Me husben baru balik dari Yan dan membawa salam dari keluarga di Yan iaitu Kak Yah, Kak Idah, Kak Com, Abang Put, Nah, Oh, Et.......dan lain-lain lagi kecil besar tua muda. Saya bertanya tentang kak-kak ipar dan abang ipar, alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka. Tapi ada satu cerita paling lawak tentang Abang Put. Cerita lawak ? awat abang Put kawin lain ka? ( at the age of 79 )..... bukan...... bukan.....dan... bukan.......Ceritanya begini......
Pada suatu malam dua orang anggota polis mengetuk pintu rumah abang Put. Assalamualaikum, Pakku..... alaikum salam.. sapa tu?
Kami mai ni nak tanya sikit, kereta pakku adaka?
Ada kat luak la tu!
Tang mana?
Tang bawah pokok tu!
Mana , takdak pun!
Isy, awat tah takdak, aku dok letak kat situ tiap hari
Cuba Pakku mai tengok sendighi , ada ka takdak
Bila abang Put keluar nak tunjuk kereta dia, terkejut bukan main kereta dah tak ada!
Abang Put memang tak pernah ambil kisah fasal kereta dia, sebab dia selalu naik basikal. kalau pegi pasar atau ke masjid, selalunya dia tinggal kunci dalam kereta. Kereta dah tua ( Toyota 1000 cc yang lama ), tapi kereta ni tak banyak kerenah, tak tau pernah servis ke tak!
Eh, pi mana kereta ni, sapa nak ambik kereta cabuk macam tu?
Ha, la ni kereta Pakku ada di Guak ( Guar Cempedak ) aksiden! mai Pakku kita pegi balai buat report!
Alkisahnya, kereta abang Put telah di curi oleh sekumpulan remaja berumur 13 - 17 tahun. Mereka terdiri dari anak2 orang2 yang tinggal agak berdekatan dengan rumah abang Put. Jadi pada hari esoknya, remaja- remaja itu bersama dengan ibu bapa masing-masing, mari nak minta maaf dengan abang Put dan minta tarik balik repot kehilangan kereta yang telah dibuat tu. Mereka sanggup bayar ganti rugi asalkan anak-anak mereka tak kena caj.
Abang Put pun tanya, sapa yang dok bawak kereta tu?
Saya!!! serentak remaja itu mengaku, siap angkat tangan sekali, seramai 8 orang semuanya.
Bila hangpa belajak bawak kereta ? ( ibubapa mereka takde kereta )
Kami pakat belajak dengan kereta nilah!
Mengkala hangpa belajak?
Malam-malam dalam pukui 12 ke atas, kami tolak kereta ni naik atas jalan, peh tu kami stat.
Bila dah pandai kami bawak kot jauh2 sikit, pi Guak, Gurun ......
Abang Put pun baru perasan , setiap 3 hari dia bubuh minyak kereta sebanyak 50 ringgit, sampai etandan pam minyak komen, awat Pakku banyak pakai minyak !
Kereta ni dah cabuk, banyak pakai minyak ( pada hal dia guna kereta untuk pegi pasar dan pergi masjid aje!)
Bila di tanya budak-budak tu, berapa lama dah hangpa buat kerja ni
Mereka kata dah lebih setahun!!!
Akhirnya Abang Put minta gantirugi sebanyak5 ribu ringgit, kemudian dia tambah 3 ribu lagi, beli a good second hand Kancil for 8,000 ringgit! kali ini dia tak tinggal kunci dalam kereta dah!
Remaja2 ini sudah tidak lagi pergi sekolah ( asyik ponteng memanjang -ye le balik pagi teruih tidoq mana ada masa nak ke sekolah), dan disyaki berkait dengan kecurian beberapa motosikal di sekitar Yan(ini ceghita lain pulak!).
So folks, kita kena jugak cek anak-anak selepas pukul 1 malam hingga 5 pagi, kalau siang depa kena kontrol dengan mak bapak, depa selinap keluar waktu selepas tengah malam pulak!
No comments:
Post a Comment