Saturday, February 5, 2011

Doktor Pun Ternganga.....

Kami beramai-ramai pergi menziarah jiran yang kurang sihat di rumahnya, bukan main gembira dan terharu dia dengan kedatangan kami. Berborak panjanglah kami dari satu cerita ke satu cerita. Biasalah, bila dah banyak cerita adalah yang menceritakan pulak bagaimana produk kesihatan yang baru dalam pasaran direct selling tu bagus, boleh ubat semua penyakit. Pendek kata kalau ubat-ubatan/ produk kesihatan itu sangat mujarrab bagi segala jenis penyakit, ramailah doktor tutup kelinik depa!


Ada yang mengatakan kalau sesiapa ada kencing manis, tak payah makan ubat doktor yang banyak side effect tu, setiap pagi blend aje epal hijau dengan karot, minum jus tu dah boleh menurunkan paras gula. Ada yang kata makan itu, makan ini untuk menurunkan kolesterol, ubat kanser dan ubat sakit jantung. Doktor muda jiran kami yang bersama-sama dalam rombongan ziarah ini pun nganga aje dengar perbincangan the super seniors yang bijak mengalahkan doktor tuh! kalau dia kata ubat doktor perlu bagi penyakit-penyakit kronik nanti kena overule pulak, jadi lebih baik bagi can kat makcik-makcik dan akak-akak mengeluarkan pandangan mereka yang tak professional tuh!

Tapi ada satu topik yang paling menarik dan saya rasa dapat beri manfaat kalau kita laksanakannya, iaitu masa kita beri salam di akhir sembahyang , palingkan muka kita ke kanan dan ke kiri sehabis-habisnya sampai orang belakang boleh nampak pipi kita. Salah seorang jiran saya ni pernah mengalami penyakit bubble in the throat, menyebabkan dia sukar menelan makanan, tapi setelah beliau mengamalkan salam yang sebegini dia telah sembuh dari penyakitnya itu!

Lagi satu tips yang dia beri , bagi sesiapa yang mengidap insomnia ialah apabila sembahyang malam, ruku' dan sujud lama-lama, katanya dengan berbuat begitu penyakit insomnia dia telah sembuh. Ini kerana bila kita sujud lama kepala kita dapat cukup oksijen!

Bukan tak percaya pada produk kesihatan, kalau kita tak disiplin dan tak istiqomah, beli sebotol , minum 4 atau 5 kali lepas tu forget about it, bila keluar produk baru beli lagi, kemudian makan atau minum sekerat jalan......tak akan nampak manfaatnya , melainkan ia membazir saja!

2 comments:

Jantung Hatiku said...

Assalam. Memamng benar fadhilat solat, setiap pergerakan ada manfaatnya, hanya orang-orang yang benar-benar mengamalkan solat sebagaimana sunnah Nabi akan mengetahui rahsia fadhilat setiap pergerakan. Kalau solat macam catuk ayam, mana boleh/mampu mengenalpasti rahsia fadhilatnya. Begitu juga khasiat herba yang terdapat disekeliling kita, hanya orang-orang yang mengkajinya saja (ululalbab) yang mengetahui rahsia/manfaatnya, sebagaimana yang disebut dalam Al Quran Surah Ali Imran (3) : 190-191. Maha Suci Allah, tidaklah Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia. Kalau nak tahu sebahagian rahsia solat, bolehlah baca buku yang membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat, bertajuk: `Solat : Kebaikan Dari per5spektif Sains", oleh Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Check. Diterbikan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Unversiti Malaya.

Kerabu Jantung said...

Salam Jantung Hatiku,

Ada dengar tentang buku Kebaikan solat dari perspektif sains , tapi masih belum mencarinya lagi!

Thanks for the info!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...