Wednesday, December 16, 2009

Nok kelih sete!

Semasa di Kota Baru pada tahun 80an dulu, kami tinggal berhampiran dengan masjid Telipot. Masjid ini sungguh istimewa, terutamanya kerana Tok Bilal mempunyai suara yang sedap. Bila tiba bulan Ramadan jemaah sembahyang terawih penuh masjid hingga melimpah sampai ke pagar. Setiap kali habis dua rakaat terawih, Tok Bilal, dengan suara yang merdu berselawat dengan penuh semangat memuliakan malam-malam Ramadan.

Satu lagi keistimewaan masjid Telipot ialah di sebelahnya terdapat menara telekom. Setiap tazkirah antara maghrib dengan isya' di masjid, dapat didengar oleh penduduk-penduduk yang berdekatan melalui siaran radio. Saya tak tau bagaimana menara telekom menangkap suara dari corong mikrofon dan dapat didengar melalui radio. Jadi orang yang malas seperti saya dengar tazkirah melalui radio saja!

Suatu malam Tok Imam masjid bertazkirah fasal solat Jumaat. Kata beliau lepas saja tok imam beri salam solat fardu Jumaat yang keluar dulu ialah setan. Jadi makmum pun pakat-pakat nak tengok sapa yang keluar dulu lepas solat Jumaat pada minggu yang berikutnya.

Pada hari Jumaat yang ditunggu-tunggu, masing-masing memerhati siapa yang keluar dulu tanpa solat sunat. Mereka nak kenal siapakah setan tu. Tiba-tiba mereka terkejut bila Tok Imam bergegas bangun selepas saja beri salam dan terus keluar masjid.

Jadi apabila sampai giliran Tok Imam tersebut memberi tazkirah pada malam yang berikutnya, jemaah pun mula menyindir, guano tok ime,lepah bui sale nye unnga tubik tok de tok de doh!

Tok imam pun tersenyum lebar......doh, tok ungga lagu mano, sakit perut weh, tok tahe doh!

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

"Kata beliau lepas saja tok imam beri salam solat fardu Jumaat yang keluar dulu ialah setan." Mengarut punya tok imam. Benda-benda macam ni yang menyesatkan dan melemahkan minda umat. Minta imam refer to Surah Jumuah Ayat 10 (62:10).

Nway, it is better to listen even from the radio rather than not listen at all. Cheers and assalamualaikum.

Kerabu Jantung said...

Atau refer sebanyak-banyak sumber yang boleh.

Sekarang ilmu Islam sudah berkembang pesat di Malaysia.Tak macam dulu, bergantung pada satu sumber saja ie. penceramah.

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...