Bila sebut fasal rumah orang-orang tua, kita rasa bagai sangat jauh dan tak pernah terlintas untuk memenghantar ibu atau bapa kita ke situ. Bagi keluarga Islam ibubapa yang sudah tidak berdaya menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kebajikan mereka.
Ada seseorang memberitahu saya dia telah menghantar bapanya ke rumah orang-orang tua. Saya terkejut besar, kenapa sampai begitu. Memang sejak ibunya meninggal hampir lebih dari sepuluh tahun yang lepas, dialah yang menjaga bapanya, makan, minum dan segala perbelanjaan perubatan dan lain-lain. Sejak beberapa tahun yang kebelakangan ini, dia mengambil bapanya tinggal bersamanya. Adik beradiknya yang lain tak mahu bapanya tinggal di rumah keluarga, sebab sejak ibunya meninggal, harta ibu belum di bahagi lagi. Walaupun rumah besar dibina oleh bapanya, tanah tapak rumah adalah kepunyaan arwah ibu.
Adik beradik yang lain-lain hendak menjual tanah, supaya mereka dapat menfaat harta pusaka ibunya. Masalah timbul bila bapanya menghalang niat mereka. Kabarnya, anak-anaknya telah memfailkan kes ke mahkamah, dan mereka sedang dalam perbicaraan.
Menurut seseorang ini, dia terpaksa hantar ayahnya ke rumah orang-orang tua sebab dia sudah pun berumur lebih 60 tahun, mengidap sakit tulang belakang dan suaminya pula sakit jantung. Dua anak lelakinya sudah berkahwin dan tak lagi tinggal bersamanya, hanya tinggal anak perempuan yang belum berumah tangga. Adik beradiknya yang lelaki dan seorang perempuan telah berpatah arang dengan dia dan bapanya. Pernah ayahnya sakit , dia terpaksa memapah bapanya ke tandas sehingga kedua beranak itu jatuh.
Bapanya menyarankan biar dia tinggal di rumah orang tua, sekurang-kurangnya ada penjaga dan ada kemudahan perubatan. Jadi setiap minggu dia akan menziarahi bapanya di sana, dan katanya bapanya agak ceria kerana dapat berkawan-kawan dengan penghuni rumah orang-orang tua itu. Dan dia pula telah menjadi volunteer di situ.
That was a year ago.
2 comments:
Kerabu jantung, this entry came at just the right time.
My boss prompted to me about this issue 3 days back.
In a way, he thought there're good side of ol' folks home or retiree centre despite the sentimen or it's taboo among many of us especially the Muslims.
And yup, I agree with him. But then again, errrr susah nak cakap kak oooiiii.... he he.
According to that friend some people datang hantar mak atau bapak dia, bayar fees sebulan dua, jenguk sekali dua, lepas tu dah tak nampak batang hidung lagi.
Rumah orang-orang tua ni pun nak kena banyak duit jugak, to cater for abandon people!
Post a Comment