Saturday, April 30, 2011

Sumpah Mubahalah?

Riuh rendah satu negara tentang sumpah mubahalah, banyak benar insiden-insiden yang menyebabkan ramai yang nak bersumpah atau didesak untuk bersumpah. Ada yang enggan bersumpah tak kurang pula yang ever ready to sumpah. Tak taulah......apa nak jadi!

Sungguhpun nampak enteng saja sumpah tu, tapi natijahnya sungguh menggerunkan ( jika bersalah ) sebab bersumpah laknat menggunakan nama ALLAH dan meminta Allah laknat diri yang bersumpah. - Wallahi , watallahi, wabillahi - ulang sebanyak 3 kali dan pada kali keempatnya bersumpah kalau diri itu berbohong, mohon supaya Allah melaknat dirinya.

Ianya bukan sumpah yang kita main-main seperti - sumpah! saya tak kata awak jahat , atau - wallahi saya takde duit nak bagi pinjam kat awak. Itu sumpah yang tak disertakan dengan niat dan tak kena kaffarah kalau melanggar sumpah itu.

Dalam hal ini saya harap pihak tv akan menjemput alim ulamak untuk menerangkan perihal sumpah mubahalah serta cara-caranya untuk pengetahuan dan menjadi panduan umum . Ramai jugok adik kakok yang dok tahu gapo dio gak supoh mubahalah tuh!

Errr...itu Latok SK , mahu bermubahalah jugakkah? Bukan ke dia ada dalam video tu, dok pi mai, pi mai dok buat gapo?! Bukan apa, takut nanti jadi macam kes arak - yang menjual, yang menghidang, yang menuang serta yang meminum semuanya terlibat/ bersubahat.
Yang pi dok enter-enter frame tu kira macam mana?

Thursday, April 28, 2011

Masihkah Ada Lagi Insan.......?

Di waktu subuh Jumaat yang lepas, saya telah menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu ibu mertuanya telah menghembuskana nafasnya yang terakhir. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun, semoga ruh bonda mertuanya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang solihin!

Suami sahabat saya tu adalah seorang yang sangat menghurmati ibunya, segala keperluan dan kehendak ibunya tetap dipenuhi. tidak pernah dia mengabaikan ibunya walaupun mereka berjauhan, ibu di KB dan dia serta keluarga tinggal di KL. Setiap kali ibunya hendak berjumpa doktor di KL , A akan balik ke KB untuk menjemput ibunya ( walaupun adik beradik dan yang lain-lain boleh aje menemani ibu/nenek ke KL ), tapi A tetap memegang tanggungjawab itu, bukan hantar driver atau orang suruhan. Walaupun A seorang ahli korporat yang sibuk, tapi takde excuse baginya tidak menjemput dan menghantar balik ibunya!.

Bak kata, seorang ibu ada hak ke atas anak-anak, walaupun anak itu berpangkat sebesar mana, kalau ada yang kurang berkenan di hati, ibu tetap akan menegurnya atau meleterinya. Dan A serta isterinya akan diam dan tunduk , tak angkat muka dan tak akan menjawab walau sepatah pun! Malah semasa bondanya sedang gering, A mendampingi bondanya hingga ke akhir hayat dan sama-sama dengan adik beradiknya yang lain memandi dan menyempurnakan jenazah  Almarhumah orang tuanya.

Saya tertanya-tanya masih ramaikah lagi insan yang semulia itu di dunia ini, yang menghurmati ibu tanpa berbelah bagi. Semoga berbahagia A dan keluarganya di dunia dan di akhirat!

Tuesday, April 26, 2011

Terlebih Kacang

Suatu ketika kami berada di dalam rombongan menyambut menantu, layanan cukup istimewa - tambahan pulak gulai kawah dan ayam bakar yang dihidangkan sungguh sedap, ter masuk gulai nangka campur perut dan kerabu togey serta sambal belacan - apa lagi, ramailah yang terlajak makan, tak kisah dah masing-masing body macam dugong, main belasah aje !

Salah seorang dari suami yang ada asyik menambah nasi dan lauk ke dalam pinggan isteri hinggakan orang lain dah lama habis makan dia masih belum basuh tangan( mungkin dia jenis makan lambat atau makan bertambah banyak kali ). Isteri-isteri yang lain pun pakat jeles sebab suami depa tak kesah kat depa. Suami-suami yang lain pulak menggeleng kepala tengok suami yang sayang bini tu encourage mem dia makan banyak ( tanda sayang mungkin )

Ada seorang lagi suami ( suami yang di majlis lain ) dok menambah nasi dan lauk pauk untuk isteri. Isteri tu pulak suka makan nasi kenduri aka nasi minyak/nasi beriyani. Ada jugak datang fikir.........eh dia nak bagi bini mati cepat ke, dok pi tambah nasi dan lauk yang berminyak kaw-kaw ! On second thought, mungkin itulah caranya dia menunjukkan kasih sayang pada isteri! Memang ramai orang tua-tua dulu yang suka kalau anak isteri makan berlebihan - mereka rasa bahagia!

20-30 tahun dulu, bila me husben travel jauh-jauh , suka bawak balik coklat banyak-banyak untuk anak dan isteri - sampai I had to warn him - nak beli coklat banyak-banyak kena tengok bini dulu, kalau nampak ada harapan nak jadi tembam janganlah bagi coklat! Lepas tu dia beli coklat untuk anak-anak saja!

Oleh kerana saya ada makanan kesukaan yang lain iaitu KACANG GORENG, jadi dia pun dok beli kacang goreng pulak! hinggalah di suatu hari gigi geraham saya terbelah dua bahana makan kacang yang berlebihan.......and it cost a fortune to cap it up, maka saya pun buat lagi satu standing order, no more kacang at home! oleh kerana saya dan kacang goreng tak boleh dipisahkan, saya tukar dengan peanut butter pulak.Kalau teringin sangat nak makan kacang, makan peanut butter aje - to save my teeth! Alhamdulillah sekarang dah tak ketagih kacang lagi......jadi dah boleh baling botol peanut butter tu!

Sunday, April 24, 2011

Menghafal Sifat 20

Orang tua-tua dulu menghafal Sifat 20 ya'ni 20 sifat yang wajib bagi Allah termasuk 20 yang mustahil bagi Allah - Wujud ertinya ada iaitu Allah ada mustahil tiada , qidam ertinya....dan seterusnya hingga habis dua puluh sifat. Mereka menghafal bersungguh-sungguh , pendek kata sapa yang tak hafal maka aljahlun lah dia!

Baru-baru ini adik saya menziarah seorang rakannya H. Rupa-rupanya rakan dia tu memelihara ibunya yang berusia hampir 90 tahun, mata masih cerah, ingatan masih kuat tapi perangai sedikit keanak-anakan, malu-malu bila ada orang menziarah dia. Setelah lama sikit dan bila kena pujuk dia pun tersipu-sipu mengatakan ..kwen ( kawan/saya) takde ilmu lain, ngaji Quran dengan hafal sifat 20 aje! H kata cuba mak baca sifat 20, dia pun mulalah menghafalnya dengan lancar!

50-60 tahun dulu ilmu ( agama )sangat kurang, dalam sesebuah kampung selalunya ada seorang berdua yang pandai ( mengaji pondok atau belajar di Mekah atau Madinah), buku-buku agama semuanya dalam bahasa Arab atau terjemahannya dalam bahasa Melayu klasik, tok guru pulak tak ramai, kalau ada anak murid buat mulut capoi tanya tu, tanya ni mesti kena sergah! Masa tu ilmu tidak berkembang. Tak macam sekarang, ramai yang pergi belajar ke negara-negara Islam, ramai yang terdedah dengan pelbagai ilmu, kitab-kitab yang di baca di universiti boleh bertalaqqi di luar universiti - dah ramai alim ulamak dalam negara nih yang boleh mengajar!

Rupa-rupanya cara mengenal sifat Allah yang diajar dulu-dulu tu sangat mengelirukan orang-orang yang baru memeluk Islam. Alkisahnya seorang mualaf sedang mempelajari sifat 20 menjadi begitu keliru bila diajarkan wujud ertinya ada, wajib ada mustahil tiada....dengan confusenya dia bertanya, cakaplah mutut-mutut, itu tuan Alah ada ka tatak..apa pasai sikijap ade sikijap tatak.

Ada jugak orang kata, bila guru mengajar dengar dan hafal aje , jangan banyak soal!

Monday, April 18, 2011

Keajaiban? Kebetulan?

Bagaimana kita nak klasifikasikan sesuatu peristiwa yang berlaku samada dia cerita rekaan, atau kebetulan atau miracle. Saya telah bertemu semula dengan kawan sepengajian tahun 70an dulu di sebuah masjid. tiba-tiba seseorang datang menguit bahu saya ........Assalamualaikum , apa khabar? Rupa-rupanya Norfadzilah ( dah putus hubungan setelah habis pengajian ) datang menegur.

Eh, sorilah tak nampak you tadi, saya terkejut dan tak sangka

I pun tak nampak, tapi I cam suara you

Kami pun seronoklah berjumpa semula setelah lebih 30 tahun terputus hubungan

That was 4 years ago.

Nak dijadikan cerita baru-baru ni kami berjumpa sekali lagi di Kelinik Komuniti Tanglin ( yang sungguh popular di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang dah berpencen ). Fadzilah menceritakan pada saya beg tangan dia telah diragut, semua dokumen hilang, nombor telefon kawan-kawan pun dah tak ada. Sekarang ni bila keluar rumah dia tak berani pakai beg tangan, jadi dia tunjuk pada saya wallet dia, hah, pakai ni aje senang! jadi saya pun tulis alamat dan no telefon saya pada sekeping kertas lalu dimasukkan dalam walletnya.

Dua hari kemudian, ada seseorang menelefon saya, suara gadis muda..

Awak kenal Norfadhilah kan? Terperanjat pulak saya, budak-budak sekarang kurang reti nak berbahasa dengan orang tua , main awak-awak aje!

Saya nak nombor telefon Norfadhilah boleh?

Eh,siapa yang cakap ni

Saya cakap dari KLCC , saya ada wallet Norfadhilah, tercicir di KLCC,

Saya pun terkejut, baru saja jumpa Fadzilah yang bercerita fasal begnya yang kena ragut, dah jumpa rupanya

Semua dokumen dalam wallet ada ke

Semua ada

Saya pun minta no telefon ( dia tak bagi tahu, jadi tanya nama dan tempat kerja dia di KLCC ) dan berjanji untuk bertemu dengannya

Lepas tu saya telefon rumah Fadzilah bertalu-talu, tiada jawapan. Pada sebelah malam baru berjawab telefon dia

I've got good news for you, beg you yang hilang dah jumpa ( masih fikir tentang beg yang kena ragut tu! ) dan ceritakan semua padanya fasal budak yang jumpa wallet .

Ia ke? Alhamdulillah, sekerat hari pergi repot polis, repot balai sini kata balai sana ( salah balai pulak ) , pergi bank cancel macam-macam....

Tak sangka pulak handbag tu jumpa balik

Bukan handbag, tu dah lama dah, ni tadi kat KLCC wallet pulak tercicir....the only number is yours yang you tulis atas kertas tak masuk lagi dalam buku alamat

Mujur jugak ada kertas tu.... Masya Allah....Tuhan punya kuasa...kita merancang Tuhan yang menentukan segalanya! Dan tiada daya upaya kita melainkan Qudrat Allah jua...

Malam tu jugak dia pergi ambil wallet dari gadis jurujual yang sangat amanah tu...

Was it a miracle or what?

Monday, April 11, 2011

Yan Kecik Yan Besaq

When me husben met his adik beradik, dia akan meluahkan kerinduannya terhadap kampung lamannya di Yan BESAAQ... ( he once told me aka buat temberang, that his kampung is different from the others, and there is one and only Yan Besar in Malaysia. He said if I go there I'll be terkejut besar bila tengok al Yan yang besar tuh! ).

Antara cerita yang evergreen ialah tentang mi Abu di tahun 60an dan 70an dulu dan juga tentang perkataan-perkataan lama orang Kedah yang kini jarang diguna pakai :

Tengalong - baling ke atas pokok dengan kayu

Punggai - baling dengan batu

Hok hak - gila-gila bahasa

Kawaq - pencuri

Makanan kegemaran masa kecik - apom lenggang ( itu mamak jugak bikin )

Tempat mandi yang best - Sungai Raga di Kampung Raga

Seorang sahabat kata, makin kita tua makin kita ingat segala kenangan masa kecil. Semakin kita jauh dari kampung laman , makin kita rindu terhadapnya. Hakikatnya bila dah pencen hidup agak boring , anak-anak pun dah berdikari, sebab tulah pakat-pakat terkenang zaman kanak-kanak yang penuh ceria.

Seorang ahli keluarga yang berumur lebih dari 85 tahun pula memberitahu bahawa dia boleh ingat perkara-perkara yang lama-lama dulu, tapi perkara yang berlaku semasa dia mudah terlupa, ada masanya dia terlepas waktu sembahyang kerana terlupa. Tapi syukur lah sebab dia masih ingat apa yang dia lupa, dan dengan segera dia qada solatnya......

Friday, April 8, 2011

Ewah...Ewah..Ewah............

Seorang isteri mengeluh asyik masaaak aje sejak kahwin sampai umur nak masuk 70 tahun, nak beli lauk kedai suami tak suka, nak ambil tukang masak dia pulak tak percaya dan tak mau makan masakan bibik. Jadi nasihat untuk isteri tadi - iboh komplen bah, mun sik suk ada pembantu rumah!... buat jelah kerja kat dapur tu sorang-sorang!

Ada juga isteri yang terpaksa masak untuk makan tengah hari lain, makan malam pulak masak lain. Suami tak suka makan lauk yang sama dua kali. Kadang-kadang katanya kalau lauk tak sesuai dengan tekak suami dia, langsung tak diusiknya. Sakit hati dia bukan main, buat penat badan aje memasak! Aloh lah tok laki......sedapnya demo buat perangai, mentang-mentang bini baik , membuli binilah kerjenye!

Ada jugak yang tok laki tak boleh makan masakan yang bermalam dan yang dimasuk dalam freezer. Katanya suami dia akan tahu kalau makanan tu dari freezer atau yang dah bermalam, susah nak tipu! Ek eleh, ye ke? yang dia pi makan kat kedai mamak tu, tahu ke dia gulai yang dia order dengan roti canai tu berapa umurnye? It could be 100 years old! jadi janganlah over sangat maa!

Banyaklah pahala kaum wanita yang sabar dan taat pada suami mereka. Ada isteri yang beraya Hindu bila dah tinggal sorang-sorang di rumah, tak gaduh nak fikir masak apa lagi dah. Setakat dia seorang, makan aje apa yang ada!

Saturday, April 2, 2011

Apo Nak Dikato.......

Ada di antara kita yang kureng menjaga penampilan diri semasa bekerja, terutama yang sudah beranak pinak dan yang dah berkahwin lama sikit. Tidak dinafikan ramai pula yang mengambil berat tentang pakaian dan sentiasa bersiap walau di mana saja mereka berada.

Ada juga yang begitu hebat berpakaian di luar rumah, tapi bila balik ke rumah pakai ikut suka hati . J begitu selobo di hari-hari cuti, sehinggakan bila ada juru jual datang ke rumahnya dia akan kata..... ibu' tiada di rumah - dia menyamar jadi pembantu rumah.

Seorang kawan lama yang sentiasa berpakaian sederhana , tiba-tiba dia telah menukar peampilannya dah pandai melawa , kawan-kawan sepejabat semua terkejut ........ape kene si R tu, melaram sakan la ni, awat, laki dia kawen lain ke?

Tu lah kita ni, kalau orang yang dulunya berserebeh , tiba-tiba berubah wajah , pakat-pakat pandang serong kat dia, tuduh macam-macam.....

Ye lah kalau dulu dok pakai baju polka dot, kain genggang dan tudung pulak belang melintang, mungkin anak-anak gadis dia tolong mak mereka memakai molek-molek. Harap kat kawan sekerja, selama ni dia dok pakai baju coklat tudung biru purple atau baju kurung sepasang berbunga-bunga, tudung pulak berdaun-daun, seorang pun tak kata apa! Takde yang nak tolong nasihat..

Memang ada berlaku bila suami kawin lain, isteri pertama mula pasang padan. Susah jugak nak compete, tambah-tambah kalau yang baru tu lebih muda, lebih bergaya! Ada jugak suami yang tak sporting, bila isteri pakai lawa atau bermekap, ada ke dia kata......apa kena awak ni dah buang tebiat ke? E..eh.. berpura-pura pulak..bila nampak perempuan lain melawa, terjegil bijik mata!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...