed too much coffee ( with a lot of sugar about almost half the cup, to match the very thick coffee ). He eventually suffered from diabetes and it got worst and died of complications about 30 years ago. But now govt is providing good medical care to all rakyat and people enjoy good and healthy living.

Now, the question is, how come ladies outlive the men? In a household for example, both husband and wife eat the same food, so how come one is healthier that the other?

To this our friend told us, even though her husband eats the same food as hers, but he goes a step further by eating sweet cakes after every meals ( or some will take a puff or two or many puffs before and after meals ). But what has sweet things got to do with high cholesterol?

I think most men die earlier because when their wives reach menopause, they have no chance to remarry, so they give up on life and just die ........defeated........

Thursday, December 24, 2009

Do not blame the ladies if..................

Once my colleage told me the story of someone she knew. This someone's neighbours knew that she was unhappily married, so when her husband suddenly died , she was relieved. So all the makcik-makcik were happy for her and encouraged her to start a new life. Those days ( even now ) some wives don't really know their rights as wives. They are often abused by their husbands.

This friend of mine went a step further by telling me that those makcik said.....suka dia bila laki dah kojol!

Don't be offended by those words, maybe they were telling the truth, being her neighbours, they saw how she suffered, and there was not much they could do to help her. So don't blame the ladies for saying the harsh words.

Wa, my cleaning lady that comes once a week, told me another story. This particular lady got fed up with her husband's attitude, that is mata keranjang! She is really heart broken and asked Wa to get some jampi or potions or anything to tame her husband the next time she goes back to Indon. So Wa told her she can get all those for her, but Wa said if it works , you are the one who lose. Why, she asked. Yalah kalau suami dah jadi bodoh, nak buat ape. You might not need him already!

So ladies, don't simply mandram your husbands........he might be so.. emm emm... you might have to teach them to write A, B, C..................

Tuesday, December 22, 2009

Duit banyak, boleh tala cukup-cukup!

Sibuk benar orang Malaysia cerita fasal rasuah, dari dulu sampai sekarang. Tapi orang yang dikatakan makan rasuah tetap hidup mewah, dan ada pula disanjung tinggi sebab mereka kaya raya. Asyik kata orang rasuah, tapi takde yang berani nak ambil tindakan. Kalau ambil tindakan dan bawa ke mahkamah, tak cukup bukti, buang kes, malu dapat sakit( hati ) pun dapat.

Paling bodoh dan paling kelakar rasuah ialah yang sekecil-kecilnya, contoh, anak nak pergi temuduga, bapa bawa durian satu but kereta untuk dihadiahkan pada sesiapa yang berkenaan. Anak nak masuk sekolah asrama penuh yang berjenama, pakai kabel lebih besar dari tali sauh kapal selam. Sebelum lulus tanda halal, satu pejabat datang makan di restoran/foodcourt berkenaan. Dll, dll, dll,dll,dll.......................

Awas-awas rakyat Malaysia,sekali sekala kena cek geran tanah Negara Malaysia, bukan apa, takut landing di kedai pajak! Nanti semua kita kena berumah dalam Laut China Selatan atau dalam Selat Melaka.

Soalan cepu perak: yang tukang bagi rasuah tu, bagaimana pula?

Sunday, December 20, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Saya teringat pada akhir tahun 60an dulu periuk nasi letrik diperkenalkan di Malaysia. Ramai juga orang-orang kita yang tidak dapat menerima pembaharuan itu. Ramai yang kata masak nasi dalam periuk letrik kurang sedap, sebab tiada api, hanya panas karan. Dengan kata lain masak tak natural, tanpa api.

Kemudian datang pula blender, menggantikan lesung batu dan batu giling, mereka kata cili atau rempah tak menjadi sehalus yang digiling. Sambal tumis jadi kurang sedap sebab somehow or rather, blender tak dapat menggantikan batu giling.

Pendek kata, setiap pembaharuan yang datang tidak akan diterima sepenuhnya oleh semua orang. Mereka was-was dan tak mahu terima sesuatu yang baru dengan secara yang lebih positif!

Kemudian sedikit mesin basuh baju diperkenalkan. Ramai suri rumah rasa lega dan mengambil peluang dengan kemudahan yang disediakan. Tapi ada pula seorang dua ustaz kata, kalau isteri basuh baju pakai mesin basuh, mesin tu yang dapat pahala bukan si isteri, sebab dia tak buat apa, tak keluar keringat pun. Pulak!!

Masa dulu, ramai yang tak ada kenderaan sendiri. Kalau nak ke mana-mana, ramai yang naik bas, teksi atau beca. Dulu tunggu bas macam nak pitam pun tak apa sebab tiada pilihan. Naik teksi tak berapa berani, sebab selain dari tambang mahal, dikatakan drebar teksi memandu laju dan kurang selamat, takut eksiden. Naik bas lagi selamat. Kalau dari Rompin nak ke Kuantan sekerat hari baru sampai, sebab bas berhenti dimerata tempat. Masa tu bas Mara sangat popular sebab ada dua servis, satu bas runcit-runcit ( berhenti ambik penumpang sepanjang jalan ) yang satu lagi jenis express.

Kini ramai yang takut naik bas, sebab kurang selamat, selalu eksiden. Jika saya memandu di lebuhraya, nampak ada bas ekspress di belakang, saya terus menjadi cemas dan mengenepi, sebab bas tu meluru dengan begitu laju!

Wednesday, December 16, 2009

Nok kelih sete!

Semasa di Kota Baru pada tahun 80an dulu, kami tinggal berhampiran dengan masjid Telipot. Masjid ini sungguh istimewa, terutamanya kerana Tok Bilal mempunyai suara yang sedap. Bila tiba bulan Ramadan jemaah sembahyang terawih penuh masjid hingga melimpah sampai ke pagar. Setiap kali habis dua rakaat terawih, Tok Bilal, dengan suara yang merdu berselawat dengan penuh semangat memuliakan malam-malam Ramadan.

Satu lagi keistimewaan masjid Telipot ialah di sebelahnya terdapat menara telekom. Setiap tazkirah antara maghrib dengan isya' di masjid, dapat didengar oleh penduduk-penduduk yang berdekatan melalui siaran radio. Saya tak tau bagaimana menara telekom menangkap suara dari corong mikrofon dan dapat didengar melalui radio. Jadi orang yang malas seperti saya dengar tazkirah melalui radio saja!

Suatu malam Tok Imam masjid bertazkirah fasal solat Jumaat. Kata beliau lepas saja tok imam beri salam solat fardu Jumaat yang keluar dulu ialah setan. Jadi makmum pun pakat-pakat nak tengok sapa yang keluar dulu lepas solat Jumaat pada minggu yang berikutnya.

Pada hari Jumaat yang ditunggu-tunggu, masing-masing memerhati siapa yang keluar dulu tanpa solat sunat. Mereka nak kenal siapakah setan tu. Tiba-tiba mereka terkejut bila Tok Imam bergegas bangun selepas saja beri salam dan terus keluar masjid.

Jadi apabila sampai giliran Tok Imam tersebut memberi tazkirah pada malam yang berikutnya, jemaah pun mula menyindir, guano tok ime,lepah bui sale nye unnga tubik tok de tok de doh!

Tok imam pun tersenyum lebar......doh, tok ungga lagu mano, sakit perut weh, tok tahe doh!

Wednesday, December 9, 2009

Nama Sebenar, Nama Samaran

Ramai di antara kita yang mempunyai nama timang-timangan dan nama gelaran. Nama-nama ini samada diberi oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekolah atau rakan sepejabat. Kadang-kadang nama gelaran yang diberi itu comel aje, tapi ada kalanya jadi bahan ketawa dan ada pula yang menyakitkan hati.

Di kampung saya dulu ( tahun 60an ) boleh dikatakan kebanyakan orang yang saya kenal mempunyai nama tambahan. Ada seorang kampung yang baru berhijrah, tak tahu dari mana, solo, dan berpakainan yang tak keruan, seluar baju berlapis-lapis dan agak comot. Orang kampung menggelar dia Pak Awang Kelepeh. Ibu-ibu sentiasa menakut-nakutkan anak mereka dengan menyebut-nyebut nama Pak Awang Kelepeh. Justeru, kanak-kanak akan lari bersembunyi bila nampak Pak Awang.

Seorang muda di kampung saya,sentiasa berpakaian smart, saya masih ingat, berbaju puteh lengan pendek, dan seluar biru kelabu. Setiap hari dia akan pergi ke pekan waktu pagi dan pulang waktu tengahari ( dulu tak ada gerai, waktu makan balik rumah ). Tapi sepupu saya menggelarnya Robert Kiook, bila saya tanya kenapa panggil nama macam tu, dia kata si polan tu pernah tertangkap red handed tengah nak mencuri ayamnya dalam reban pada suatu subuh.

Ada juga nama gelaran yang diberi mengikut fizikal seseorang , misalnya Mek Teh Patah, sebab masa anak dara dulu dia pernah patah kaki. Atau Panjang, panggilan pada pekedai Cina yang sangat tinggi orangnya. Atau Pok Su We Gagap sebab dia cakap tergagap-gagap atau Bakar Juling sebab mata dia juling. How about Kasim Beruang, because he is so huge and dark with curly hair!

Nama gelaran juga diberi pada seseorang sebab kerjaya dia. Haji Seman Tok Imam, sebab dia imam masjid. Tok Siak, nama bagi orang yang mengurus hal masjid, sampai sekarang saya tak tau nama sebenarnya,( sudah meninggal lebih 30 tahun dulu). Begitu juga, Tok Penyadap, bagi orang yang mengambil nira kelapa untuk buat gula kerek. Sampai kini saya tak tahu nama sebenarnya dan beliau telah lama meninggal dunia.

Itu zaman everybody knows everybody. Mulai tahun 80an, bila kampung dah ramai orang, peluang pekerjaan bertambah, sudah tiada lagi nama-nama gelaran .

Saturday, December 5, 2009

Anak-anak menyaman bapak

Bila sebut fasal rumah orang-orang tua, kita rasa bagai sangat jauh dan tak pernah terlintas untuk memenghantar ibu atau bapa kita ke situ. Bagi keluarga Islam ibubapa yang sudah tidak berdaya menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kebajikan mereka.

Ada seseorang memberitahu saya dia telah menghantar bapanya ke rumah orang-orang tua. Saya terkejut besar, kenapa sampai begitu. Memang sejak ibunya meninggal hampir lebih dari sepuluh tahun yang lepas, dialah yang menjaga bapanya, makan, minum dan segala perbelanjaan perubatan dan lain-lain. Sejak beberapa tahun yang kebelakangan ini, dia mengambil bapanya tinggal bersamanya. Adik beradiknya yang lain tak mahu bapanya tinggal di rumah keluarga, sebab sejak ibunya meninggal, harta ibu belum di bahagi lagi. Walaupun rumah besar dibina oleh bapanya, tanah tapak rumah adalah kepunyaan arwah ibu.

Adik beradik yang lain-lain hendak menjual tanah, supaya mereka dapat menfaat harta pusaka ibunya. Masalah timbul bila bapanya menghalang niat mereka. Kabarnya, anak-anaknya telah memfailkan kes ke mahkamah, dan mereka sedang dalam perbicaraan.

Menurut seseorang ini, dia terpaksa hantar ayahnya ke rumah orang-orang tua sebab dia sudah pun berumur lebih 60 tahun, mengidap sakit tulang belakang dan suaminya pula sakit jantung. Dua anak lelakinya sudah berkahwin dan tak lagi tinggal bersamanya, hanya tinggal anak perempuan yang belum berumah tangga. Adik beradiknya yang lelaki dan seorang perempuan telah berpatah arang dengan dia dan bapanya. Pernah ayahnya sakit , dia terpaksa memapah bapanya ke tandas sehingga kedua beranak itu jatuh.

Bapanya menyarankan biar dia tinggal di rumah orang tua, sekurang-kurangnya ada penjaga dan ada kemudahan perubatan. Jadi setiap minggu dia akan menziarahi bapanya di sana, dan katanya bapanya agak ceria kerana dapat berkawan-kawan dengan penghuni rumah orang-orang tua itu. Dan dia pula telah menjadi volunteer di situ.

That was a year ago.

Tuesday, December 1, 2009

Musim Kenduri Kahwin!

Saya dan beberapa rakan telah pergi ke majlis kenduri kahwin di Tanjung Karang ( dalam tahun1983 ) . Kami tiba pada pukul 1 tengahari . Oleh kerana waktu itu betul-betul waktu makan tengahari, kami pun makan dengan sedapnya nasi kenduri , siap bertambah lagi. Tapi saya sempat juga memerhatikan tetamu-tetamu yang lain datang dan pergi dengan cepatnya, mereka seolah-olah menjamah saja nasi dan lauk pauk yang terhidang di meja, bukan macam kami , buat macam rumah sendiri, makan tak berinsuran.

Lepas tu saya pun bertanya pada kawan yang memang dah tinggal lama di TK, kenapa kebanyakan tetamu makan sikit aje . Barulah saya tahu rupanya mereka dah siap makan di rumah sebelum pergi kenduri, jadi mereka makan syarat aje ( macam mengalas perut ). Bila kami hendak pulang kami diberi nasi ambeng sebungkus seorang sebagai ' door gift '. Nasi ambeng ini untuk di bawa balik untuk keluarga di rumah ( nasi dan lauk kenduri ).

Teringat pula pada Mak Tam ( ibu saudara me husben ) yang kami kasihi, pernah memberitahu , kalau kenduri kahwin tak nak makan sehidang dengan royalti. Beliau kenal dengan seorang Tengku ni, dan pernah makan sehidang di majlis kenduri kahwin. Mak Tam kata dia tak dapat makan betul-betul, depa tu makan sikit, jadi malu kami nak menambah nasi dan lauk sebab depa dah berhenti makan.

Kita nampak kenduri kahwin tu macam senang aje nak dikendalikan, tapi sebenarnya sangat berat, maklumlah buat kenduri besar. Semasa menngendalikan majlis kahwin anak, darah tinggi melambung naik, walhal sebelum ini tekanan darah normal aje. Macam-macam datang fikiran dalam kepala, bagaimana kalau katerer tak datang pada hari itu atau bagaimana kalau tetamu tak datang, apa jadi pada nasi dan lauk-lauk yang berkawah-kawah tu. Atau kalau orang datang melebihi yang dijangkakan, nasi dan lauk tak cukup, mana nak letak muka.

Punya risau, Tuhan aje yang tahu, takut majlis tak sempurna. Itu, ini ada aje yang terlintas di hati. Sehinggalah lihat semua tetamu datang dan makanan lebih pada cukup untuk semua orang, barulah lega . Tapi pada masa tu kepala dah berdenyut-denyut tak terkira. Darah dah naik ke kepala, leher dan bahu dah tegang. Kalau boleh nak telan panadol 4 biji sekali! Stress bukan main!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...