Tuesday, December 1, 2009

Musim Kenduri Kahwin!

Saya dan beberapa rakan telah pergi ke majlis kenduri kahwin di Tanjung Karang ( dalam tahun1983 ) . Kami tiba pada pukul 1 tengahari . Oleh kerana waktu itu betul-betul waktu makan tengahari, kami pun makan dengan sedapnya nasi kenduri , siap bertambah lagi. Tapi saya sempat juga memerhatikan tetamu-tetamu yang lain datang dan pergi dengan cepatnya, mereka seolah-olah menjamah saja nasi dan lauk pauk yang terhidang di meja, bukan macam kami , buat macam rumah sendiri, makan tak berinsuran.

Lepas tu saya pun bertanya pada kawan yang memang dah tinggal lama di TK, kenapa kebanyakan tetamu makan sikit aje . Barulah saya tahu rupanya mereka dah siap makan di rumah sebelum pergi kenduri, jadi mereka makan syarat aje ( macam mengalas perut ). Bila kami hendak pulang kami diberi nasi ambeng sebungkus seorang sebagai ' door gift '. Nasi ambeng ini untuk di bawa balik untuk keluarga di rumah ( nasi dan lauk kenduri ).

Teringat pula pada Mak Tam ( ibu saudara me husben ) yang kami kasihi, pernah memberitahu , kalau kenduri kahwin tak nak makan sehidang dengan royalti. Beliau kenal dengan seorang Tengku ni, dan pernah makan sehidang di majlis kenduri kahwin. Mak Tam kata dia tak dapat makan betul-betul, depa tu makan sikit, jadi malu kami nak menambah nasi dan lauk sebab depa dah berhenti makan.

Kita nampak kenduri kahwin tu macam senang aje nak dikendalikan, tapi sebenarnya sangat berat, maklumlah buat kenduri besar. Semasa menngendalikan majlis kahwin anak, darah tinggi melambung naik, walhal sebelum ini tekanan darah normal aje. Macam-macam datang fikiran dalam kepala, bagaimana kalau katerer tak datang pada hari itu atau bagaimana kalau tetamu tak datang, apa jadi pada nasi dan lauk-lauk yang berkawah-kawah tu. Atau kalau orang datang melebihi yang dijangkakan, nasi dan lauk tak cukup, mana nak letak muka.

Punya risau, Tuhan aje yang tahu, takut majlis tak sempurna. Itu, ini ada aje yang terlintas di hati. Sehinggalah lihat semua tetamu datang dan makanan lebih pada cukup untuk semua orang, barulah lega . Tapi pada masa tu kepala dah berdenyut-denyut tak terkira. Darah dah naik ke kepala, leher dan bahu dah tegang. Kalau boleh nak telan panadol 4 biji sekali! Stress bukan main!

2 comments:

azadekaza said...

Dear Auntie,

antara semua kenduri kahwin mestila i tak boleh lupa my own wedding... i was so stressed sampai i rasa jalan atas angin lalu tersembam... just imagine kali pertama mama & abah buat kenduri kahwin anak... kelam kabut tok sah cakap la... masa tu la nak buat rumah baru, sibuk nak kira semua kawan lama yang dah lebih 27 tahun tak jumpa, nak jemput sendiri adik beradik & kawan lama di tanah besaq, nak buat tempahan ayam daging, nak pilih tukang masak sebab ramai la pula volunteer nak masak, nak pilih menu, ohhh mcm2 lagi tapi semua itu dah jadi sweet memori yang saya akan kenang sampai bila2... kenduri kahwin macam magis yang mengumpulkan orang - orang yang pernah hadir dalam hidup kita masa baby dulu datang tengok baby tembam dah kahwin, orang kampung yang saya dah lost touch (sebab kerja kat KL) datang meraikan dan yang penting bergotong royong untuk hari bahagia saya, adik beradik yang dah lama tak jumpa dok jauh berselerak di seluruh peluk malaysia dan selatan thai pun mai...its a very happy day... sakit dada akibat tersembam sebelum bersanding pun hilang dengan suasana yang penuh dengan rasa kasih sayang keluarga, persahabatan,kejiranan dan penuh dengan kemeriahan walau majlis sangat sederhana... satu lagi rasa sakit dimekap pondan pun hilang...

Kerabu jantung said...

...dan lepak-lepak bukak cerita lama.But how nice ada sedara mara di Selatan Thai yang masih dekat dan dok pi mai. Uncle ada sedara kat sana tapi dah tak kenal, tau ada aje tapi tak pernah jumpa!

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...